Friday, November 11, 2011

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad Ke-V

11.11.2011, Jumaat - Sempana hari keputeraan KDYMM Sultan Muhammad Ke-V yang ke-42, hari ini Tuanku Sultan telah berkenaan melakukan pemeriksaan barisan kehormat pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat di Padang Merdeka, Kota Baharu, Kelantan. Keberangkatan tiba Al-Sultan Kelantan disambut oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam majlis ini Tuanku telah memeriksa perbarisan kehormat dari Unit 1 Rejimin Artileri Diraja.

Pengurniaan darjah kebesaran pula akan diadakan esok, Sabtu di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan. Malam ini pula diadakan majlis santapan malam persembahan kerajaan di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim. Majlis sambutan hari keputeraan ini akan diadakan selama tiga hari tiga malam bermula 10.11.2011 hingga 12.11.2011 ini.

Tuanku Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 06.11.1969 merupakan putera sulong bekas Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Dirgayahu Tuanku Patik.

nota :- Info dari Bernama

No comments: