Tuesday, November 15, 2011

Tuanku Sultan Kedah Rasmikan DUN Kedah

15.11.2011, Selasa - Hari ini KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenaan merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Keempat Belanjawan 2012 di Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Terdahulu Tuanku Sultan Kedah telah mencemar duli melakukan Pemeriksaan Barisan Kehormat sempena perasmian berkenaan. Turut serta adalah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Sultanah Hajah Haminah binti Hamidun, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Isteri Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah. Kelihatan Tuanku Sultan, Tuanku Sultanah, Menteri Besar dan Isteri serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abd Isa Ismail menuju masuk kedewan selepas melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat.

Nota : Info dari Bernama

No comments: