Wednesday, November 23, 2011

Tuanku Mizan dan Ikan Naga Di Antartika

23.11.2011, Rabu - Hari ini Tuanku Mizan dan rombongan telah berangkat pulang dari Antartika melalui Lapangan Ais Pegasus untuk ke Christchurch. Baginda berangkat menaiki pesawat Tentera Udara Amerika, Hercules C130 yang dipandu oleh Mejar Paul Bernasconi pada jam 11:30hrs waktu tempatan. Perjalanan dijadualkan mengambil masa selama lapan jam.

Terdahulu Tuanku Mizan telah melawat Pusat Penyelidikan New Zealand di Antartika dan baginda dikatakan begitu tertarik dengan Ikan Naga sehingga baginda sendiri mengambil gambar ikan berkenaan. Ikan ini mempunyai gigi yang unik iaitu bengkok seperti cangkuk yang akan mencengkan dan mengengam mangsanya dengan sempurna hingga tidak boleh melepaskan diri lagi. Baginda juga telah berangkat ke Memorial Laksamana Pertama Richard Evelyn Byrd di Pengkalan McMurdo, Antartika dan telah diberikan penerangan oleh Pengurus Sistem Operasi dan Logistik Yayasan Sains Kebangsaan, Paul Sheppard.

Nota : Info dari Bernama

No comments: