Monday, November 7, 2011

Majlis Menandatangani Surat Penyerahan Putrajaya

07.11.2011, Isnin - Pada tarikh yang sama hari nie tetapi 11 tahun yang lepas pada jam 10:40 hrs telah diadakan Majlis Menandatangani Surat Penyerahan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan kepada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Perjanjian ditandatangani oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11 Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj sebagai Ketua Negara Malaysia manakala Pemangku Sultan Selangor DYTM Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sebagai Ketua Negeri Selangor. Majlis ini turut disaksikan Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor. Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Negara, Kuala Lumpur.

Nama asal Putrajaya sebelum ini adalah Perang Besar dan berada dalam jajahan Serdang, Selangor. Puterajaya membawa maksud "Putera Yang Berjaya" iaitu bagi menghargai jasa YBM Perdana Menteri Pertama Malaysia Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Ada juga terdapat kekeliruan berhubung nama individu yang dirujuk sebagai Putrajaya itu sendiri iaitu Datuk Kelana Putra yang pernah mengusai Jajahan Serdang. Walaubagaimanapun nama Puterajaya itu bukan merujuk kepada nama beliau tetapi nama YBM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

1 comment:

Anonymous said...

Penyerahan satu bahagian dari mana-mana wilayah atau negeri tanpa persetujuan rakyat aalah salah.
Sewajarnya Dewan Undangan Negeri membincangkan dulu perkara ini.
Mengambil Putrajaya selepas pengambilan Kuala Lumpur pada tahun 1972 adalah melucukan dan memalukan rakyat Selangor DE sendiri.
Adakah Mahathir perancang utama seperti menjual Tanjong Pagar kepada Lee Kuan Yew?