Monday, November 14, 2011

Mimpi Lagi

14.11.2011, Ahad - Tak tahulah lately Syah kerap bermimpi dan mimpi tu pula di Subuh hari. Macam ada yang tak kena pula. Rasanya Syah melalui sebatang jalan dan ada longkang yang curam dan tiba-tiba ada dua orang amoi terlanggar makanan dalam beg plastik yang Syah bawa dan jatuh. Syah sakit kaki mana boleh turun tempat curam macam tu. Tetapi kemudiannya Amoi tu inform boleh turun dan bila Syah lihat kebawah tanah yang curam tu ditarah macam bentuk tangga. Walau bagaimanapun Syah tak dapat ambil plastik tu kerana ia macam termasuk ke sebuah bangunan. Kalau nak ambil kena masuk bangunan tu.

Bangunan tu bangunan Bomba dan Syah ngan amoi tu masuk tempat tu. Tempat tu macam dah lama orang tak masuk dan Syah nampak macam ada ular tetapi kali nie anak-anak ular yang kecil. Syah halau anak-anak ular tu. Syah dah nampak plastik tu tetapi still tak boleh ambil macam ada halangan dan perlu minta bantuan kakitangan Bomba tu untuk ambil bungkusan tu. Masa minta bantuan tu staff Bomba tu macam marah kat kami kerana masuk kawasan larangan dan Syah minta maaf tetapi katanya dah masuk baru minta maaf dengan muka yang masam. Syah minta dia ambil plastik tu tetapi dia tak percaya ada plastik makanan Syah kat dalam bangunan tu dan tak layan Syah. Syah cuba cerita hal sebenar macam mana plastik tu boleh termasuk kat dalam bangunan tu tetapi dia macam tak bagi Syah peluang nak terangkan hal sebenar.

Syah merayu minta tolong tetapi mereka buat tak tahu sahaja sampai Syah cakap dalam hati nak complain kepada ketua mereka. Syah tak tahu Amoi tu kemana pula tetapi tiba-tiba ada macam beberapa perempuan dan salah seorang yang duduk atas kerusi roda tu adalah my aunty Mak Cik Saadiah sebelah Almarhumah Bonda Syah. Jelas muka dia Syah lihat bersama anak-anaknya. Dia cakap dengan syah macam orang tu tak percaya kat Syah. Syah rasa kecewa tak dapat ambil beg plastik tu kerana makanan tu diberi oleh Mak Cik Syah, Bonda Ejon rasanya.

Tak tahulah lately selalu mimpi yang bukan-bukan tak tahulah ada apa-apa tanda ker itu Syah tak pasti. Tapi setiap kali solat Syah selalu doakan keselamatan diri Syah, Keluarga dan Individu-Individu yang rapat dengan Syah serta harta benda kami. Syah pasti Allah selalu melindungi Syah. Insyallah.................

No comments: