Sunday, November 6, 2011

Jangan Bunuh/Cederakan Angsa Jika Anda Di London Kerana Ianya Kepunyaan Baginda Queen

06.11.2011, Ahad - Baru-baru ini dalam bulan Novermber, Seorang bapa tunggal kepada dua orang anak, Edward Johstone berusia 34 tahun telah didapati beresalahan oleh Mahkamah atas caj "Criminal Damage" kerana menyebabkan kematian dua ekor angsa di Sale Waterpark, Manchester. Pendakwaan yang dikenakan adalah dibawah Undang-Undang Lama berhubung Angsa yang mana dalam undang-undang ini Angsa merupakan harta kepunyaan baginda Queen. Hukuman yang dikenakan adalah melakukan kerja-kerja kebajikan selama empat minggu dan tidak dibenarkan keluar rumah pada waktu malam sepanjang tempoh berkenaan disamping dikenakan caj kos mahkamah sebanyak £85. Pada mulanya beliau tidak mengaku salah pada sebutan kes berkenaan, walau bagaimanapun mengaku bersalah semasa hari perbicaraan atas dasar bahawa kejadian berlaku kerana kecuaian dan bukannya dengan niat.

Beliau mengaku salah dan faham atas pertuduhaan yang disabitkan terhadapnya. Johnstone dalam kenyataanya kepada mahkamah memaklumkan bahawa beliau tidak berniat untuk membunuh angsa tersebut tetapi mengaku berada dalam keadaan cuai ketika mengendalikan Jet Ski menyebabkan kematian angsa-angsa berkenaan. Tambanya, beliau hanya ingin bergembira dengan anak-anaknya pada hari kejadian. Pada masa itu beliau sedang bermain dengan anak-anaknya dimana ia menarik pelampung anak-anaknya menggunakan jet ski dan dengan tidak sengaja menyebabkan tali yang menarik pelampung itu mengenai leher angsa-angsa berkenaan. Angsa-angsa itu dilaporkan mati ditempat kejadian. Beliau telah meninggalkan nama dan nombor telefon beliau kepada pihak berkuasa tasik selepas kejadian dan ditangkap tidak lama selepas itu. Johnstone mempunyai lesen memandu Jet Ski dan sering bermain Jet Ski ditempat berkenaan.

Gambar diatas menunjukkan Johnstone berjalan keluar dari Mahkamah pada hari perbicaraan. Jadi berhati-hatilah yer kalau ke London, jangan sekali-kali nak usik angsa-angsa tu sewenang-wenangnya. Nak nahas cubalah Yer ....... Hehehehe

THE QUEEN'S OWNERSHIP OF SWANS

The Queen owns all of Britain's Mute swans. The monarchy's ownership of mute swans dates back to the twelfth century, when they were considered a delicacy.

In the fifteenth century, the Crown granted livery companies Vintners and Dyers some rights of ownership of mute swans.

Traditionally the swans belonging to each company were marked on the beak every year in a ceremony known as swan-upping, which still takes place on the river Thames every year in the third week of July. Nowadays though it is used to monitor swan populations.

The monarchy's swans were marked by a royal Swan Marker. The position is still held today, but the Queen's Swan Marker's job now includes advising organisations on swan welfare and incidents involving swans such as vandalism.

The Queen still owns all unmarked mute swans in open water – but only exercises these ownership rights on some parts of the Thames and its tributaries.

As native wild birds, swans also enjoy statutory protection under the Wildlife and Countryside Act 1981 and it is an offence to intentionally injure, take or kill a wild swan.



No comments: