Tuesday, November 1, 2011

Hari Kedua @ Ampang Puteri

01.11.2011, Selasa - Pagi Nie Syah bangun lewat sedikit jam 05:30hrs Al-maklumlah tak kerja kan dan tak lama lepas tu ada nurse datang checking BP Syah dan bacaannya 109 - 90. Jam 07:45hrs tadi Kak Lang Ella call tanya khabar dan inform BP tu dan katanya tahap border untuk tekanan darah tinggi. Memang BP Syah dari dulu tahap border cam tu dan kalau ikut family history Nenda, Ayahanda dan My Sister semuanya ada High Blood Pressure. Pagi nie tak rasa macam nak buang air besar plak tetapi Syah duduk gak kat toilet tu kerana makan banyak semalam takkan tak buang kot............ Syah duduk kat toilet bowl tu .......... lama-lama okjer..... Hehehehe. Tetapi ada jugakan keadaan dimana jika kita berada ditempat yang baru kita tak boleh nak buang air besar macam biasa kan? Pernah jadi tak kat anda?

Lepas ke toilet Syah mandi dan bercukur. Masa mandi gunakan air panas sebab dah ada lagipun kat sini sejuk. Tatapikan malam tadi rasanya aircond dikurangkan atau mereka tutup sebab tak sejuk sangat rasanya. Masa Syah mentenet lebih kurang jam 07:30hrs datang Care Attendance dan Nurse tanya nak kemas katil tak? Syah kata ok dan minta mereka kemaskan katil Syah - means gantikan cadar, selimut dan sarung bantal. Sekarang jam 08:08hrs dan nursepun dan bertukar shif serta lampu dipasang. Kebanyakan jiran-jiran Syah dah bangun dah dan ada yang ber sms dan mentenet macam Syah juga. Ialah zaman sekarang kan? semua ada kemudah dan taklah boring kat hospital nie kerana kita boleh buat aktiviti kita macam biasa.

Malam tadi lepas Insyak My Sister Kak Lang Ella, Suaminya Azam dan anak-anaknya Firdaus dan yang kecil sekali Ku Chik (Ijat) datang melawat Syah. Kak Lang bawakan makanan dan Syah kata tak nak makan malam tetapi dia kata makan jer...... Lama gak mereka melepak ngan Syah. Lepas mereka balik Syah ingat nak makan makanan tu pagi nie tetapi bila Syah tengok lauknya, mesti basi kalau tunggu esok. So Syah makan jer lah.......... tak perlah. Malam tadi Syah call Kak Lang dan katanya baru nak sampai rumah dan tanya dia bagi nasi apa sebab mula-mula ingatkan nasi goreng tetapi rasa macam beryanipun ada.

Kak Lang inform diapun tak tahu nasi tu nama apa tetapi masa masak dia masukkan minyak sapi. Ada sayur kacang panjang lagi memang SODAP............ Hehehhe rasanya pula macam nak ke nasi beryani pun ada, nasi ayam pun ada. Resipi ciptaan sendiri kot. Selain dari nasi tu Kak Lang bagi Syah lauk Udang Masak Kari dan Air Kotak Soyabean. Lepas makan Syah tidur dan tutup TV sebab orang sebelah Syah tu pasang TV tetapi dia tertidur plak?, So Syah tutupkan.

No comments: