Wednesday, November 30, 2011

Makam Keluarga Diraja Kedah di Bukit Mertajam

30.11.2011, Rabu - Semalam Tunku Temenggong Kedah Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menzairahi Makam Keluarga Diraja Kedah di Kampung Kota, Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dikawasan ini telah ditemui lapan buah Makam Keluarga Diraja Kedah dimana lima diantaranya mempunyai tanda. Diantaranya adalah Makam Putera Diraja Kedah ke-20, Tunku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah dan saudaranya, Tunku Ku Tam.

Mengikut catatan sejarah, Tunku Sulaiman menduduki Kampung Kota untuk mengasingkan diri daripada terlibat dalam krisis perebutan tahta Sultan Kedah ke-22 sekitar 1804 hingga 1845. Kampung ini juga menjadi tempat persembunyian Tunku Sulaiman dan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin apabila Kedah dilanggar oleh tentera ligor daripada kerajaan Siam pada 1821.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Kedah, En Suhaidi Shukri yang bersama-sama rombongan dari Kedah dalam lawatan ini memaklukan bahawa pihaknya akan menjadikan kawasan permakaman ini sebagai pusat pelancungan bersejarah dan akan mengambil langkah segera bagi memastikan kawasan ini tidak lagi terbiar dan diabaikan. Menurut beliau lagi, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memulihara makam berkenaan.


Nota : Info dari Kosmo

No comments: