Monday, January 31, 2011

Buka Puasa Milo Oat dan Rasa Nak Demam

31.01.2011, Isnin - Kalau ikutkan plan asal Syah hendak balik ke Rawang tetapi esok kena buat bayaran perabut kayu jati yang Muss beli dan cermin Syah jadi Syah balik KL sahaja sebab nak jimat kos dan masa. Masa hendak sampai Taman Melati tadi Syah call Muss minta dia fetch Syah tetapi katanya dia, Cd dan Fmily Cd dirumah Zul. Ingatkan hendak ajak Muss beli makanan Syah buka puasa. Masa maghrib tadi Syah buat Milo Panas campur Oat dan dua keping roti. Masa sampai rumah tadi Syah rasa badan Syah panas macam nak deman dan batuk sedikit. Mungkin berjangkit kerana minggu lepas semua di KL Residence batuk dan demam. Syah nie badan tak kuat dan mudah dijangkiti penyakit sejak dari kecil lagi. Tengoklah jika esok melarat demamnya baru Syah ke kelinik.

Dulu Syah kerap berulang-alik di kelinik pakar mata Hospital Selayang kerana suspect glakoma. Setelah hampir setahun lebih mereka mengesahkan Syah tiada glakoma. Syah nie ada satu perangai yang bila Syah terlalu fikirkan sesuat penyakit tu Syah akan teringat-ingat benda tu. Contohnya Ahad lepas masa Syah bangun tidur dan selalu teringat masa mula-mula check mata, doktor kelinik panel TM kata salah satu tanda glakoma akan nampak cahaya atau flash. Selalu terfikir benda tu dan hari Ahad lepas Syah bangun dan pejam mata dan nampak seolah-olah ada cahaya kecil dimata Syah dan kemudiannya hilang dan datang semula dan hilang. Kadang kala kalau tertidur dalam train Syah nampak macam kereta dan lampunnya bercahaya dan ada pula satu masa tu Syah nampak unggun api dan cahaya api tu. Pelikkan mungkin Syah terlalu memikirkan benda tu dan Syah harus cuba melupakan perkara-perkara begini. Syah memang ada masalah mata kering atau dry eye dan petang tadi Syah ambil ubat titik untuk mata kering. Syah sebenarnya pakai cermin mata tetapi tak suka pakai.

Sekarang jam 20:42hrs dan Muss tak balik lagi. Syah pula rasa kenyang makan oat tu. Tengoklah jika terasa lapar nanti Syah akan ke kedai berhampiran KL Residence di area Danau Kota Uptown. Semenjak berdiet nie, macam sudah biasa kalau tak makan cuma setakat alas perut sahaja sudah cukup.

Penilaian Prestasi Tahunan Syah

31.01.2011, Isnin - Hari ini macam biasa Syah puasa sunat. Pagi tadi dapat e-mail daripada Admin-MAPSNE meminta Syah melengkapkan penilaian prestasi Syah yang telah dinilai oleh pegawai penilai semula, En Moin. Pada Jummat lepas, pegawai penilai Syah iaitu my Boss beri Syah lebih kurang 84.32 dan Syah memohon semula supaya mendapat 90% kerana sebelum penilaian prestasi melalui system, Syah mendapat 90% ke atas setiap tahun. Bila pegawai penilai semula menyemak prestasi Syah dia turunkan kepada 83.63% dan tak luluskan permohonan Syah untuk mendapatkan 90%. Penilaian prestasi nie penting kerana iannya akan menentukan kenaikan gaji tahunan kami. So malas nak argue mengenai markah nie dan Syah setuju sahaja dengan markah yang diberi cuma pada ruangan catatan Syah tulis :-
  • Pegawai Penilai Saya, Pn Norafizah memberi 84.32% dan saya memohon untuk 90%, walau bagaimanapun Pegawai Penilai Semula memberi 83.63%. Saya bersetuju menerima markah keseluruhan 83.97% kerana itu adalah penilaian En Abdul Moin sebagai Ketua Saya walaupun saya beranggapan sepatutnya mendapat lebih daripada itu.

Apa-apapun rezeki tu datangnya dari Allah. Mungkin Allah akan beri rezeki Syah ditempat yang lain pula. Syah terpaks bershukur atas apa yang telah ditentukan untuk Syah. Terima kasih En Moin dan Pn Norafizah. Markah yang diberikan tak akan menyebabkan Syah berasa demotivated kerana Syah akan tetap lakukan tugas-tugas yang diamanahkan seperti biasa cuma Syah regret sahaja.

Saturday, January 29, 2011

Menguruskan Rumah Country Homes, Rawang

29.01.2011, Sabtu - Jam 07:40hrs Syah sudah keluar rumah untuk tunggu bas disimpang jalan Rawang Residence Syah kerana hendak ke rumah sewa Syah di Country Homes. Masa tunggu bas Syah nampak Azrin keluar untuk betulkan keretanya kerana mereka sekeluarga hendak ke Johor ada saudara kahwin. Sementara tunggu bas sembang sekejap dengan dia. Jam 08:05hrs bas sampai dan Syah naik bas. Actually Syah telah buat appointment dengan Eu Electric Service untuk betulkan power point dibahagian dapur yang telah rosak. Syah juga akan cari plumber untuk betulkan sinki dibilik air atas yang ada air meleleh keluar. Tapi plumber Syah kena cari sebab tak buat appointment lagi. Sebenarnya kerja-kerja nie Syah sudah janji dengan Kak Lang Ella untuk gunakan perkhidmatan kontraktor yang renovate rumahnya tetapi last minute cancelled kerana Kak Lang Ella inform rumah dia tak siap lagi. So malas nak kacau.

Bas ke Country Home pula lambat bertolak, tension juga dan jam sudah hampir 09:30hrs dan appintment jam 10:00hrs. Masa dalam bas Ah Hock dari Eu Electric Service call sudah ada depan rumah. Syah minta dia tunggu dan inform I am on my way............. Hehehehe. Awalnya dia datang, itulah bezanya cara kerja orang cina yang kebanyakannya menepati waktu. Sampai di Country Home, Syah singgah dikedai Hardware untuk minta nombor plumber dan Nonya tu berikan Syah dua contact number. Dari kedai Syah jalan kaki ke rumah sewa Syah dan lihat mereka sudah menunggu.

Setelah membuat pemeriksaan, Ah Hock maklumkan power point tu rosak dan perlu diganti. Dia kena buat wiring dari MCB Unit dan akan buat casing supaya wayar tu nampak kemas melalui ruang tamu ke dapur dan letakkan wire tu diatas ikut siling. Katannya satu point RM280.00 dan Syah ada dua tetapi Syah kata buat satu sahaja dan dia sambungkan satu wayar untuk dua power point tetapi katannya tak boleh guna voltan yang besar sekaligus, contohnya masak air dan masak nasi kerana akan guna power banyak dan lama-lama akan merosakkan power point berkenaan.

Bila dialihat MCB Box Syah jenis lama yang diperbuat dari kayu dan dia cadangkan Syah tukar yang baru. Ketawa diatengok benda tue. Ialah rumah sewa Syah nie rumah lama tahun 1990an dan Syah fikir lebih baik Syah ganti untuk memudahkan penyewa Syah. Walaupun Syah tak stay kat rumah nie tetapi kualiti rumah kena jaga juga kerana iannya harta kita kan? Lama dia membega dua perkara tu adalah dekat empat jam. Bila everytihing beres Syah bayar upan dia RM520.00.

Kebetulan Syah check lampu tangga dan Syah dapati kejap ada kejap tak ada. Cepat-cepat Syah panggil Ah Hock yang telah masuk lori dan minta tolong betulkan suis tu. Pada mulanya dia kata nanti lain kali datang tetapi Syah minta tolong dan akhirnya dia cair juga dengan permintaan Syah. Dia kata hendak ke bandar Rawang beli suis tetapi Syah kata kat Country Homes pun banyak kedai hardware. Katannya saya caj RM25.00 dan Syah kata ok. Semasa pasang suis tu Syah inform suis nie double, boleh buka dari atas dan bawah. Terbeliak dia tengok Syah kerana dia beli yang single punya. Syah kata you sudah tengok tadikan ? takkan you tak perasaan. Dia sekali lagi ke kedai dengan lorinya yang besar tu untuk tukarkan suis dan kata ini kena caj RM30.00 kerana dua kali dia ulang alik ke kedai. Bila sudah siap pasang Syah bayar RM25.00 jer dan dia kata ok sambil Syah ucapkan Kong Hi Fatt Coy pada dia. Sesiapa yang hendak dapatkan perkhidmatan Ah Hock boleh call beliau di talian 012 3123869. Semua kerja berhubung kerja-kerja elektrik dia buat termasuk jual aircond baru dan terpakai. Dia ada kedai di Bukit Beruntung. Shukur Alhamdullilah Allah makbulkan doa Sya supaya urusan rumah sewa Syah berjalan lancar.

Masa Ah Hock buat kerja, Syah ke hulu ke hilir di kawasan taman untuk mencari plumber. Penat telefon jer semuanya tak mahu. Syah juga pergi ke rumah-rumah yang sedang buat renovation untuk cari plumber tapi semuanya hampa. basah kuyup dengan peluh dan dalam hati berdoa agar Syah sabar dengan dugaan ini dan permudahkan urusan Syah. Hari tu masa Syah ke Country Homes bersihkan rumah, Syah tanya kontraktor yang buat rumah belakang Syah dan kebetulan dia jiran Syah juga dan minta betulkan paip air dan dia menolak atas alasan sedikit sangat kerjanya. Yanto yang Syah biasa suruh dia buat kerja-kerja plumbing di Country Homes juga tak available hari ini dan hanya free hari Selasa sahaja.

Akhirnya Syah ke kedai hardware dan nak beli pelekat batang paip. Masa berbincang dengan tauke tu dia cadangkan seorang warga bangladesh yang kebetulan datang kedai dia beli barang. Syah tak sempat hendak bercakap dengan that guy tapi tauke tu berikan nombor telefonnya. Namanya Rashid dan terus call dia. Mulanya dia kata ada kerja tetapi bila Syah merayu pada dia dia kata tengok nanti bila kerja dia siap dia call. Semasa Syah di rumah dia call dan kata hendak datang.

Bila dia tengok sinki Syah dia cadangkan Syah tukar pipeing supaya kebocoran tu dapat dielakkan. Macam power point tu juga, rumah lama kan? Heheheheh .............. Dia caj RM90.00 dan Syah minta kurang RM80.00 dengan muka kesian Syah dan akhirnya dia setuju. Dua kali dia berulang alik ke kedai untuk beli bahan-bahan yang diperlukan. Dia juga boleh buat table top untuk toilet dan berbagai kerja seumpamanya. Memang kemas kerjanya dan jika anda inginkan perkhidmatan Rashid, dia boleh dihubungi melalui talian 017 3456550. Rashid nie sudah 20 tahun menetap di Malaysia dan berkahwin dengan wanita Indonesia dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata.

Selepas semua kontraktor balik, Syah lihat ada sms daripada my new tenant, Noor Aini inform mungkin dia datang lambat kerana jalan jem. Katanya "Syah, saya maybe lambat sedikit ...baru jer masuk guthrie". Sebenarnya dia sms dah lama tapi Syah tak perasan dan bila nak jawab SMS tu, muncul jer kereta dia depan rumah. Syah brief sedikit berkenaan rumah tu dan serahkan kunci dan agreement. Aini serahkan RM1400.00, RM1000.00 deposit dan RM400.00 sewa bulan Februari 2011. Syah inform akan datang semula untuk collect agreement dan kain langsir selepas tahun baru cina. Aini datang dengan member baiknya orang Johor. Syah sempat minta plastik sampah dengan jiran sebelah rumah. Jiran Syah tu ada kedai tom yam di Country Homes. Bila Syah tanya berapa sewa katanya RM350.00 dan Syah terperanjat sebab rumah tu rumah tepi. Kakak tu inform awak sewa RM400.00 tak mengapa sebab rumah cantik tapi rumah dia katanya tuan rumah tak baiki kerosakan dan lalangpun dia sendiri yang tebas. Selepas selesai urusan dengan Aini, Syah balik ke Bandar Rawang, Aini sempat tanya naik apa dan Syah kata bas.
Dari bandar Rawang, Syah naik Komuter ke KL sebab boring pula sorang-sorang dirumah. Dari Rawang terus ke Mid Valley naik Komuter. Di Mid Valley Syah makan Sup Sayur, Cendawan dan Mee Bayam di Food Junction. Lepas tu Syah beli air longan dan jalan-jalan sekejap dan jam 17:45hrs Syah bertolak semula ke Stesyen Komuter Mid Valley untuk balik Rawang. Di Pekan Rawang Syah beli kuaci dan dua biji jagung rebus. Sampai rumah macam biasa selepas Maghrib. Sekarang jam 22:42hrs dan sebentar tadi baru call Azrin tanya pasal orang-orang kampung di Pontian.

Shukur Alhamdullilah Kehadrat Allah SWT Kerana Semuanya Berjalan Lancar Walaupun Banyak Dugaannya dan Syah Terpaksa Lakukannya Bersendirian.

Hari Ini

28.01.2011, Jumaat - Actually sekarang sudah jam 00:20hrs dan sudah hari Sabtu. baru Syah sempat update blog untuk perjalanan hidup hari ini. Seharian tak available untuk buka netbook di office kerana pada sebelah paginya ada program gotong royong dan petang pula Syah busy dengan penilaian prestasi Syah melalui online system. Update mengenai royalti nanti lah yer. Selepas solat Jumaat tadi Syah sempat lari sekejap ke Stesyen LRT Kerinci kerana hendak buat kunci pendua rumah sewa Syah di Country Homes, Selepas penilaian prestasi selesai tapi ada masalah untuk penilai kedua kerana my bigg bos En Moin tak boleh buka laptop kerana mejanya berkunci dan Syah pula tak setuju dengan markah yang diberi dan mohon penilaian markah semula tetapi ada kesilapan e-mail kerana e-mail tu tidak ke En Moin tetapi ke orang lain. Tak tahulah maacam mana kerana tarikh tutup hari nie tetapi jika ada masalah macam ini mungkin mereka boleh open semula system tu. Apa-apapun tunggu Isnin nanti.

Balik kerja jam 17:00hrs dan Syah naik bas balik ke Rawang dan pagi tadi guna Komuter. Jalan di Rawang pagi tadi banyak jalan yang tutup kerana perlepasan pelumba basikan Le tour de Langkawi 2011. Petang tadi Syah sempat beli Tom Yam Sayur Putih di Restoran Suraya di Bandar Rawang dan dia ada cawangan di Kampung Baru, KL juga. Mungkin ini last Syah beli makanan kat kedai tu kerana balik rumah buka jer bungkusan tu yang ada 2 potong tomato dan bahan-bahan tomyam seperti bawang, serai, langkuas. Apa barang nie ................, mana sayurnya lagi dan memang makan darah dan anaya orang coz caj RM4.00. Terus Syah buang jer. Yang herannya hari tu makan dengan Azrin memang ada sayur dan Syah puas hati tetapi mengapa jadi macam nie today. tak perlah malas nak bising. Lepas cuci kain Syah makan Roti Gardenia Breakthru cicah dengan Soya bean sebelum makan ubat. Ok GTG nak tidur coz esok akan ke Country Homes naik bas. Azrin dan keluarganya esok balik Pontian kerana ada kenduri kahwin.

Friday, January 28, 2011

Malam Semalam Ke Country Homes

28.01.2011, Jumaat - Pagi semalam call Muss minta dia ambil kontraktor Kak Lang Ella untuk baiki rumah sewa Syah Sabtu nie tapi Muss keberatan nak bantu dan Syah kata tak mengapa. Syah call Kak Lang Ella untuk confirmkan kontraktor tu nak datang bila, tetapi Kak Lang pula kata rumahnya pula tak siap dan mungkin dia tak mahu ganggu kontraktor tu sebab nanti lambat siap rumahnya. Banyaknya halangan tapi tak mengapalah itulah dugaan namanya. Untung Muss tak confirm nak tolong kalau tak mesti dia marah. Pagi tadi Syah call electrician melalui iklan yang diletak dalam letter box Syah dan dia kata akan datang esok ke country homes jam 10:00hrs. Cuma plumber sahaja tak dapat lagi sebab plumber yang Syah pernah upah dulu tak available on Saturday.

Azrin and Arip @ Old Town White Cofee, Bandar Rawang

Pagi semalam call Azrin minta tolong belikan lampu kalimantang dua unit, mentol satu unit dan pelapik tandas dua unit untuk rumah sewa Syah. Azrin dahulukan dan semuanya RM43.50 dan Syah bayar malam tadi. Malam tadi Syah, Azrin dan Arip ke Country homes untuk pasangkan lampu, pelapik tandas dan mop dan sapu luar dan dalam rumah. Thanks guys kerana tolong Syah. Syah dan Arip sempat alihkan simen jiran yang sedang renovate rumah dan diletakkan oleh kontraktor didalam pagar belakang rumah Syah. Bukan berkira tetapi takut nanti simen tu bersepah atas lantai dan keras satu kerja pula untuk menguruskannya. lagipun kontraktor tu berlagak dengan Syah, coz bila minta tolong betulkan plug dan sinki tu katannya sedikit sangat.

Lepas bersihkan rumah Syah, Azrin dan Arip ke Pekan Rawang untuk minum-minum di Old Town White Cofee. Kami datangpun kedai lagi setengah jam hendak tutup. Menu Syah - Assam Laksa dan Cincau Soya Freeze, Azrin - Hazelnut White Cofee, Soft Boil Egg dan Fried Dumpling manakala Arip Rose Float dan Curry Mee. Semuanya RM41.15 dan Syah belanja kerana mereka bantu Syah. Lepas makan Azrin hantar Syah balik ke Rawang Residence dan mereka balik ke rumah Azrin yang terletak selang tujuh rumah dari rumah Syah.

Thursday, January 27, 2011

Ulangtahun Ke-50 Shah Reza @ Dato' Raja Rezza Shah


27.01.2011, Khamis - Malam tadi telah diadakan satu Majlis Santapan Malam Ulangtahun Keputeraan Ke-50 Raja Dato' Rezza Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Reza yang merupakan seorang artis terkenal Malaysia satu masa dahulu. Majlis diadakan di Grand Ballroom, Aras 1, Kuala Lumpur Mandarin Oriental Hotel. Turut serta dalam majlis berkenaan adalah kerabat terdekat dan teman-teman rapat beliau. Shah Reza merupakan seorang kerabat diraja Kelantan disebelah bondannya manakala Perak disebelah Ayahandanya. Kedua-dua ayahanda dan bonda beliau telah bercerai. Bonda beliau, Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahaya Petra merupakan anakanda kepada Sultan Kelantan Ke-27 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VI. Shah Reza merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan sekarang, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V. Manakala ayahandanya pula adalah Raja Aman Shah bin Raja Shahar Shah merupakan salah seorang kerabat diraja Perak. Shah Reza juga merupakan anak saudara kepada DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah iaitu isteri kepada DYAM Raja Dihilir Perak.

Datang Kerja Berjumpa Bayi Kembar


Pejalanan ke pejabat macam biasa cuma driver bas orang lain lagi hari ini kerana pemandu yang biasa tu bercuti. Hari ini Syah naik Komuter pula. Masuk jer stesyen ada announcement Shuttle Ipoh - KL akan sampai tetapi disebabkan Syah hendak buang air kecil Syah ke tandas dulu. Mana tak buang air kecil, kerana waktu subuh tadi Syah minum air banyak-banyak coz today puasa. masa di toilet, keratapi sampai dan Syah dah habis buang air kecil dan cakap dengan Mak Cik penjaga tandas yang sedang cuci tandas tu, bas dah datang dan dia senyum jer coz Syah tersalah cakap bas pula. Sampai officce awal today dan Syah sempat ke My News.com dan tiba-tiba ternampak baby comel kembar dalam kedai tu. Mengikut bapannya baby tu berumur satu tahun. Comel betul dan kereta sorongnya pun double. Lepas tengok baby tu Syah naik ke office tetapi sempat bersembang sekeap dengan Sya Ex-Boss Secretary.

Semua Plan Tak Jadi

26.01.2010, Rabu - Hemmmmmmmmmmm ............. Semua plan hari nie tak jadi. Semalam call Muss minta tolong dia hantar Syah ke rumah Kak Lang Ella di Ampang untuk berjumpa kontraktor yang buat rumah Kak Lang untuk baiki plug dan sinki rumah sewa syah di Country Homes, Rawang hari Sabtu nie. Muss kata tengoklah kalau Cd tak pakai kereta. Bila Muss cakap macam tu Syah batalkan sahaja niat tu. Petang tadi Muss call beritahu dia demam dan MC hari nie. Syah inform dia tak jadi balik KL Residence.

Tengahari tadi Syah call Azrin minta tolong hantarkan Syah ke Country Homes coz hendak bersihkan rumah dan periksa apa yang patut. Jam 20:40hrs tadi Syah sampai rumah dan Syah call Azrin dua kali tapi tak jawap. Masa tengok TV Azrin call inform pergi lewat sedikit coz nak tunggu Arip jahitkan langsir baru rumah Azrin. Hampir jam 22:00hrs Azrin call inform nak gerak dah tapi Syah kata tak payalah coz dah malam sangat. Syah cadangkan we all pergi minum sahaja di Rawang. coz bolehlah Syah bersahur sekali kerana esok puasa sunat. Semuanya RM33.00 dan Azrin tambah RM10.00. Selepas makan Azrin dan Arip hantar Syah ke Rawang Residence. Sekarag jam 00:34hrs dan syah hendak tidur............. jumpa lagi semua dilain entry.

Wednesday, January 26, 2011

Sultan Brunei Menerima Mengadap TPM


26.01.2011, Rabu - Semalam 25.01.2010 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri (TPM) kita, Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin di Istana Nurul Iman. Diruang lain Istana Nurul Iman pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap isteri kepada TPM, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. TPM dan rombongan dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei.

Syah Jadi Co-Pilot Driver Bas

Pemandu Gantian Bas Tabung ke Pekan Rawang Pagi ini.

26.01.2011, Rabu - Pagi tadi Syah keluar rumah jam 06:15hrs dan tiba-tiba Syah nampak bas lalu, heran betul awalnya dia datang dan Syah terus berlari 100 meter ke jalan utama supaya tak ketinggalan bas. Ooooooooo................ rupa-rupanya driver ganti patutlah masa agak lari sedikit. Masa Syah naik bas Abang tu minta Syah tunjukkan arah jalan kerana dia tak pernah masuk ke taman nie. Alamak nak kata tak tahu kesian pula kat dia so Syah iyakan sahaja dan duduk sebelah dia. Tempat duduk tu rasa macam bergetar kerana ada alat apa tah yang diletak dan berbunyi agak bising. Bergetar peha Syah dan akibatnya sekarang sebelah kiri Syah dari ari-ari ke peha rasa nilu tapi tak perlah nanti eloklah tu sebab Allahpun tahu kita tolong orang ikhlas.

Abang tu tanya, biasa bas jalan pukul berapa dan Syah kata 06:30hrs tetapi ada kalanya awal juga. Syah jadi penunjuk arah dia dengan bagi instruction belok kiri, kanan dan jalan terus. Geli hatipun ada coz bila sampai satu taman name Desa Kuala Garing tu Syah tersalah bagi instruction dan bas tu lalu ikut lorong lain dan penumpang yang menunggu ditempat biasa terpaksa berlari-lari mendapatkan bas. Penumpang lain tengok sahaja kat Syah sambil tersenyum dan Syahpun senyum balik. Heheheheh ................ Bila sampai Stesyen KTM Abang tu ucapka terima kasih.

Dari Stesyen KTM, Syah jalan kaki ke Stesyen Bas Metro dan jalan agak bahaya kerana banyak kereta tapi redah ajalah kalau tak ketinggalan bas nanti jawabnya. naik bas makan masa 1jam setengah dan sekarang Syah dah dapat idea macam mana nak hilangkan boring dalam bas selain daripada tidur. Upload dan touchup gambar dalam netbook. pagi tadi Syah upload gambar Syah melawat Makam Pahlawan Jumaat lepas dan bila habis sedar-sedar sudah sampai Chow Kit. Petang semalam Syah buat benda yang sama tapi kepala jadi pening tapi hari ini ok pula cuma kalau peningpun sedikit sahaja. Oklah sekarang sudah jam14:00hrs dan Syah hendak sambung kerja semula. Jumpa lagi ...............................

Tuesday, January 25, 2011

Penat dan Letihnya Hari Nie

25.01.2011, Selasa - Sekarang jam 22:14hrs dan baru sebentar tadi Azrin call dan katanya kalau boring datanglah rumah dan Syah kata Insyallah. Semenjak naik bas nie badan Syah rasa sakit dan letih sangat mungkin duduk terlalu lama dalam bas hampir dua jam. Hari ini Syah sampai jam 20:00hrs di Rawang dan awal sedikit dari semalam mungkin bas tak lambat dan hari tak hujan so jalan taklah sesak sangat macam semalam. Dalam bas kepala Syah rasa sakit sangat mungkin Syah asik upload gambar Makam Pahlawan dalam netbook Syah, macam ada sesetengah orang yang pening jika membaca dalam kenderaan. Syah ke 7E untuk beli panadol solubal tapi sudah habis dan Syah makan buah yang Syah beli di bas stand metro tadi dan makan ubat kolestrol Syah. Sampai rumah jam 20:45hrs.

Pagi tadi Syah makan memang banyak. Syah beli lepat pisang tiga dan horlic panas yang kemudiannya Syah masukkan oat. Maklumlah semalam makan buah jer untuk berbuka puasa. Lepas breakfast, Syah makan ubat. Jam 11:45hrs Syah makan Tom Yam Putih dan Barli Panas sebelum ke TM Annexe untuk menghantar dokumen akru. Balik dari TM Annexe Syah singgah di My News.Com beli biskut Low Salt High Fiber dan Kuaci. Petang tadi Syah makan horlic dengan Oat pagi tadi yang tak habis itew. Syah panaskan dalam microwave. Hari nie Syah call my New Wanna be Tenant untuk confirmkan SMS dia untuk jumpa Sabtu nie bagi serahkan kunnci dan dia akan buat bayaran sewa dan deposit 2+1 Syah. Hari Sabtu nie juga Syah janji dengn kontraktor yang buat rumah Kak Lang Ella untuk betulkan sinki dan plug Syah.

Pekerja Istana Anak Bukit Meninggal Dunia

25.01.2011, Selasa - Seorang Pekerja Rendah Am Istana Anak Bukit, Encik Roslan Hashim berumur 52 tahun meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai terbabas kedalam taliair berhampiran kawasan Jalan Hutan Kampung, Alor Star, Kedah. Syah menelefon pejabat Tuanku Sultan Kedah untuk bertanya mengenai kejadian ini dan diminta menghubungi sahabat Allahyarham, Che Mat untuk mengetahui berita lanjut berhubung kematian Allahyarham. Menurut Che Mat berita kemalangan itu diterima daripada kawannya Encik Nazri yang hendak ke bendang. Beliau kemudiannya bergesas ketempat kejadian dan menyaksikan motosikal dan Allahyarham sendiri berada didalam taliair berkenaan. Allahyarham telah meninggal dunia ditempat kejadian. Setelah pihak polis melakukan siasatan, jenazah dibawa dengan ambulan ke hospital untuk bedah siasat.

Menurut Che Mat Jenazah dikeluarkan dari hospital lebih kurang jam 14:00hrs dan telah dimandi dan dikafankan oleh pihak hospital. Jenazah kemudiannya dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Aman, Anak Bukit. Jam 15:00hrs tadi jenazah Allahyarham telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Seberang Pantai Johor, Pantai Johor, Alor Star, Kedah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Ramlor Rejab berusia 50 tahun serta dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Menurut Che Mat, Allahyarham biasanya akan keluar awal pagi dari rumah untuk menghantar kuih jualan yang dibuat sendiri oleh isterinya ke Hospital Sultanah Bahiyah sebelum masuk bertugas di Istana jam 07:30hrs. Tiap-tiap hari itulah jalan yang biasa dilalui oleh Allahyarham.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Encik Roslan Hashim semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Amin. Kepada keluarga Allahyarham Syah berharap agar mereka bersabar dengan dugaan ini.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Gagal Dipinda

25.01.2011, Selasa - Cadangan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk meninda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar berakhir dengan kegagalan apabila tidak mendapat sokongan 2/3 Ahli Dewan. Keputusan dibacakan oleh Speaker Dewan, Dato’ Teng Chang Khim dengan memaklumkan mengikut Perkara 96 Fasa 5 Bahagian 2 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, draft pindaan undang-undang itu tidak boleh dibacakan buat kali kedua dan ketiga. Dengan keputusan ini tiga jawatan pegawai tertinggi di negeri Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang adalah dibawah bidangkuasa kerajaan pusat. Sehubungan dengan itu jawatan penyandang Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi yang dipertikaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sah disisi undang-undang dan harus diterima oleh semua pihak. Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Dr. Mohamad Satim Diman dalam kenyataannya memaklumkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim harus mempercepatkan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia Dato' SUK yang baru secepat mungkin.

Mimpi

25.01.2010 - Selasa, Sekarang jam 04:18hrs dan jam 04:00hrs tadi Syah terjaga kerana bermimpi tetapi Syah macam ingat tak ingat pula jalan ceritanya. Rasanya Syah dengan sesorng hendak balik kampung tetapi berjumpa dengan orang yang Syah kenal tak ingat siapa tetapi macam saudara. Dia ajak naik sekali dan Syah kata Syah ada bawa kawan dan dia macam suruh ikut. Dalam perjalanan ke kereta isteri dia datang dan Syah kata sombongnya dia. Tetiba bila Syah toleh belakang nampak macam ramai orang macam sepupu-sepupu Syah diKajang tu dan katannya hendak hantar orang kahwin. Lepas tu Syah terjaga dan Syah macam terfikir sebab tak ingat samada mereka semuanya pakai baju putih ker? tapi rasanya tak. Mainan tidur agaknya sebab semalam Syah ada terfikir dan bercerita dengan Kak Lang Ella mengenai one of my cousin.

Monday, January 24, 2011

Buka Puasa Dalam Bas

Dari office Syah terus ke Central Market lalu ke Bangkok Bank untuk menaiki bas metro balik ke Rawang. Hari ini bas lambat sedikit dan Syah lihat penjaga bas tu membebel dengan driver melalui walkie-talkie kerana tak ikut arahan lalui jalan yang diarahkan menyebabkan penumpang semakin ramai menunggu. Jam 18:30hrs bas sampai dan nasib baik Syah dapat duduk. Dalam bas sepanjang perjalanan dari KL Sampai NSK Selayang ada dua orang minah bangla asik bercakap tak kering gusi dan kalau orang kita kira Joyahlah ataupun Kak Nam. Kuat plak suaranya dan bila inspektor bas periksa tiket dia tak jumpa tiketnya dan kena bayar sekali lagi. Kecoh betul dia siap bagi handphone dekat konduktor bas untuk bercakap dengan sesorang dimana hendak turunkan mereka. Ada juga mahluk macam nie kan? Mereka pakai baju kurung dan seorang tu bertudung.

Bila masuk waktu Maghrib Syah minum air twister orange dan makan jambu batu yang Syah beli di Central Market dalam perjalanan ke Bangkok Bank tadi. Lepas tu Syah makan ubat. Dalam hati berdoa sempatlah sampai sebelum jam 20:30hrs kerana itu waktu last bas ke Rawang Residence dan jalan memang jem tapi bergerak. Apabila bas sampai di stesyen bas metro, Syah bergesas sambil berlari-lari anak ke stesyen bas berhampiran 7E Rawang yang jaraknya agak jauh sedikit. Shukur alhamdulilah bas ke Rawang Residence masih ada cuma Syah terpaksa berdiri dan bas lebih kurang lima minit lagi hendak bertolak. Syah hanya dapat duduk setelah bas memasuki kawasan taman perumahan apabila ada penumpang yang turun.

Sampai rumah Syah lihat banyak daun kering dan baru teringat penyapu Syah sudah patah. Lepas Syah letak beg dalam rumah, Syah ke kedai berhampiran untuk beli air soya bean dan roti. Malangnya roti gardenia tak ada sudah habis. Dua-dua kedai habis dan yang ada roti biasa dan Syah tak mahu roti tu. So Syah beli penyapu sekali RM5.90. Balik rumah Syah tegur uncle sebelah rumah dan bersembang sekejap dengan anak Uncle Jega, jiran Azrin yang sedang bawa anjingnya berjalan-jalan. Lepas sapu sampah depan rumah, Syah panaskan AEL dan solat Insyah dan Qada Maghrib.

Tak tahu nak makan apa. Tak mengapalah Syah minum sahajalah Soya tu dan esok baru makan di office. Inilah masalah kalau Syah di Rawang Residence memang susah nak cari makanan. Call my sister Ella inform dia ada mee segera kat dapur Syah dan Syah malas nak makan mee segera kerana sedang berdiet dan Kak Lang Ella pun kata jangan makan mee segera kerana tak elok. So tak per lah, esok sahaja lah Syah makan. Heheheh ok semua jumpa lagi dilain entry. Have a nice day............

Sakit Kepala dan Nak Demam

24.01.2011, Isnin - Lunch nie Syah rasa sakit kepala/pening dan bila Syah pegang dahi macam tak tahulah jerwat nak tumbuh ker atau semalam ada terhantuk dimana-mana tak ingat. Bila tekan macam ada benjol kecil sedikit jer. Hari ini Syah tak lunch sebab puasa. Sejuk pula office hari ini dan baju sejuk tertinggal di Rawang Residence. Syah rasamacam nak demampun ada.

Zainuddin Elias Meninggal Dunia

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Mohd Zinuddin Elias.
Semuga Rohnya Sentiasa Dicucuri Rahmat Serta Ditempatkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.


24.01.2011, Isnin - Dukacita dimaklumkan bahawa seorang rakan sekerja kami di TM seperti photo dan nama diatas yang berusia 26 tahun telah kembali ke rahmatullah semalam bersamaan hari Ahad, 23.01.2011 jam 18:00hrs di Hospital Putrajaya. Allahyarham telah mengalami kemalangan pada malam Khamis, 20.01.2011 semasa dalam perjalanan balik dari tempat bertugas Allahyarham di Unit Network Architecture & Technology, System Technology di Putrajaya TM Exchange Cyberjaya. Implikasi daripada kemalangan ini, Allahyarham telah koma selama tiga hari. Jenazah Allahyarham akan disempurnakan hari ini sebelum waktu Zohor di kampung halamannya di Pontian Kecil, Pontian, Johor. Kepada yang mengenali Allahyarham samada di facebook atau Warga TM, anda bolelah melawat keluarganya untuk ucapan takziah dialamat 1123, Jalan UMNO, Pontian Kecil, Pontian, Johor.

Pintu Baru KL Residence


24.01.2010, Isnin - Inilah dia pintu baru KL Residence yang dipasang hari Sabtu lepas. Kebetulan vendor yang sama pasang pintu juga dirumah Uncle Dass, jiran depan rumah kami yang sedang buat renovation rumahnya. Jiran sebelah rumahpun buat renovation satu rumah. Kl Residence Syah kalau ikut jadual akan buat sedikit renovation pada Februari atau awal Mac nanti. Lama juga pekerja tu pasang pintu nie adalah tiga jam kot, Mana taknya diukur dan di potong semula ikut frame pintu. Tebuk lubang kunci, Pasangkan Kaca, last sekali touch up mana-mana bahagian yang tergesel dan varnish semula pintu tue. Memanglah cantik tapi macam nampak orang diluar pula tetapi orang diluar tak boleh nampak kita didalam kecuali kalau dia mengintai dicelah-celah bunga kristal tu. Actually ada masalah sedikit bila nak buka dari dalam kerana ketat sedikit dan Cd terpaksa keluar ikut balkoni untuk buka pintu dari luar. Bila Syah balik jogging mereka inform masalah nie dan Syah buka boleh pula. Muss dah inform vendor. Mungkin kena tekan button pintu tu dengan cara yang betul kot tapi bila buat benda yang sama kadangkala dia keras juga dan sukar dibuka. Tengoklah macam mana nanti, coz Muss akan handdle problem tu dengan vendor.

Pagi Isnin

24.01.2011, Isnin - Pagi nie Syah bertolak awal dari KL Residence. Jam 05:00hrs terbangun dan baru teringat tak niat puasa sunat lagi. Terus Syah niat puasa sunat, makan roti dua keping dan minum mineral water banyak sedikit. Lepas tu Syah lipat pakaian yang dijemur semalam. Hampir jam 06:00hrs Syah ke toilet untuk melakukan rutin harian seperti yang anda lakukan setiap pagi. Sebelum keluar rumah salam my bro Muss dan inform dia today Syah balik Rawang Residence. Semenjak dua tiga hari nie testis Syah rasa sakit sedikit jika ada pergerakan tapi very mild, mungkin ada tersilap tidur ker tak tahulah. Minta-minta tak jadi apa-apa.

Sampai sahaja di office pagi nie Syah naik lif dan tak naik tangga, actually dah lama juga Syah tak naik tangga dari ground floor ke aras 14. Pagi nie lif pula macam meragam. Bila tiba tingkat 14 lif macam terhenjut ke bawah dan turun semula ke aras 12 tetapi kemudia naik semula ke aras 14. Mak aii................ untung ada dua tiga orang dalam lif tu kalau tidak mengelabah juga Syah coz dulu pernah terperangkap sorang-sorang dalam lif di office Syah nie hingga berpeluh-peluh Syah didalamnya. Sampai aras 14 pintu lif terbuka dan terus Syah keluar. Shukur alhamdullilah tak jadi apa-apa.

Sunday, January 23, 2011

Muss Urut Kaki

22.01.2011, Ahad - Sekarang jam 22:24hrs dan semasa Syah update blog di ruang tamu, Muss minta Angah urutkan kakinya. Hehehhe tergelak Syah tengok sampai dua orang urutkan kaki Muss, Cd dan Angah sebab kaki Muss besar sangat kata mereka. Cd kata kalau Angah sorang yang mengurut kaki Muss yang besar tu mesti tercirit dia sebab tu dia tolong sama. Heheheheheh. Actually Angah nie, Muss kata pandai mengurut sebab dia belajar dengan ayahnya yang mempunyai kebolihan mengurut jiran-jiran di Felda panching Timur, Kuantan, Pahang.

Ada Tetamu Bertandang Ke KL Residence Petang Tadi

23.01.2011, Ahad - Petang tadi Syah tertidur adalah dalam dua jam, tak pernah Syah tertidur waktu petang terutamanya hari Ahad. Bangun sahaja sudah hendak masuk waktu Asar, Syah lihat ada orang di ruang tamu. Rupa-rupanya keluarga angkat Cd dari Jerantut, Pahang datang. Actually mereka jadi keluarga angkat Cd sewaktu Cd dan anak lelaki mereka, Halim belajar di Kolej dulu. By the way Ibu Cd, adiknya Beha dan anak saudaranya Angah ada di KL Residence. Selepas basuh muka, Syah ke gerai depan jalan untuk beli putu piring untuk tetamu manakala Biha goreng karipap kentang dan sardin serta kuih kasturi. We all buatkan air kopi keluang yang Muss beli di Johor. Tetamu balik jam 18:00hrs dan mereka akan balik terus ke Jerantut, Pahang.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien

Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien

23.01.2011, Ahad - Tahukah anda siapakah gerangannya wanita berkenaan dan dari segi gelaran namanya tentu anda dapat mengagak iannya adalah Kerabat Diraja Brunei Darussalam. Tekaan anda memang tepat. YTM merupakan Puteri Sultan Brunei dan YTM juga merupakan Kerabat Diraja Selangor disebelah bondanya. Seperkara yang perlu anda tahu mengenai YTM adalah :-
  • YTM berusia 76 tahun, diputerikan pada 15.10.1935 di Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Menerima Darjah Kebesaran Brunei, D.K. II pada 12.10.1963. Sewaktu Paduka Almarhum Ayahandanya mangkat, YTM baru berusia 15 tahun dan telah berangkat pulang ke Selangor bersama bondanya. Sekarang YTM menetap di Brunei dan sering terlibat dalam istiadat/upacara rasmi di Brunei.
  • YTM merupakan cucunda kepada Sultan Selangor Ke-5, DYMM Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Che Puan Anjung Negara @ Cik Maimon Abdullah. YTM juga merupakan sepupu kepada Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah, bonda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Syah Alhaj. Sehubungan dengan itu YTM merupakan Bonda Saudara Sepupu Sultan Selangor sekarang.
  • YTM merupakan satu-satunya Puteri Gahara daripada empat orang puteri Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei Ke-27 tetapi tidak layak untuk menggantikan Paduka Ayahandanya mengikut adat istiadat diraja Brunei. Disebabkan kesemua anakanda Sultan Ahmad adalah perempuan, maka individu kedua yang layak menjadi Sultan adalah adinda gahara lelaki Almarhum Sultan atau Pengiran Bendahara. YTM Paduka Seri Duli Pengiran Bendahara Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddin telah ditabalkan sebagai Sultan Brunei Ke-28 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda YTM yang mangkat pada tahun 1950 dengan gelaran Sultan Omar 'Ali Saifuddien III dan kemudiannya turun tahta dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan digantikan oleh anakandanya iaitu Sultan Brunei sekarang, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  • YTM telah berkahwin dengan Tengku Pengiran bin Tengku Abdul Aziz yang merupakan sepupu YTM sendiri iaitu anak kepada Tengku Indera Setia DiRaja Selangor, Tengku Abdul Aziz ibni Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Hasil daripada perkahwinan ini YTM telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu Tengku Putera Muhammad Fawzy, Tengku Putera Amir Farouk and Tengku Putera Muhammad Harris Fadizllah.

Resipi Ayam Masak Kari Pekat

23.01.2010, Ahad - Hari ini Syah masak untuk warga KL Residence Syah Ayam Masak Kari Pekat. Disebabkan Syah sedang berdiet Syah tak makanpun menu ini cuma masakkan sahaja. masaknya macam masak kari biasa cuma ada kelainan sedikit dalam bahan-bahannya. So jom Syah hendak berkongsi resipi nie dengan anda semua dan anda semua boleh cuba jika berminat. Family Syah kalau masak ayam style nie biasanya dimakan dengan pulut kuning dan rasanya ala-ala rendang sebab kita letak daun kunyit tetapi bagi generasi baru mereka makan dengan nasi putih atau cicah dengan rotipun sedap tak kira roti bengali ker atau roti perancis.

Syah kalau masak tak tentukan sukatan dan agak-agak sahaja kuantiti bahan-bahannya. Apa lagi Yope ............. Jom kita masak :-

Bahan-Bahanya
  • Ayam dipotong mengikut kesukaan anda
  • Kunyit
  • Garam
  • Serebuk Perasa
  • Rempah Kari Daging Babas
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Daun Kari
  • Daun Kunyit
  • Bunga Lawang
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Cili Giling
  • Kerisik
  • Minyak
  • Santan Pekat

Cara-Caranya

  • Bersihkan ayam serta buang kulitnya, toskan dan lumurkan dengan kunyit dan asingkan ketepi.
  • Bawang merah dan putih dimayang halus.
  • Masukkan Minyak dalam kuali. Bila minyak panas tumis bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. masukkan bawang putih dan merah dan goreng hingga naik bau.
  • Masukkan daun kari dan kacau seketika.
  • Masukkan cili giling dan masak hingga garing.
  • Masukkan rempah kari dan masak hingga garing. Rempah kari tadi dicampurkan terlebih dahulu dengan sedikit air.
  • Bila rempah dan cili boh tadi garing masukkan ayam dan biarkan seketika hingga ayam sebati dengan rempah kari.
  • Masukkan sedikit air beserta santan pekat dan kacau.
  • Carik-carikkan Daun Kunyit dan masukkan dalam kuali. Kacau seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukan Kerisik dan masak hingga kuah pekat.

Jika kuah tu pekat sangat anda boleh mencampurkan dengan sedikit air. Bila ayam sudah masak angkat dan iannya boleh dihidang. Satu perkara lagi anda akan dapati ada lebihan kuah dalam kuali kan? Dulu Almarhumah Nenda Syah which I call her Mak akan masukkan nasi didalamnya dan digoreng seketika (kacau atas api). Jadi taklah membazir baki kuah yang ada dikuali tu. Daripada dibasuh lebih baik kita makan. Seperkara lagi, jika kita buat sendiri kerisik lagi sedap dan warna kuahnya akan kehitam-hitaman. Ok selamat mencuba resipi Syah yer kawan-kawan semua.

Aktiviti Pagi Ahad

23.01.2011,Ahad - Hari ini Syah di KL Residence dan jam 05:00hrs Syah sudah terbangun, cepat bangun mungkin malam tadi tidur awal kot?. Pada mulanya ingatkan sudah masuk waktu solat subuh tapi awal lagi rupanya. Nak tidur balik tak mau pula matanya. So Syah kemas bilik dan buang dokumen-dokumen yang tidak diperlukan serta bersihkan kipas angin dan dalam masa yang sama Syah cuci baju (washing machine). Bila kerja-kerja mengemas selesai Syah sidai baju dan kemudiannya mandi.

Selepas mandi Syah inform Muss yang sedang mentenet dibilik Syah hendak ke Pasar Tani dan dia tanya naik apa dan Syaha jawap macam biasa jalan kaki. Muss kata hendak ikut coz nak beli keperluan dapur. Syah kata boleh breakfast sekali dan Muss kata tunggu dulu coz dia hendak gosok gigi dan basuh muka. Selepas membeli apa yang patut kami singah breakfast di Kedai Mamak. Syah minum Horlic Panas cicah dengan Roti Gardenia Breakthru (untuk reduce kolestrol) yang Syah bawa dari rumah serta dua Lepat Pisang dan Muss Teh Ice, satu Lepat Pisang dan Roti Banjir.

Sampai rumah Syah bersihkan ayam yang Syah beli tadi sebab hendak masak Ayam Kari Pekat untuk Muss, Cd, Mak Cd, adik Cd dan anak saudaranya. Syah juga rebuskan Kupang yang Mus beli dan Cd akan masak kemudian. Untuk Syah nanti Syah buat Sayur Pindang sajalah sebab dah beli sayur dan tahu tadi. Cd pula buat Ikan Sardin Pekasam Goreng. Untuk breakfast Syah belikan mereka dua jenis kuih, Popia Basah dan Apam manakala Muss belikan 2 Murtabak Ayam dan Satu Daging.

Saturday, January 22, 2011

Genap Setahun Almarhum Sultan Iskandar Meninggalkan Kita

Dihadapan sekali adalah Makam Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Iskandar. Manakala dibelakangnya adalah Makam Almarhum Sultan Iskandar. Gambar ini Syah rakamkan sewaktu menziarahi Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah pada 06.12.2010 lepas.

22.01.2011, Sabtu - Hari ini genaplah sudah setahun Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Era Sejarah Moden Ke-4 meninggalkan kita semua. Pada tarikh 22 Jan 2010 bersamaan hari Jumaat, jam 19:15hrs Baginda mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Baharu, Johor dalam usia 77 tahun setelah bertahta hampir tiga dekad memerintah Negeri Johor dan Jajahan Takluknya. Baginda meninggalkan seorang suri, Sultanah Zanariah serta 10 orang putera/puteri termasuk anak-anak hasil perkahwinan pertama baginda dengan YAM Enche' Besar Hajah Khalsom. Diputerakan oleh bondanya Almarhumah Sultanah Aminah di Istana Semayam, Johor Baharu pada tanggal 08.04.1932. Almarhum dimasyhurkan Sebagai Sultan Johor pada 11.03.1981 berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda baginda. Pada 15.11.1984 baginda dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-8 untuk tempoh lima tahun.

Al-Fatihah
Semuga Allah Menempatkan Roh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Bersama-Sama Orang Yang Beramal Solleh.
AMIN

Darjah Kebesaran S.P.M.S YB Khir Toyo Digantung Sementara Oleh DYMM Sultan Selangor

22.01.2011, Sabtu - Kepada anda semua beginilah rupanya Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Darjah Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato' Seri kepada Mantan Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Dr. Mohamad Khir Toyo yang telah digantung oleh DYMM Sultan Selangor. Keputusan ini telah dibuat oleh DYMM Sultan Selangor setelah berbincang dengan Dewan Diraja Selangor pada 11.01.2011 lepas. Pengantungan dan penggunaan gelaran adalah bersifat sementara dan akan dikembalikan/ditarik semula bergantung kepada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang akan dikeluarkan samada YB bersalah/tidak bersalah dan dibebaskan dari pertuduhan rahsuah. YB telah memulangkan semula Darjah Kebesaran berkenaan kepada pihak Istana Selangor dan YB tidak boleh lagi menggunakan gelaran Dato' Seri buat sementara waktu ini dalam segala urusan rasmi/tidak rasmi.

Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II)

22.01.2011, Sabtu -
Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II) merupakan Darjah Kebesaran dan pengurniaan yang kedua tertinggi di Negeri Selangor Darul Ehsan selepas Darjah Kerabat (D.K.). Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1977. Ia mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang.

Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II) ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia. Ia juga dikurniakan sebagai tanda penghormatan kepada Putera-Putera Raja Negara Asing sebagai tanda penghormatan dan hubungan silaturrahim dengan Baginda Sultan Selangor. Penyandang-penyandang jawatan tinggi yang telah menyumbang jasa dan bakti yang cemerlang kepada Baginda Sultan atau Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan juga layak dipertimbangkan untuk menerima Kurniaan ini.
Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II)

D.K.II terdiri daripada Kalung Darjah yang diperbuat daripada logam bersadurkan emas dengan 14 karangan mata rantai. Terdapat Lambang Negeri Selangor di atas bulan sabit tertera pada mata rantai di tengah-tengah. Mata rantai yang lain berbentuk bulat dimana permukaannya terukir keris bersilang, berselang-seli dengan mata rantai yang mengandungi perkataan Allah dalam huruf jawi.

Bintang Darjah pula berwarna keemasan dan permukaannya terdapat gubahan daun kelapa yang timbul.Lencana Darjahnya berwarna enamel keemasan dengan gubahan daun kelapa yang timbul berwarna enamel merah.Selepangnya diperbuat daripada kain sutera selebar 101.6mm. Ia mempunyai dua jalur merah di tengahnya dan dipakai di atas bahu sebelah kiri melintang ke bawah sebelah pinggang kanan.
Penerima-Penerima D.K. II adalah "-
  1. 1977 - Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn
  2. 1978 - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmood Ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  3. 1979 - Y.A.M. Tengku Badli Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
  4. 1985 - Duli Yang Teramat Mulia Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal
  5. 1989 - Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badli Shah
  6. 1992 - D.Y.T.M Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
  7. 1992 - Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
  8. 1996 - Y.A.M. Tengku Thurayah binti Almarhum Sultan Ibrahim
  9. Pertabalan - Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
  10. 2003 - D.Y.T.M. Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah
  11. 2009 - Y.A.M. Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Balik KL Residence Sekejap

22.01.2011, Sabtu - Pagi nie jam 08:00hrs Syah keluar dari Rawang Residence kerana ada hal sedikit di KL Residence. Semalam Muss call inform vendor hendak pasang pintu dan Syah kena seattlekan payment. Hari tu sudah bayar separuh dan hari nie ballancenya sebelum pintu tu dipasang sebentar lagi. Di KL Residence nie pula jiran sebelah rumah dan depan rumah juga buat renovation dan memang bising sedikit. We all pula dijangka akan renovate rumah dalam bulan Februari.

Masa dalam bas, Muss inform talian telefon dan streamyx kena sekat dan bila Syah semak dengan TM rupa-rupanya ada outstanding RM216.00. Syah heran coz payment dibuat setiap bulan melalui auto debit credit card Syah tetapi mengapa boleh jadi macam ini. Mereka inform auto debit tu inactive. Apalah dia orang nie buat kerja macam mana tah dan menyusahkan pengguna sahaja. So Syah jalan kaki ke TM Point Muzium Telekom berhampiran Menara Maybank dekat Puduraya tetapi tutup. Akhirnya Muss bayar melalui 100 menggunakan Credit Card dia dan bila sampai rumah line dah ok.

Friday, January 21, 2011

Darjah Kerabat (D,K. Selangor ) Yang Amat Dihormati

22.01.2011, Sabtu -

Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati merupakan Darjah Kebesaran yang tertinggi sekali di Negeri Selangor Darul Ehsan dan telah dizahirkan pada tahun 1961. Darjah ini mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang. Darjah ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia. Ianya juga dianugerahkan kepada raja-raja negara lain sebagai tanda penghormatan dan persahabatan yang akrab dengan Baginda Sultan Selangor.


Darjah Kerabat (D.K) Yang Amat Dihormati
Darjah Kelas Pertama

Kalung Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati diperbuat daripada logam yang bersadurkan emas 101.6 sm panjang yang dipakai sama labuhnya samada di bahagian hadapan atsu belakang, mengandungi 14 karangan mata rantai yang bersambungan. Dua mata rantai di tengah-tengah mempunyai ukiran lambang Negeri Selangor di atas bulan sabit. Mata rantai yang lain berbentuk bujur telur. Ukiran yang tertera di atasnya ialah gubahan daun kelapa melingkungi dua bilah keris bersilang, berselang-seli dengan gubahan daun kelapa melingkungi bulan sabit.


Bintang Darjahnya mempunyai lima pecahan. Ia diperbuat dari logam yang bersadurkan emas. Kulitnya dicanai dengan permata berbaris. Di tengah-tengahnya terdapat mahkota dan lambang Negeri Selangor Darul Ehsan yang beralaskan enamel merah nipis. Ia dikelilingi oleh gubahan daun kelapa yang timbul. Lencana Darjahnya adalah merupakan bintang yang mempunyai lima pecahan. Ia berukuran 7.62 sm. Ia diperbuat dari logam yang bersadurkan emas. Mahkota dan lambang Negeri Selangor Darul Ehsan tertera di tengah-tengahnya. Lencana ini beralaskan enamel merah nipis berbayang serta dilingkungi gubahan daun kelapa yang timbul. Lencana ini terlekap di atas bintang yang mempunyai sepuluh pecahan bersadurkan perak.


Penerima-Penerima D.K. Selangor adalah :-

  1. 1963 - Yang Maha Mulia Tengku Rahimah binti Al-Marhum Sultan Abdul Aziz

  2. 1965 - Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

  3. 1966 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

  4. 1970 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

  5. 1971 - Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad

  6. 1971 - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Raja Muda Selangor)

  7. 1975 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

  8. 1978 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

  9. 1982 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

  10. 1985 - Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj

  11. 1985 - D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-Lahu Shah

  12. 1985 - K.D.Y.M.M. Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Sir Muda Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni D.Y.T.M. Paduka Seri Begawan Sultan General Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien

  13. 1985 - D.Y.M.M. Tengku Bariah binti Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Alhaj

  14. 1987 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu'adzam Shah

  15. 1996 - Y.T.M. Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Abdul Rahman

  16. 2002 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu'adzam Shah

  17. 2002 - Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah

  18. Pertabalan - Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

  19. Pertabalan - Y. A. B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

  20. 2005 - Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun binti Mohd. Ali

  21. 2009 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

  22. 2010 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

  23. 2010 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V

Terserempak Dengan Idola Syah, Tun M di Masjid Negara

Tun M di Masjid Negara selepas menunaikan Solat Jumaat

21.01.2011, Jumaat - Semasa di pejabat tadi hati Syah macam terpanggil untuk Solat Jumaat di Masjid Negara. Biasanya jika naluri hati Syah begitu adalah sesuat yang akan Syah jumpa nanti dan iannya memang benar-benar berlaku. Sampai sahaja ke Masjid Negara Syah terus ke Makam Pahlawan untuk ziarah penghuni-penghuni disana sambil sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum/Almarhumah di Makam berkenaan. Selepas Solat Jumaat semasa hendak keluar dari pintu masjid Syah nampak banyak orang berkerumun dan bila Syah lihat rupa-rupanya Idola Syah, Mantan Perdana Menteri Malaysia, tak lain tak bukan Tun Mahatir. Syah sempat salam dan cium tangan Tun, wangi tangannya. Tun menang sudah tua tetapi nampak Firm. Tun juga sudi melayan kerenah rakyat yang hendak berposing bersama beliau tanpa mengira kedudukan mereka. Seperkara yang Syah heran bukan sahaja orang kita bersalaman dan mengambil gambar Tun malah orang-orang Arab turut serta bersalaman dengan Tun terutamanya anak-anak muda. Memang Tun nie terkenal di seluruh dunia terutamanya dunia Islam. Teringat Syah ada member beritahu syah, dia tanya seorang student Timur Tengah di MMU mengapa study kat Malaysia katanya kerana Tun Mahathir. Tun kemudiannya beredar dari Masjid dengan kenderaannya.

Naik Bas Today Dari Rawang

21.01.2011, Jumaat - Hari ini Syah hendak cuba naik bas pula bukan apa jimat sedikit tambang compare to Komuter. Naik komuter Rawang - KL Sentral RM3.50 makanala menggunakan Bas Metro RM1.50. Syah bertolak dari pekan Rawang approx jam 07:04hrs. Jalan dari Rawang ke Selayang ok tetapi dari Selayang ke KL sesak gila. Syah sampai office jam 08:50hrs. Inilah masalahnya ada alternatif lain untuk kurangkan kos tetapi tiba lewat ke pejabat pula. Tengoklah macam mana mungkin Syah selang selikan dan terpaksa buat macam ini coz Tambang pergi balik KL Rawang jika naik train RM14.10 dan jika menaiki bas RM10.20 sehari dengan kadar perbezaan RM3.90.

Little India Brickfield dan Buka Puasa di Rawang Residence

20.01.2011, Khamis - Dari Country Homes Syah ke KL Sentral, ingatkan nak jumpa Hussam tapi tak jadi because try to call dan sms tapi no reply.Jadi Syah habiskan masa di KL Sentral sahaja dimana Syah update FB menggunakan wifi Burger King. Syah cuma berdiri dan kadangkala duduk dilantai berhampiran Burger King. Syah tak boleh masuk ke restoran tu sebab Syah puasa jadi timbil idea tu kerana wifi kan boleh diaccess dalam jarak beberapa meter. Hehehehe ada-ada jer ideakan? Selepas solat diSurau Syah baring sekejap hingga jam 15:00hrs.

Dari surau Syah berjalan kaki ke Little India Brickfield, adalah mengambil masa approx 10 minit. Tiba-tiba datang idea nak ketempat yang dirasmikan oleh PM kita dan PM Negara India. Memang cantik deco kawasan nie dan bila berada disini terasa seperti kita berada di India pula. syah sempat minta pertolongan orang lalu lalang untuk ambil gambar Syah. Adalah hampir 45 minit Syah di Little India Brickfield dan Syah pun bergerak semula ke KL Sentral untuk Solat Asar. Selepas solat Syah ke Stesyen LRT Pasar Seni untuk balik semula ke Rawang tetapi menggunakan Bas Metro. Tambang biasanya RM1.50 tetapi setiap kali ada public holiday tambang jadi RM2.00, Sabtu dan Ahad Syah tak pasti sebab lama dah tak naik bas metro.

Sampai rumah macam biasa selepas Maghrib. Syah tak balik terus tetapi singgah ke pasar malam. Syah beli sayur-sayur, kuaci dan soya bean untuk masak buka puasa. Sampai Rawang Residence terus solat Maghrib. Selepas solat, Syah panaskan AEL sambil masak sup sayur dan makan dengan roti untuk berbuka puasa. Malam nie Syah rasa sakit kepala dan macam nak demam. Ubat kolestrol tersalah ambil tetapi Syah sempat buang, untung belum masuk perut lagi. Tertukar yang pagi punya.

Thursday, January 20, 2011

My New Tenant

20.01.2011, Khamis - Sekarang jam 14:05hrs dan Syah update blog didepan Counter McD bersebelahan Burger King KL Sentral. Hari ini KL cuti sebab sambutan Thaipusam oleh kaum India beragama Hindu. Sebenarnya Syah pakai wifi Burger King dan duduk kat lantai dan untung orang disini macam tak kisah jer. Tak boleh masuk Burger King coz Syah puasa. Semalam Syah buat appointment dengan Pn Rosni yang hendak sewa rumah Syah bagi pihak adik kepada kakak iparnya jam 10:00hrs. Pagi tadi jam 08:00hrs Syah telah keluar dari Rawang Residence untuk tunggu bas ke Bandar Rawang seterusnya ke Country Homes. Sampai hampir jam 09:30hrs dan mereka datang 40minit kemudian dan sempatlah Syah kemas dan sapu depan rumah. Yang hendak sewa rumah Syah tu tak payahlah Syah beritahu namanya dan biarlah rahsia yer, cukup sekadar dia masih single lagi dan bermata coklat. Gambar diatas tu, dia dan kakaknya yang datang dar Klang, tak silap Syah dia orang Negeri Sembilan. Setelah tengok rumah dan Syah terangkan apa keperluan Syah dia setuju hendak menyewa dan akan mula masuk pada bulan Februari 2011. Syah akan betulkan plug didapur dan sinki didepan bilik air atas kerana ada masalah sedikit. Shukur alhamdulillah ada penyewa baru dan Syah harap penyewa baru ini seperti penyewa Syah yang lepas yang namanya Shah juga. Memang seorang yang bertanggungjawab dan tak pernah lambat buat payment dan kalau lambatpun sehari dua sahaja. Rumahpun dia jaga dengan bersih. By the way thanks Shah and Family dan Syah akan pulangkan deposit rumah mereka dalam minggu depan setelah final bill diuruskan.

Ok sekarang hendak ke Surau solat Zohor. Jumpa lagi semua.

Naneng Sakit

20.01.2011, Rabu - Malam tadi Syah SMS my Friend Naneng dari Brunei bertanyakan khabar dia sebab tak dapat dihubungi dua tiga hari ini. Rupa-rupannya dia masuk hospital kerana Demam Panas. To Naning take good care of your self, banyak-banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat. Syah doakan semuga Naning cepat sembuh.

Wednesday, January 19, 2011

Terlewat Bangun

19.01.2011, Rabu - Hari ini Syah terlewat bangun, sepatutnya kunci jam pukul 05:00hrs tetapi ada kesilapan teknikal kot Syah bangun 05:40hrs. Alamak tergesa-gesa Syah macam lipas kudung mandi dan buat apa yang patut ............. untung sempat siap. Perjalanan ke tempat kerja pula berjalan lancar dari Rawang Residence hingga ke Menara TM.

Tadi call Azrin ingat minta tolong ke Country Homes malam ini coz nak mop lantai rumah sewa tetapi rupa-rupanya dia ada mesyuarat diluar KL dan Jumaat baru balik. So tak apalah esok Syah naik bas je ke Country Homes coz ada orang nak tengok rumah sewa Syah tu. Muss pun call tanya hari ini balik mana dan Syah kata Rawang. Lunch today macam biasa, Tom Yam Sayur cuma today Syah beli Apple Celery Ice Blanded. Dua kali budak tu buatkan air Syah coz 1st time buat katannya ada serpihan straw dalam air tu dan dia buang dan buat yang baru. Hem....... baguslah gerai minuman di Aras 3 Utara, TM Food Court nie. Kalau orang lain tu dah lama dia buang serpihan straw tu jer sebab nak jimat kos.

Sultan Selangor Perkenaan Sidang Tergempar DUN Selangor

19.01.2011, Rabu - Cadangan Kerajaan Negeri Selangor mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar telah membuahkan hasil apabila ianya mendapat perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda menandatangani pengistiharaan itu pada 14.01.2011 bersamaan hari Jumaat lepas. Speaker DUN Selangor, YB Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan alasan MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat itu diadakan lebih awal daripada tarikh DUN ditangguhkan.

Untuk membolehkan Undang-Undang Tubuh Negeri ini dipinda, ianya memerlukan undi majoriti dua pertiga iaitu 37 kerusi daripada jumlah keseluruhan kerusi sebanyak 56 kerusi DUN. Sama-samalah kita lihat hasilnya nanti samada iannya dapat dipinda atau tidak pada 24 Januari 2011 nanti.

Kuasa perlantikan jawatan-jawatan eksekutif yang terlibat adalah dalam pindaan ini adalah :-

  • Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Penasihat Undang-Undang
  • Penasihat Kewangan

Tuesday, January 18, 2011

Malam Ini Di Rawang Residence

18.01.2011, Selasa - Malam ini Syah di Rawang Residence dan tak banyak benda yang Syah buat. Solat dan menonton Tv sambil mentenet. Sempat ke kedai beli roti dan soyabean sebab nak makan ubat. Sebentar tadi ada Arip call tanya pasal hendak buat praktikal di TM. Keadaan rumah ok cuma belakang rumah jer jiran longokkan sampah pokok pisang dia. Memang dia buata mcam tu dan bila kering baru dia bakar. Lantaklah dia asal tak ganggu rumah Syah sudah.

Tengkuk Syah pula sakit ada masanya bila ada pergerakan mungkin salah tidur malam tadi sebab Syah bersandar di kepala katil. Sekarang jam 23:48hrs dan Syah nak beradu coz esok jam 05:00hrs kena bangun.

Nak Sewa Rumah

18.01.2011, Selasa - Jam 08:30hrs tadi ada seorang wanita bernama Rosni call Syah hendak bertanya mengenai rumah sewa Syah di Country Homes untuk adik perempuan kakak iparnya yang bekerja di ADABI dan masih bujang. So Syah terangkan syarat-syaratnya iaitu deposit 2+1 dan Indah Water mereka kena bayar. Syah maklumkan sewa RM400.00 dan dia minta dikurangkan dan Syah inform actually RM450.00 tapi Syah beri RM400.00 sahaja dan Syahpun pilih tenant kerana Syah hendak tenant yang bukan sahaja menyewa tapi jaga rumah Syah sekali. Dia kata nak jumpa hari minggu nie dan boleh sekali jumpa bakal tenant Syah tetapi katanya Syah boleh ajak dia tengok rumah dulu bila-bila masa kerana dia duduk di Taman Desa Mas berhampiran Masjid Country Homes sahaja. Syah maklumkan kepadanya bila Syah ke Rawang nanti Syah arrangkan masa untuk jumpa dia.

Rasanya lebih baik Syah jumpa dia masa cuti Taipusam nanti Khamis nie instead of hari minggu. Nantilah Syah fikirkan.

Pagi Selasa dan Sakit Syah

18.01.2011, Selasa - Pagi nie Syah bertolak awak lebih kurang jam 06:45hrs dari KL Residence. Syah bangun jam 05:50hrs dan perasan yang Muss tak bangun-bangun lagi dan Syah kejutkan dia. Agaknya mengantuk kot atau dia ada kursus lagi hari ini, tak sempat nak tanya. Masa Syah keluar rumah dia sedang mandi. Hari nie rasa sakit dibahagian perut sebelah kiri hingga ke testis Syah kadangkala terasa sakitnya. Tak tahulah mengapa mungkin ada tersalah tidur ker atau tersalah urat ker sebab Sabtu hari tu banyak jalan kaki. Minta-minta tak jadi apa-apalah.

Sekarang jam 08:20hrs dan Syah nak prepare Direct AP Payment yang my Boss bagi petang semalam tapi tak boleh view file tu kerana menggunakan versioan yang lain, pc Syah pc lama dan pagi tadi dia convertkan file to ke lower version supaya Syah boleh view. By the way mengenai surat bayaran tertunggak dari vendor semalam, my boss pun keliru dan akan hantar kepada bahagian akaun kerana mungkin vendor tu kumpulkan semua bayaran tertunggak di TM dan seolah-olah bayaran tu kami yang punya. Lawak betul lah vendor nie.

Monday, January 17, 2011

Buka Puasa @ Aramah Tomyam

17.11.2010, Isnin - Puasa arine Syah rasa penat pula tak tahu mengapa. Sampai KL Residence sebelum Maghrib. Syah tengok kereta tak ada tapi Muss ada dalam bilik Syah searching internet. Masa nak masuk Syah tanya Angah Cd tak balik lagi ker dan katannya baru sekejap keluar kerana ada kerja. Syah inform Muss Syah puasa dan ingat nak makan di Batu 6 tapi kereta tak ada dan Muss kata makan jer apa yang ada, nak buat macam mana?

Lepas solat Maghrib, Syah ke Bt 6 jalan kaki untuk makan Tom Yam Sayur Putih kerana Tom Yam kat area KL Residence nie tah apa-apa sayurnya pun malas nak cerita. Adalah 35 minit jalan kaki baru sampai di Aramah Tom Yam, Bt 6, Gombak. Tak apalah nak buat macam mana itulah dugaan namanya dan padan dengan muka Syah dan anggap jer tu sebagai exercise. Syah makan Tom Yam Sayur Putih dan Lai Chi Kang panas. Sebelum tu Syah ke Petronas Petrol Pump beli roti untuk makan dengan Tom Yam. Lepas makan, Syah jalan-jalan di Medan Idaman dan kemudiannya ke Danau Kota Uptown dan jam 22:30hrs Syah sampai ke KL Residence semula. Tak tahu nape puasa hari nie rasa letih sangat.

Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-83 Tahun KDYMM Sultan Kedah

Kelihatan KDYMM Tuanku menyampaikan Anugerah Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato' Seri Mahawangsa kepada Mantan MB Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid - Gambar Utusan Malaysia

17.01.2011, Isnin - Semalam (16.01.2011) sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah satu Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurnian Darjah-Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran telah diadakan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit. Dalam istiadat ini KDYMM Tuanku telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat kepada 83 orang penerima.

Dalam titahhya, Baginda berharap agar rakyat sentiasa berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda dalam apa-apa isu yang berbangkit seperti yang berlaku dibeberapa tempat sekarang ini yang mengakibatkan perpecahan dikalangan masyarakat. Baginda menzahirkan rasa bershukur baginda kerana rakyat Kedah yang berbilang bangsa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Baginda juga merakankan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan perancangan pembangunan sosioekonomi Negeri Kedah terutamanya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutan serta anggota-anggota keselamatan yang membantu rakyat Kedah menghadapi trajedi banjir pada November 2010 lepas.

Syarikat Dari Cina Membekalkan Seramik Untuk Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Para pekerja sedang sibuk menyediakan tempahan dengan jadual kerja yang ketat.

17.01.2011, Isnin – Sebuah syarikat pembuat seramik dan tembikar dari Cina telah mendahului lebih daripada 500 duah syarikat seluruh dunia untuk memenangi kontrak menyediakan peralatan seramik bagi istiadat perkahwinan anak Putera Mahkota Britain, Prince William dan Kate Middleton pada April ini. Kumpulan Guangxi Sanhuan yang beribupejabat di Selatan Guangxi telah diberikan kontrak untuk menyediakan 16,000 barangan tembikar yang dibahagikan kepada lima kategori termasuk pinggan makan, cawan kopi dan piring, kole dan pinggan cenderahati untuk majlis perkahwinan diraja ini. Tidak dapat dipastikan lagi samada item ini akan digunakaan untuk majlis perkahwinaan atau sebagai cenderaahati kepada para tetamu. Produk berkenaan dikatakan akan menggunakan rekaan seragam dengan mempamirkan gambar Prince William dan Kate didalam bentuk hati dengan nama mereka William and Catherine dibahagian bawah gambar. Pengurus Pemasaran Kumpulan Guangxi Sanhuan, Gary Qui memaklumkan bahawa mereka amat berbangga dan teruja kerana terpilih dalam bidaan tersebut dan akan memberi sepenuh komitment kepada perkara ini disamping memastikan pengeluaran produk berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

DYMM Sultan Ismail Petra di Pantai Kandis

17.01.2011, Isnin – Semalam 16.01.2011 penduduk dan pengunjung Pantai Kandis, Bachok, Kelantan dikejutkan dengan kehadiran Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra dan isteri YMM Raja Perempuan Tengku Anis yang kelihatan sedang bersiar-siar ditepi pantai. Baginda dan rombongan diraja dilihat sampai di Istana Hinggap Pantai Kandis jam 17:30hrs dan menghabiskan masa kira-kira satu jam dikawasan berkenaan untuk menghirup udara segar. Turut serta dalam rombongan ini adalah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan doktor peribadi baginda.
DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan.

Tengku Fakhry dalam kenyataannya kepada media memaklumkan bahawa paduka ayahandanya dalam keadaan beransur pulih dan mampu berdiri tegak dan berjalan berkat usaha dan komitmen baginda mengikuti setiap latihan fisioterapi yang dikendalikan oleh doktor pakar. Dengan perkembangan yang memberangsangkan ini, ayahandanya juga tidak perlu lagi keluar negara untuk mendapatkan rawatan kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja. Baginda juga mampu berkomunkasi dengan orang sekeliling.

Sunday, January 16, 2011

Crown Prince Federik Dapat Sepasang Bayi Kembar

Princess Mary memangku bayi lelakinya manakala Putera Mahkota Federik memangku bayi perempuan baginda.

16.01.2010, Ahad - Putera Mahkota Denmark, Prince Federik dan isteri, Princess Mary buat pertama kalinya muncul dikhalayak ramai semalam bersama-sama sepasang bayi kembar baginda yang baru dilahirkan pada hari Sabtu lepas di Copenhagen Hospital, Denmark. Mereka ditahan di hospital kerana bayi lelakinya mengalami masalah jaundice atau sakit kuning. Kembar ini merupakan anak ketiga dan keempat Putera Fedrik. Princess Mary melahirkan bayinya secara normal dengan jarak kelahiran 30 minit diantara satu sama lain didahului oleh bayi lelaki. Bayi-bayi berkenaan belum diberikan nama lagi sehingga upacara pengkristianan mereka diadakan dalam jangkawaktu tiga atau empat bulan lagi. Pasangan diraja ini merancang membawa bayi kembar mereka ke kampung halaman Princess Mary di Australia bagi diperkenalkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai Princess Mary.

Happy Birthday Tuanku Abdul Halim

Tuanku Hamimah, Tuanku Abdul Halim dan Almarhumah Tuanku Bahiyah
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

16.11.2011, Ahad - Hari ini merupakan Hari Keputeraan Ke-83, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan juga merupakan Sultan Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'atasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Putera kedua Almarhum Sultan Badlishah ini diputerakan di Istana Anak Bukit oleh bondanya Almarhumah YM Tunku Sofia Tunku Mahmud pada tanggal 27.11.1927 tetapi tarikh 16 Januari telah dipilih sebagai Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kedah. Baginda telah kehilangan bonda tersayang dalam usia tujuh tahun apabila Almarhumah Paduka Bonda Baginda mangkat pada 10.03.1934 akibat kemalangan jalanraya.

Baginda buat pertama kalinya berkahwin dengan KDYMM Sultanah Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 09.03.1956 dan dikurniakan dengan seorang puteri iaitu Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Intan Shafinaz. Walau bagaimanapun baginda berdua telah mengambil dua orang anak angkat perempuan kembar yang merupakan anakanda saudara baginda sendiri sebagai anak angkat iaitu Tunku Sarina binti Tunku Abdul Aziz dan Tunku Dato' Seri Soraya binti Tunku Abdul Aziz. Tunku Sarina telah mangkat dalam tidur pada 31.08.1991. KDYMM Sultanah Bahiyah merupakan anakanda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia 1. Bonda KDYMM Sultanah Bahiyah pula adalah Tunku Besar Kurshiah iaitu Tengku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan Raja Permaisuri Agong 1.

Apabila Sultanah Hajah Bahiyah mangkat pada 26.08.2003 akibat kanser, Baginda Sultan Abdul Halim telah berkenaan memasyhurkan isteri kedua baginda yang berasal dari Bagan Serai, Perak sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran KDYMM Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Baginda berkahwin dengan Che Puan Kedah (gelaran baginda sebelum dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah) pada 25.12.1975 tetapi tidak dikurniakan sebarang cahayamata. KDYMM Sultanah Hamimah merupakan puteri tunggal dari isteri pertama Haji Hamidun bin Thaib yang merupakan Ketua Kampung Jelutung, Bagan Serai Perak.

Entah Lah - Tension

16.01.2010, Ahad - Entahlah tak tahu semenjak kebelakangan ini Syah rasa rimas pada diri sendiri dan orang sekeliling Syah. Rasa nak marahpun ada, sedih pun ada dan gerampun ada pada semua orang terutama yang buat hal dengan Syah walaupun perkara tu kecil sahaja dan apa yang Syah cuba buat hanya bersabar sahaja. Syah cuba tenangkan diri tetapi banyak sangat orang gila sekeliling Syah atau Syah sendiri ker yang gila.

Contohnya

Hari Khamis lepas, ada member menerima surat gantung kerja selama dua minggu atas alasan mendedahkan maklumat sulit syarikat dan menghasut anggota lain megambil tindakan terhadap syarikat. Beberapa orang sudah dipanggil untuk siasatan dan mungkin Syah juga nanti kena panggil tapi itu Syah tak pasti. Tak tahulah siapa yang punya angkara buat anaya deka kawan Syah macam tue. rimas betul................

Muss ada tersalah SMS kepada sesorang yang berhutang pada Syah. Muss sebenarnya hendak bagi SMS tu pada Syah tetapi tersalah hantar ke orang tu. Sekarang individu tu one kind jer dengan Syah dan Muss inform orang tu kata Syah dan Muss sebenarnya ada mengata-ngata dia dibelakang. Sebenarnya Syah tak kisahpun dia bayar lambat sebab Syah tahu masalah dia cuma Muss jer yang hantar SMS tu suruh Syah semak akaun statement budak tu. Syah tak pernahpun terfikir hendak buat benda tu. Sekarang orang sudah salah anggap dengan Syah.

Syah pula kena cari Tenant baru untuk Rumah Country Homes. Sudah tampal iklan tapi masih belum ada respond lagi. Pergi ke Country Homes semalam dan bengang jer ada jiran campak makanan kedalam compound rumah sewa Syah tu. Tujuannya mungkin hendak bagi makan kucing yang ada disitu kot tetapi makanan tu menyebabkan semut berkumpul. Macam tak respect harta benda orang. Bukan orang tempatan tetapi orang Patani, Thailand tak silap Syah dan ada kedai mkan di Country Homes.

malam tadi , Syah rimas bilik Syah bersepah sebab barang-barang Syah tak tersusun kemudian ada TV dan lain-lain dalam bilik. Muss beli TV LED baru dan dapat FOC satu TV LED juga tetapi 22inci dan letak dalam bilik Syah. Its ok lah tapi TV ruang tamu dia letak dalam bilik dia siap gantung di wall lagi dan TV lamanya dia letak dalam bilik Syah juga katanya nak bawa balik kampung bagi Uncle Shariff. Syah rasa bilik Syah macam berserabut dan fikiran Syah juga macam bilik tu.

Pagi nie pula Syah cuci baju dan sidai diluar dan kemudiannya buat nasi goreng untuk Muss, Cd serta Ibu, adik dan anak saudara Cd yang datang rumah. Syah suruh Muss rasa garamnya dan dia kata dah cukup masin tak perlu tambah garam kerana akan dicampur dengan ikan bilis. Syah rasa macam tawar jer. Lepas tu dia membebel katanya dia tahu pasal masakan nie dan bukan macam Syah yang makan terhad maksudnya tak macam dia makan sana-sini berbagai jenis menu. Lepas tu dia suruh Syah buat air kopi dan masak gunakan cerek elektrik yang dia baru beli dan bila Syah dah isi dengan air plugnya pula berbentuk bulat tak boleh masuk soket. Itupun dia suruh Syah uruskan sendiri sambil membebel dalam toilet. Syah tinggalkan sahaja air tu dan masuk bilik. Syah malas nak layan dan masuk bilik sambil update blog nie. Kalau layan nanti buat Syah jadi Derhaka macam Jebat dan Tuah pula nanti. Sekejap tadi Muss ketuk pintu dan inform Uncle Shariff datang dan sekejap lagi dia nak hantar Uncle balik Lancang.

Sepatutnya hari ini Syah ke Majlis Kahwin anak Kak Sopie, ingat nak ajak Muss sekali tapi dia ke Lancang pula - Urgent coz nak hantar Uncle balik. Tak tahulah nak pergi ker tidak. Kalau pergi takkan Syah nak tercgok sorang-sorang kat majlis tu.

Ini semua salah Syah kan?, tulah tak mahu belajar memandu sekarang hendak kemanapun susah sedikit walaupun ada kereta takkan nak tolak pakai kaki macam cerita katun Flingstone tu. Sebab itu Syah rimas dngan diri Syah kot? Rimas ...... Rimas ..... Rimas ........ Apa-apapun semuanya salah Syah sendiri.

Saturday, January 15, 2011

Ziarah Ke Makam DiRaja Selangor

15.01.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah ke Bandar Diraja Klang untuk menziarahi Makam Diraja Selangor. Ini adalah kali ketiga Syah ke kawasan permakaman ini. Tidak banyak perubahan kecuali ada beberapa makam kerabat diraja yang telah dibaikpulih semula. Jam 10:00hrs Syah bertolak ke Klang menggunakan bas Sernas Berhad dengan tambang RM3.50. Samapai dibandar Klang jam 10:40hrs dan bertolak ke Kampung Jawa dengan bas mini jam 10:58hrs dengan kadar tambang RM1.00. Syah sampai ke Makam Diraja jam 11:20hrs. Syah habiskan masa lebih kurang satu jam di Makam. Komplek makam terbahagi kepada dua. Bersebelahan pintu masuk merupakan Komplek Makam untuk Tengku-Tengku Ampuan Selangor dan mana-mana kerabat diraja Selangor yang mempunyai gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan. Manakala berhadapan pintu masuk pula merupakan Makam Almarhum Sultan-Sultan Selangor. Makam untuk kerabat yang lainnya berada bersebelah komplek permakaman.

Almarhum Sultan-Sultan Selangor yang dimakamkan disini adalah :-

  • Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah
  • Almarhum Sulan Musa Ghiatuddin Riayat Shah
  • Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
  • Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Almarhumah Tengku-Tengku Ampuan, diantaranya

  • Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah bt Almarhum Sultan Abdul Aziz (Langkat)
  • Almarhumah Tengku Ampuan Raihani bt Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, Tengku Ampuan Brunei Darussalam
  • Almarhumah Tengku Besar Maryam bt Almarhum Raja Ahmad
  • Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah bt Almarhum Raja Ahmad
  • Almarhumah Tengku Puteri Zaharah bt Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, Tengku Permaisuri Langkat
  • Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah bt Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Perak)

Didalam Komplek Makam Tengku-Tengku Ampuan ini juga telah dikhaskan untuk dua orang puteri Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah iaitu YMM Tengku Ampuan Bariah yang merupakan Mantan Tengku Ampuan Terengganu dan YTM Tunku Hajjah Raudziah, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman. Walau bagaimanapun Syah tidak pasti samada YAM Permaiuri Siti Aishah, Balu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bonda Tiri DYMM Sultan Sharfuddin Idris Shah, Sultan Selangor sekarang disenaraikan namanya didalam komplek permakaman dirja Selangor ini.

Didalam komplek Makam Tengku Ampuan terdapat 3 petak kosong dimana dua daripadanya telah dikhaskan untuk anakanda Marhum Hishamuddin manakala di komplek Makam Sultan terdapat satu petak kosong lagi. Kawasan diluar kompleks permakaman memang banyak kosong terutamanya dibahagian sebelah bawah bukit. Untuk pengetahuan anda terdapat satu lagi Makam Diraja Selangor yang baru telah dibina di Shah Alam berhampiran Masjid Negeri.

Friday, January 14, 2011

Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K.N.S)

14.01.2011, Jumaat - Sempena Hari Keputeraan Ke-63 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus hari ini, baginda telah berkenaan menganugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati kepada :-
  • Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar

dan

  • Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V

Bagi sambutan hari keputeraan pada tahun ini, seramai 743 individu telah dipilih untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus. Menteri Besar, YAB Datuk Seri Mohamad Hassan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihak Istana telah mengurangkan bilangan penerima anugerah bagi menjadikan ianya sesuatu yang eksklusif. Pada tahun lepas, seramai 1000 orang individu telah disenaraikan pendek sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan baginda ke-62.

Dirghayau Tuanku Patik, Tuanku Muhriz

14.01.2011, Jumaaat - Hari ini Negeri Sembilan Cuti Umum sempena Hari Keputeraan ke-63, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Baginda diputerakan di Kuala Pilah pada 14 januari 1948 dan merupakan Putera Tunggal daripada enam orang anakanda Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhumah Tunku Ampuan Durah.
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Thursday, January 13, 2011

Deco Bersama Syah


13.01.2011, Khamis - Pagi tadi Syah sibuk mengemas bahagian depan rumah dan basuh AEL. Setelah selesai terpandang bunga-bunga yang Syah tanam depan rumah. Datang pula idea dan mood rajin untuk memenuhkan balang gelas ditepi tangga tu yang dah lama kosong. Mudah jer, potong dan masukkan dalam balang dan tak perlukan kemahiran apa-apapun dan lihatlah hasilnya diatas tu..

Sultan Serdang, Tuanku Luckman Sinar Basarshah II S.H. Mangkat

13.01.2011, Khamis - Alfatihah ........ Sultan Pemangku Adat Kesultanan Melayu Negeri Serdang atau Sultan Serdang, Tuanku Luckman Sinar Basarshah II, S.H dan juga merupakan dan budayawan Melayu dilaporkan mangkat hari ini. Syah menerima berita ini dari kenalan di Medan, Tengku Dicky dari Kesultanan Deli. Baginda Mangkat kerana sakit tua dan akan dimakamkan pada hari Jumaat 14.01.2011 di Komplek Permakam Keluarga Kesultanan Serdang, Masjid Sulaimaniah, Perbaungan, Kabupatin Serdang Bedagai, Sumetera Utara, Indonesia. Baginda mangkat di Sime Darby Subang Jaya Medical Center atau Subang Jaya Medical Center, Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Apabila Indonesia di istiharkan sebagai Republik, kesultanan di Indonesia telah dimansuhkan dan dalam Revolusi 1946 menyaksikan pembunuhan raja-raja dan kerabat mereka oleh Parti Komunis Indonesia. Al-Fatihah kepada Tuanku Lucman Sinar semuga roh baginda ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.