Tuesday, November 8, 2011

Roti Telur For Breakfast

08.11.2011, Selasa - Pagi nie Syah kemas dry kitchen Syah dan kumpulkan sampah siap-siap coz lori sampah datang hari nie buat collection tapi tak taulah pukul berapa. Selepas semuanya siap Syah terfikir nak buat roti telur kerana semalam Syah beli Wholemil Bread dan dalam peti sejuk ada telur dan cili boh. Boring gak rasanya MC lama-lama kat rumah nie.

Terus datang idea nak buat Roti Telur nie dan Syah habiskan roti semalam tu. Semalam beli roti tu sebab nak cicah dengan lebihan rendang ayam raya hari tue. Nak buat benda nie senang jer. Anda cuma perlu ada Roti, Telur, Cili Boh dan Garam serta sedikit minyak.

Pukul telur dan masukkan garam dan cili boh. Sebatikan bahan-bahan tadi macam kita nak buat telur dadar. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak kerana kita nak celupkan roti dalam telur dadar tadi dan goreng dengan minyak yang sedikit atas kuali. Gunakan minyak yang sedikit sahaja macam nak masak kuih ketayap tu, cukup-cukup untuk masakkan telur tu tadi tak perlu banyak-banyak kerana kita bukan nak goreng roti telur tue.

Bila telur tu sudah masak balik-balikan roti tadi. Roti tadi tu dicelup sebelah sahaja yer dan sebelah lagi tu biarkan kosong. Angkat dan sejukkan baru dihidang. Jangan terperanjat apabila kita letakkan roti telur nie dalam pinggan selepas dikeluarkan dalam kuali, bahagian bawahnya akan berwap dan ada kesan air. Itu biasalah sebab dia panas dan anda perlu alihkannya kalau tak roti tadi akan menyerap air tu pula. Atau jika nak senang bila angkat tu letakkan atas kertas tisu untuk serapkan wap tadi.

Roti nie kalau nak sedap sapukan majrine dan mayo pada roti dan letakkan timun dan tomato serta hirisan kobis kemudian letakkan cili/tomato sos, Alaaa... macam roti Johon tu ler . Sedap gak. Tapi Syah makan macam tu jer. By the way memang banyakkan roti tu tapi Syah taklah habiskan semuanya pagi nie. Syah mamam separuh jer dan ballancenya Syah simpan untuk petang/tengahari nanti. Ikutkan hati boleh habis tapi diet ........ Heheheheh kena kurangkan berat badan kerana masalah sendi kat lutu Syah tu. Oklah Selamat mencuba yer ................

No comments: