Monday, November 21, 2011

Tuanku Mizan Bergerak ke Antartika

21.11.2011, Isnin - Kelihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Datuk Sri Dr. Maximus Ongkili dalam ruang kokpit C-17 Globe Master. Pagi tadi Tuanku Mizan dan rombongan telah menaiki penerbangan khas Tentera Udara Amerika C-17 - Globe Master untuk ke Benua Antartika. Tuanku dan rombongan selamat mendarat di Lapangan Ais Pegasus jam 13:00hrs waktu Malaysia. Lapangan Ais Pegagus merupakan sebuah lapangan terbang yang dibina diatas ais di Benua Antartika.

Turut mengiringi Tuanku Mizan dan rombongan dari Malaysia adalah Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson. Selain daripada itu, penerbangan ini juga disertai oleh 70 orang petugas lain terdiri daripada para penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan disekitar benua tersebut. Tuanku Mizan sempat beremah mesra dengan mereka sewaktu dalam penerbangan ini. Keberangkatan tiba baginda dan rombongan disambut oleh Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer.

Nota : Info dari Bernama

No comments: