Sunday, November 13, 2011

Pagi Ahad

13.11.2011, Ahad - Ahlan Wa Sahlan kepada semua semuga anda dan keluarga bergembira dan menghabiskan cuti hari minggu ini dengan aktiviti yang mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga atau orang tersayang. Pagi nie Syah terlewat bangun dan bangun-bangun jer pagi nie TV yang tengok Syah dan jam sudah menunjukkan angka 07:30hrs dan cerah cuaca kat luar. Terus kebilik air untuk ke tandas dan Qada Solat Subuh. Lepas solat Syah tuam mata dengan air suam dan selepas tu basuh AEL, Car Porch dan SIram Pokok Bunga. Selesai kerja makan supplement lutut dan minum Omega Milk. Tetiba ada idea supaya nak senangkan bancuh susu nie dalam air sejuk supaya tak bergentel. Syah masukkan dalam shaker dan goncang. Daaaaa...................... selesai masalah susu tepung yang selalu bergentel atau dalam istilah memasak orang melayu dikatakan "bertaik kambing" tu.

Sekarang jam 09:27hrs dan Syah nak lepak-lepak jap menonton TV dan lepas lunch nanti ingat nak kuar sekejap itupun tengok keadaan kalau rasa selesa Syah keluar kalau tak stay kat umah jer lah jawapannya. Tadi ingatkan hendak ke gerai beli makanan tetapi macam malas nak kuar, tak tahulah mungkin buat Tom Yam Sup Cendawan dan Fish ball ker jap lagi untuk lunch. Nampak gayanya tak breakfast apa-apalah pagi nie lagipun minum susu tu dah rasa kenyang plak perut. Esok dah mula start kerja............................. dah lama MC dan berada dirumah, Esok kerjaaaa.....................Yeaaaaaaaaaaaaaaa

No comments: