Saturday, November 12, 2011

Mimpi Lagi

12.11.2011, Sabtu - Malam tadi Syah stay @ Kak Lang Residence di Ampang lagi dan sewaktu tidur tu Syah bermimpi macam berada di bilik TV Rawang Residence, Syah. Tiba-tiba Syah nampak daripada tingkap Syah beberapa orang India masuk dalam rumah jiran yang kosong tu. Syah cakap dalam hati, oooo ini pembeli baru tu agaknya dan hendak jumpa mereka lalu Syah pakai baju cepat-cepat. Tiba-tiba terjaga daripada tidur apabila dengar bunyi bising seperti orang goncang pintu pagar. Bila Syah lihat kat luar Kak Lang Residence kosong tak ada sesiapa. Mungkin jiran kat row rumah nie agaknya balik lewat kot tetapi bunyi tue beberapa kali kedengaran.

Suami Kak Lang Ella memang tak ada dirumah kerana ada tugas emergency di pejabat dan car porch dia kosong dan Syah bukakan lampu. Tak tahulah tapi rasanya jiran dia kot balik lewat dan kebetulan pula Syah mimpi dan hendak jumpa orang yang masuk di rumah jiran Syah di Rawangt u dan dalam masa sama terjaga sebab bunyi goncangan pintu pagar tu. By the way hari nie Syah akan balik semula ke Rawang Residence.

No comments: