Monday, November 14, 2011

Pedati Emas DiRaja

14.11.2011, Isnin - Tahukah anda bahawa Golden State Coach merupakan Pedati Emas Diraja yang digunakan oleh Raja-Raja England semasa Pertabalan baginda. Pedati ini dibina pada 1762 dan mula digunakan oleh HM King George V. Pedati khas ini juga ada ketikanya digunakan untuk istiadat perkahwinan Diraja dan sambutan Jubli pemerintahan Raja-Raja England. Berat pedati ini adalah 8 tan manakala panjangnya adalah 24 kaki dengan ketinggian 12 kaki dan memerlukan kederat lapan ekor kuda untuk mengerakkannya.

Gambar ini diambil pada 06.06.2002 dimana iannya membawa Baginda Queen Elizabeth II dari Buckingham Palace ke St Paul's Cathedral semasa istiadat sambutan Jubli Emas Pemerintahan Baginda. Sebelum ini baginda menggunakan pedati ini hanya dua kali iaitu semasa Pertabalan baginda pada 02.06.1953 dan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda pada 28.06.1977.

Insyallah jika dipanjangkan usia, baginda yang berusia 85 tahun ini akan menyambut Jubli Intan (Diamond Jubilee) pemerintahan baginda pada 05.06.2012 dan sekali lagi pedati ini akan digunakan secara rasminya bagi sambutan berkenaan.

2 comments:

Radin87 said...

Pembetulan Syah :-
Diamond Jubilee dalam bahasa melayu adalah Jubli Intan. ^^
ia adalah sambutan ke-60 tahun

Syah said...

Hehehehe .............