Monday, November 7, 2011

Ibadah Korban Sultan Brunei

07.11.2011,Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menyempurnakan majlis penyembelihan binatang qurban kurnia baginda beserta ahli-ahli kerabat Diraja Brunei. Baginda dan kerabat-kerabat diraja bersama-sama menyembelih korban berkenaan. Sementara menunggu daging korban disempurnakan, diadakan pula persembahan nasyid.

Kemudiannya baginda telah mengagih-agihkan daging korban yang diletakkan didalam kotak bewarna kuning kepada penerima-penerima yang berhak menerimanya. Turut serta dalam majlis ini adalah adinda-adinda lelaki serta putera-putera baginda termasuk Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

No comments: