Tuesday, November 15, 2011

Sultan Kedah Kecewa Hospital Belum Dibina

15.11.2011, Selasa - Sultan Kedah dan Bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah menzahirkan rasa kecewa baginda kerana rancangan untuk membina hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baru masih belum dilaksanakan. Kekecewaan ini dizahirkan oleh baginda sewaktu ucapan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Keempat Belanjawan 2012 di Wisma Darul Aman. Baginda berharap agar tindakan segera dilaksanakan bagi membina kemudahan itu memandangkan penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan hospital diluar daerah mereka. Lagipun titah baginda kesihatan merupakan salah satu elemen penting dalam meningkatkan taraf hidup.

Selain daripada itu titah baginda lagi, anggota pentadbiran negeri harus meningkatkan tahap kecekapan mereka melalui inovasi yang diperkenalkan dari masa kesemasa bagi memudah dan memendekkan masa berurusan dengan pelanggan. Tambah baginda lagi, penubuhan PEMUDAH yang merupakan jawatankuasa kerja diantara kerajaan dan swasta merupakan usaha yang terpuji bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Akhir sekali baginda menyeru agar semua Anggota Dewan Undangan Negeri sentiasa menyumbang idea dan tenaga bagi menyedarkan rakyat kepentingan menguasai ilmu pengatahuan dan kemahiran teknikal dengan ahlak yang mulia.

Nota : Info dari Bernama

No comments: