Monday, November 7, 2011

YM Raja Azlan Muzaffar Shah

07.11.2011, Isnin - Inilah dia Putera kepada Pemangku Sultan Perak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Putera Comel ini bernama Yang Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah diPuterakan pada tanggal 14.03.2008 jam 10:00hrs di Hospital Pakar Damansara. DYTM Raja Nazrin Shah berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim pada 17.05.2007 dan ketika itu DYTM Raja Nazrin Shah berusia 50 tahun dan Tuanku Zara berusia 34 tahun. Setahun kemudian pasangan Diraja ini dikurniakan dengan seorang Putera sebagai penyeri hidup mereka. Buat masa ini YM Raja Azlan Muzaffar Shah masih lagi berstatus Putera Tunggal. Hehhehehe ............... mana tau tak lama lagi dapat adik ker kan YM Raja Azlan ?

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.