Tuesday, May 31, 2011

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

31.05.2011, Selasa - Dinner malam nie Muss Belanja Syah ngan Cd Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang Muss Tapow di Wangsa Maju. Masa balik tadi Syah singgah ke Pasar Malam dan beli Chicken Wing Pangang, Kacang Kuda Rebus, Wade dan Masalodeh. Sampai rumah Syah salin dan letak dalam pinggan didapur. Muss tidur dan Cd sedang buat kerja dia diruang tamu. Cd sedang basuh kain dan Syah buka sliding door bagi angin masuk.

Masa Syah dan Cd diruang tamu, Syah dengar macam ada bunyi sesuatu dan bila Syah jenguk nampak ada kucing makan satu chicken wing yang Syah beli tu. Kucing dari luar masuk dapur we all. Terus Cd halau dan Syah buang ayan tu tetpi balance dan kuih tu we all tak buanglah. Muss pun bangun dan Syah kata kucing makan ayam dan cakap dengan dia tunggu hang lama sangat sampai ayam tu kena makan dengan kucing... heheheh tiba-tiba Muss pula yang kena. heheheh lawak-lawak. Lepas makan Cd jemur baju dan Syah basuh pinggan dan kemudian tolong Cd jemur kain. Lepas tu Cd basuh lagi balance baju dan yang ini Syah jemurkan Coz Cd dah masuk bilik buat kerja dia.

Ok sekarang jam 00:00hrs dan Selamat Malam Semua. Jumpa lagi di lain Entry.

Gambar-Gambar Istiadat Permakaman Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor

31.05.2011, Selasa - Istiadat Permakaman Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah telah berlangsung dengan penuh penghormatan mengikut adat istiadat diraja Selangor sejajar dengan status Almarhumah sebagai Bonda kepada Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Syah hendak berkongsi dengan anda semua beberapa keping gambar yang dikeluarkan oleh bernama semasa Istiadat Permakaman ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya memaklumkan Almahumah Mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri jam 09:00hrs kerana Gering Tua (Sakit Tua). Berikutan kemangkatan ini, Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan supaya bendera negeri Selangor dikibarkan separuh tiang pada hari ini sahaja. Tempoh berkabung bagi waris-waris, Orang-Orang Besar Istana dan kerabat-kerabat diraja Selangor adalah selama tujuh hari.

Para Kerabat Diraja mengiringi Jenazah Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor ke kawaan permakaman di Makam Diraja Shah Alam, Selangor yang lokasinya berhampiran Masjid Negeri. DYMM Sultan Selangor bersama Kerabat Diraja mengaminkan doa didalam bangunan makam yang menempatkan Jenazah YMM Almarhumah Paduka Bonda Raja Selangor. Talkin dibacakan oleh Mufti Selangor Dato' Mohd Tamyes Abdul Rahid yang juga mengimamkan Sembahyang Jenazah.Kelihatan DYMM Sultan Selangor menyiram air Mawar di makam Bonda Tersayang selepas Istiadat Permakaman disempurnakan.
Al-Fatihah kepada Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN

Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Selamat DiMakamkan

Kelihatan Tuanku Mizan, Raja Nazrin Shah dan Tuanku Fauziah mengamikann doa semasa menziarahi Almarhumah di Istana Alam Shah - Gambar dari Bernama

31.05.2011, Rabu, Shukur Alhamdulillah, Jenazah Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam petang ini. Turut menziarahi Almarhumah di Istana Alam Shah pada pagi tadi adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Perempuan Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.

Kelihatan Cucunda-Cucunda Almarhumah Mengangkat Jenazah Almarhumah Untuk Dibawa Ke Makam Diraja Shah Alam - Gambar dari Bernama

Bonda Sultan Selangor Mangkat

31.05.2011, Selasa - Dengan Dukacitanya Dimaklumkan Bahawa Bonda Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah Mangkat pagi ini jam 09:00hrs. Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah berusia 88 tahun. Jenazah telah dibawa ke Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan. Lebih kurang jam 14:45hrs tadi Jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disembahyangkan sekali lagi sebelum dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid Negeri.

Almarhumah merupakan Kerabat Diraja Selangor dan Perak. Ayahanda Almarhumah adalah Tengku Badar Shah ibni Al-Marhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5 manakala Bonda Al-Marhumah adalah Raja Embin Izmah binti Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Almarhumah merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Walau bagaimanapun Almarhumah telah berpisah dengan Almarhum Sultan Salahuddin sewaktu Almarhum Sultan menjadi Raja Muda lagi. Hasil daripada perkongsian hidup dengan Almarhum Sultan Salahuddin, Almarhumah dikurniakan dengan tiga orang putera dan empat orang puteri iaitu :-

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

YAM Tengku Sulaiman Shah

YAM Tengku Abdul Samad Shah

YAM Tengku Puteri Sofiah

YAM Tengku Zahariah (Ku Yah)

YAM Tengku Puteri Arafiah

YAM Tengku Puteri Aisha

Al-Fatihah kepada Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Entry Syah berhubung Ayahanda dan Bonda Al-Marhumah Raja Saidatul Ihsan atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Lat :-

Pagi Selasa

Inilah dia Working Station Syah di Menara TM - Sekali Pandang Hendsome Gak Yek Orang Dalam Gambar Itew ........ heheheheh.


31.05.2011, Selasa - Salam kepada semua pembaca yang beragama Islam dan Selamat Pagi kepada semua. Apa khabar pagi nie dan Syah harap anda semua bersemangat untuk memulakan tugasan yang diberi hari ini. Today Syah dari KL Residence dan sakit perut Syah sudah tidak sakit cuma ada masa-masanya berbunyi sedikit. Hari nie Syah bangun jam 06:30hrs walaupun dah kunci alam jam 06:00hrs. Biasalah kalau di KL lambat sedikit tak apa sempat sampai office sebelum jam 08:30hrs. Kami bertolak dari KL Residence jam 07:30hrs. Pagi nie Syah buat style rambut terpacak kerana Isnin dan minggu lepas Syah buat style rambut macam Hazama tu. Saja buat kelainan dan ikut mood. Kalau ada masa buatlah rambut terpack tu kalau tak sempat belah tepi jer, habis cerita kan?.

Macam biasa Cd hantar Muss sampai ke office Muss di Jalan Semarak dan dropkan Syah di LRT Wangsa Maju. Dari Wangsa Maju Syah terus ke Stesyen Kerinchi sambil melayan lagu-lagu dihandphone Syah. Mula-mula berdiri tetapi apabila sampai Masjid Jamek ada tempat kosong dan Syah duduk. Syah sampai office hari nie jam 08:15hrs. By the way baju kotak-kotak nie Cd yang punya Syah pinjam kerana baju yang Syah bawa dari Rawang Residence tak gosok lagi. Actually semua baju-baju Syah dah bawa ke Rawang Residence masa renovation hari tue dan tak bawa-bawa lagi ke KL Residence. Cd kata pakai jer lagipun baju tue dia dah ketat sedikit jer. Heheheheh........ Ok lah Syah hendak sambung kerja dan sebentar lagi hendak ke TM Annexe kerana nak jumpa Kak Salamah mengenai dokumen Akru yang Syah hendak tukar kerana ada kesilapan sedikit. Ok sehingga berjumpa lagi di lain Entry......................


Update : jam 09:15hrs tadi Syah call Kak Salamah dan dia inform dah tukarkan Journal Syah based on my e-mail to her yesterday. Katannya scan jer invoice berkenaan dan tak payah hantar hard copy kerana dia kesian kat Syah nanti jalan jauh katannya........... Terima Kasih Kak Salamah.

Monday, May 30, 2011

Sakit Perut Jalan-Jalan Makan Malam Di KLCC

30.05.2011, Isnin - Petang tadi sebelum balik Syah sakit perut dioffice dan buang air besar sekali. Tak tahu mengapa dan Syah hanya makan bun ikan bilis jer dan tak makan benda lain. Mungkin susu omega ker yang sebabkan sakit perut tu. Sebelum nie tak plak rasa macam tu. Susu tu Syah letak dalam container atas meja Syah. Sekarang nie jam 23:41hrs dan Syah rasa perut Syah ada rasa sakit sedikit. Berbalik kepada cerita petang tadi, Syah call Muss inform Syah hendak ke KLCC sebab hendak beli tali pinggang kerana yang lama tu dah rosak.
Muss dan Cd sampai KLCC dulu dan tungu Syah di Concourse area. Kami ke Isetan dan Syah beli belt yang dioffer 70% dari RM100 lebih jadi RM30 lebih jer. So beli jer lah yang penting tali pinggang. Lepas beli belt kami makan di Rasa Food Court. Tu makanan kami malam nie, Asam Laksa untuk Syah, Mee Kari untuk Muss dan Mee Soup for Cd, Syah order juga Wantan Goreng. Hehehhehe Subway sandwich tu tak makan kat situ coz dah kenyang dan bawa balik ke KL Residence. Dari KLCC Muss singgah Carrefour Wangsa Maju kerana Cd nak beli kuaci. Sampai jer rumah perut Syah sakit dan Syah baring sekejap dan jam 22:00hrs tadi baru Syah bangun dan solat serta mandi.

Hari ini Syah belanja Muss dan Cd makan. Sekarang jam 00:00hrs Perut Syah rasa sakit kat dalam dan bukannya nak buang air besar. Cd baru sat keluar ke 7E ada kerja sedikit dan staff dia fetch kat rumah. Muss dah masuk tidur. Ok lah semua .................. Selamat Malam sehingga berjumpa lagi.

Perpuspaan Sultan Brunei

Istiadat Perpuspaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 01.08.1968 .

30.05.2011, Isnin - Perpuspaan? Apa tu, Perpuspaan ini adalah bahasa Istana Brunei yang membawa maksud Pertabalan atau Coronation kata orang putihnya. Perpuspaan merupakan istiadat terpenting dalam istiadat diraja Brunei. Hanya setelah melakukan istiadat ini, Sultan yang baru dimahkotakan akan memakai gelaran Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Persiapan untuk Perpuspaan ini biasanya mengambil masa 12 bulan dimana para pembesar negara akan bermasyuarat bagi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan sempurna.

Pada zaman dahulu pemberitahuan berhubung perpuspaan melalui dua cara iaitu Bendera Kuning dikibarkan di Bukit Panggal, Tutong manakala Bendera Merah dikibarkan di Bukit Sungai Kebun. Perayaan ini diadakan selama empat puluh hari empat puluh malam. Pada sebelah malamnya diadakan Istiadat Berjaga-Jaga. Sebelum Istiadat Perpuspaan dilaksanakan, Sultan yang baru dikehendaki melaksanakan Istiadat Bersiram (Mandi) pada sebelah paginya dengan iringan 12 das tembakan meriam. Baginda kemudiannya akan diarak menuju ke Lapau dan bersemayam di Pataratna dibawah Nanglong yang merupakan alat kebesaran diraja. Kemudiannya baginda akan diarak mengelilingi bandar dengan menaiki Usungan Diraja.

Permaisuri baginda pula akan melakukan Istiadat yang berlainan di Istana yang dinamakan Istiadat Memuja Raja Isteri. Baginda akan bersemayam di singahsana dan menunggu ketibaan Sultan. Setelah semua Istiadat selesai, Nobat Iskandar akan dimainkan sebanyak tujuh kali dengan di iringi oleh 21 das tembakan meriam. Puja Puspa akan dibacakan oleh DYTM Pengiran Bendahara manakala Pehin Orang Kaya Digadong akan menghunus pedang sambil berteriak "SEMBAH". Istiadat Perpuspaan ini diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Pehin Datu Seri Maharaja.

Istiadat Perpuspaan ini dilaksanakan di Lapau. Lapau merupakan sebuah bangunan dimana semua istiadat tradisional diraja Brunei dilaksanakan termasuklah bakal Sultan dipuspakan atau ditabalkan. Lapau terletak di Bandar Seri Bagawan berhampiran Pusat Sejarah Brunei. Dalam konteks negara kita setiap pertabalan dilaksanakan di Balairong Seri Istana tetapi di Brunei Lapau merupakan sebuah bangunan tersendiri dan bukan dalam kawasan Istana.

Letihnya Pagi Isnin Nie

30.05.2011, Isnin - Hari nie Syah dari KL Residence dan pagi tadi kejutkan Muss dari tidur kemudiannya sms Arip inform Syah di KL sampai hari Rabu dan cadangkan dia naik bas kerana musin cuti sekolah. Cd hantar Muss dan turunkan Syah di LRT Wangsa Maju. Macam biasa sampai awal pagi nie. Masalahnya hari nie badan Syah rasa letih, mata Syah juga rasa letih dan rasa nak tuam dengan tuala air suam jer. Dari petang sampai malam baru balik dari birthday party anak Kak Long Fadhilah di Wizuri Kondo, Wangsa Maju.

Kalau tak ada urgent account closing memang Syah cuti punya. Bukannya Syah menolong ker apa tetapi tak tahu mengpa rasa letih coz lama sangat dalam majlis kot? Sebentar tadi Syah buat fisio dan singgah sekejap lepas tu ke bahagian akaun untuk sumbit Akru bulan nie. mengantukpun ada macam hendk tersenguk-senguk dan mata rasa kering. Ok lah Syah nak sambung kerja, sehingga berjumpa lagi dilain entry.

Hishamuddin Arahkan Siasatan Status Kewarganegaraan Sultan Sulu

30.05.2011, Isnin - Semalam 29.05.2011 Bernama melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang berada di Kota Kinabalu, Sabah atas tugas rasmi telah mengarahkan Polis Sabah untuk menyiasat kewarganegaraan seorang individu bernama Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhamad yang mengistiharkan diri beliau sebagai Sultan Sulu yang baru pada Februari lepas. Menurut Datuk Seri, jika individu berkenaan didapati melanggar undang-undang iannya akan berhadapan dengan tindakan mengikut peruntukan undang-undang Malaysia. Sehubungan dengan itu kementeriannya telah memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib dengan dibantu oleh pegawai dari Bukit Aman untuk melaksanakan siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain daripada itu para pemimpin pari kompenan Barisan Nasional (BN) seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta pembangkang mahukan agar kewargnegaraan Datu Mohamad Akjan dilucutkan kerana mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu. Bagi mereka mengangkat sumpah setia terhadap kuasa asing merupakan tindakan tidak setia atau penderhakaan besar dan salah disisi undang-undang. Status dan identiti sebenar Datu Mohamad Akjan harus disahkan samada warga negara Malaysia atau warga Filipina yang datang ke Sabah sebagai pelarian merupakan isu yang menyentuh kepentingan awam.

Datu Mohamad Akjan telah diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dan merupakan keturunan langsung Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Saiful Hisham I. Pengisytiharan dilakukan dirumah Datu Mohamad Akjan dalam satu upacara tertutup dirumah beliau di kampung likas dan telah dihadiri oleh seramai 60 orang termasuklan pengikutnya dari Wilayah Sulu.

Sunday, May 29, 2011

Tun Juhar Kurniakan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Sabah

En Majid Patolah menerima Bintang Setia Kinabalu daripada Yang Di-Pertua Negeri Sabah - Gambar dari Bernama

30.05.2011, Isnin - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Sabah sempena sambutan ulangtahun Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di Tawau, Sabah. Seramai 67 pegawai dan pemimpin masyarakat menerima anugerah berkenaan hari ini. Diantaranya kakitangan Majlis Perbandara Tawau, En Majid Patolah yang menerima anugerah Bintang Setia Kinabalu, Ketua Pemuda UMNO Tawau, En Mohd Ariffin Kassim menerima Pingat Anggota Darjah Kinabalu (ADK)

Sultan Pahang di Mini Maha Pahang 2011

29.05.2011, Ahad - Semalam KDYMM Sultan Pahang telah berkenaan merasmikan Mini Maha Pahang 2011 di Kuantan. Selepas perasmian, Tuanku telah melawat gerai-gerai pameran hasil produk tempatan dan Pertandingan Bumi Hijau di Mini Maha Pahang serta menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tuanku Sultan bersama anakandannya, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman tidak melepaskan peluang bersama-sama mengacau dodol dalam lawatan gerai ini.

Tun Mahathir Keluar IJN

Tun Mahathir bergambar bersama-sama doktor yang merawat beliau sebelum meninggalkan IJN. Dari kiri Pengurus Kanan Kardiologi, Dolly Mohd Ali, Pengurus Fisioterapi, Boey Ghod Chee dan Pengurus Eksekutif Scanning Program, Jamaludin Abd Aziz - Gambar dari Bernama


29.05.2011, Ahad - Shukur Alhamdulillah, Bernama melaporkan bahawa Mantan Perdana Menteri Malysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah keluar dari Institut Jantung Negara semalam. En Sufi Yusoff, pegawai khas Tun memaklumkan bahawa Tun dibenarkan keluar jam 17:00hrs semalam dan akan menjalani fisioterapi dada dan latihan dirumah dan dinasihatkan oleh doktor agar mendapat rehat secukupnya supaya cepat pulih. Beliau ditemani keluar dari IJN olehisterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Entry Syah berhubung kemasukan Tun ke IJN :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/05/tun-dr-mahathir-dimasukkan-ke-ijn-hari.html

Breakfast@ Mamak Restaurant

Muss and Uncle Shariff @ Mamak Restaurant

29.05.20010, Ahad - Salam Semua sudah sarapan pagi? Sarapa apa pagi nie nak cikit boleh?.............. Pagi nie Syah breakfast @ Mamak Restaurant di Setapak Indah dengan Muss dan Uncle Shariff. Kebetulan Muss balik dari Outstaton dari Pahang dan fetch Uncle Shariff di Lancang. Esok uncle ada appointment di hospital dan Kak Long Fadillah akan hantar. Uncle dan Muss makan Roti Canai cuma Muss punya riti canai banjir. Syah pula mee goreng. Kami juga ambil ayam goreng dan telur ikan masak kari. Minuman pula Uncle minum horlic panas, Muss teh ice dan Syah barli panas.

Sebelum balik Muss tapawkan meggi goreng untuk Cd dan letakkan ballance ayam goring tadi tu. Cd tak ikut kerana nak tunggu kontraktor touch-up sedikit beberapa bahagian dalam rumah yang kami tak berapa puashati. Sedikitjer tak banyak pun. Jam 11:45hrs tadi Muss hantar uncle ke rumah Kak Long di Madumas Kondo sebab Kak Long Fadhilah nak bawa uncle ke majlis perkahwinan. Jam 16:00hrs nanti we all akan ke rumah Kak Long Fadilah yang lagi satu di Vizuri Kondo pula kerana dia nak buat birthday party anaknya Afifah dan Arina.

Dah Lama Tak Lepak-Lepak

29.05.2011, Ahad - Dah lama Syah tak lepak-lepak diluar dengan kawan-kawan dan last hari tu masa Pameran Buku di PWTC dengan Tunku Shah. Malam Khamis hari tu kawan Syah, Hafiz sms hendak lepak-lepak dengan Syah hari pada hari Sabtu dan Syah tanya dia hendak datang KL atau Rawang dan dia kata Kuala Lumpur. Hafiz ni Johorean dan baru dapat kerja di Kelang setelah enam bulan berehat sepuas-puasnya setelah menamatkan studynya di Multimedia University.

Sebelum masuk panggung beli set Pop Corn dan Jajan

Syah bertolak dari Rawang Resdience selepas Zohor dan janji berjumpa dengan Hafiz di Time Square. Syah sampai TS hampir jam 16:00hrs dan Hafiz belum sampai lagi dan Syah sms dia yang Syah tunggu di panggung wayang kerana kami hendak menonton wayang hari nie. Sebenarnya Hafiz dah tempah dan bayar ticket tu online dan hanya collect ticket jer. Hafiz ada tanya samada hendak tengok cereta pirates, nur kasih atau karak. Syah inform dia pilih samada pirates atau karak. Kami menonton karak kerana pirates dah full. Last menonton wayang dengan Muss cerita Merong Mahawangsa di KLCC.

Sementara menunggu masuk panggung jam 17:30hrs kami pusing-pusing TS dan sempat tengok tempat mainan macam taman tema kat genting tu. Hafiz nampak happy jer tengok benda tu dan ajak Syah masuk satu hari nanti katanya, tetapi Syah kata Syah takut naik benda-benda tu sebab pernah cuba di Genting dulu dengan anak-anak saudara Syah. Takut!!!!!!!!............ hehehehehe. Hafiz nampak happy sebab katanya tempat kerja barunya di kawasan pelabuhan dan tempat tinggalnya di Pulau Indah, Klang tu memang tak ada tempat hiburan. Walau bagaimanapun dia minat dengan kerja dia sebagai Planner tak silap Syah di Pelabuhan tu dan katannya jika sudah ada pengalaman, dia akan berpeluang untuk bertugas di pelabuhan-pelabuhan lain diluar negara dengan pendapatan yang lumayan.



Actually Hafiz tak berapa sihat hari nie, cuaca tak menentu sekarang nie banyak orang jadi tak sihat. Syah selalu rasa bibir kering walaupun banyak minum.

Syah nasihatkan dia jangan fikirkan pasal tempat yang terpencil dan tak ada hiburan, kena kata suka juga pada diri sendiri kerana iannya akan memberi kesan terhadap tugas kita nanti. Syah inform dia jika hendak melakukan sesuatu kena bagitau diri sindiri aku boleh buat kerana jika benda yang kecilpun kalau kita kata tak boleh pada diri kita maka tak akan jadi benda tu sebaliknya jika sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan kita kata pada diri kita yang kita boleh maka benda tu akan jadi mudah. Hafiz nie minat dengan kerjaya pertama dia nie cuma tempat tu jer yang dia tak selesa. Hafiz sabar yek? lama-lama nanti get usedlah dengan tempat baru tu. Bila cuti bolelah jumpa kawan-kawan untuk hapy-hapy dan rumah Syah sentiasa terbuka untuk Hafiz.Lepas habis menonton kami cari tempat makan. Tak tahu nak makan kat mana coz Syah tak biasa sangat dengan area Bukit Bintang nie. So dapat idea nak makan di Pavillion atau Kedai Kak Ara. Dari TS kami jalan kaki ke kedai Kak Ara dan nampak tutup dan tak tahulah ada lagi ker atau tidak kedai tue lagi. Kami teruskan perjalanan ke Pavi. Di Pavi Syah belanja Hafiz makan dan wayang tadi Hafiz yang belanja. Kami makan Food Republic, Syah makan Black Paper Chicken dan Hafiz Spaghetti with Fish Fillet manakala minuman pula Fresh Orange and Apple with Bubble.

Lepas makan ronda-ronda Pavi sekejap sebelum kami bertolak ke Monorail Bukit Bintang. Hafiz turun di Stesyen Hang Tuah sebab hendak ke Bandar Permaisuri manakala Syah pula turun di Brickfield kerana hendak KL Sentral. Dari KL Sentral Syah naik LRT ke Melati balik ke KL Residence. Syah sampai hampir jam 22:45hrs. Letih tetapi happy sebab lama tak pergi tempat-tempat macma tu sebelum nie nak gi sorang-sorang malas lak. Thanx Hafiz ...........................

Pelamin Baru Issyaz Wedding Enterprise

29.05.2011, Ahad - Semalam on the way tunggu bas di Rawang Residence Syah nampak Arip sedang pasang pelamin yang baru sampai dirunag tamu. Ada Arip inform yang hari Sabtu nanti dia nak pasang pelamin baru tu untuk majlis pertunangan pelanggan dia di Kelang dalam bulan Jun nanti. Syah sempat jenguk sekejap kerana bas nak sampai dah. Che Wan photographer merekapun ada sama. Ini adalah merupakan salah satu koleksi pelamin di Issyaz Wedding Enterprise. Tema warna ini adalah mengikut kehendak pelanggan. Diatas panel tu nanti akan diletakkan fresh flower. Jika anda semua berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise bagi merealisasikan Impian Raja Sehari anda sila hubungi IWE di talian 013 435 9383 (Isz) atau 019 260 5077 (Syz).

Saturday, May 28, 2011

Raja Jordan Beri Pengampunan Kepada Banduan Sempena Hari Kemerdekaan Jordan Ke-65

28.05.2011, Sabtu - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 Jordan, King Abdullah II telah berkenaan memberi pengampunan beramai-ramai kepada banduan-banduan di Jordan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Diraja tidak memaklumkan jumlah sebenar banduan yang diampunkan dan Pengampunan ini tidak melibatkan Penganas, Pembunuh, Perogol, Pesalah yang melibatkan kes Dadah dan Kewangan. Langkah ini sebenarnya telah lama ditunggu sebagai satu cara untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku berikutan para penunjuk perasaan yang inginkan Jordan lebih terbuka, pembaharuan dari segi ekonomi dan mengadakan pilihanraya baru bagi memilih pemimpin di parlimen. Pengampunanini perlu mendapat kelulusan parlimen. King Abdullah II dalam titahnya memaklumkan bahawa sikap bertolak ansur ini tidak harus disalah ertikan sebagai satu kelemahan.Raja-Raja Jordan :- HM King Abdullah 1(1946 - 1951) HM King Talal I (1951 -1952 - Turun tahta atas masalah kesihatan), HM King Hussein (1952 - 1999), HM King Abdullah II (1999 - Sekarang)

Jordan merupakan sebuah negara di Timur Tengah yang bersempadan dengan Syria disebelah utara, Arab Saudi di sebelah timur dan selatan, Iraq di sebelah timur laut serta Israel dan Tebing Barat di sebelah Baratnya. Setelah 15 tahun berada dibawah jajahan takluk British, Jordan akhirnya mendapat kemerdekan pada 25.05.1946 dan dalam masa yang sama King Abdullah I ibni Al-Hussein daripada Dinasti Al-Hashimi yang ketika itu berusia 64tahun ditabalkan sebagai Raja Jordan.

Pagi Sabtu

28.05.2011, Sabtu -Sekarang jam 09:39hrs dan Syah baru lepas kemas rumah. Tak banyak kemas pun cuma bersihkan bilik air, bersihkan dapur kering serta buang mana yang tak perlu dan sapu bilik TV, dapur dan ruang tamu. Sekejap lagi hendak bertolak ke KL. Tak buat decision samada nak stay berapa hari di KL Residence nanti. Breakfast ? Hehehehe lepas makan supplement lutut tadi Syah ambil suku bahagian garlic bread sebab perut rasa tak nak mamam. Ok semua semuga anda bahagia bersama orang tersayang di hari Sabtu yang Indah ini. Luangkan masa untuk yang tersayang terutamanya keluarga ok, walaupun hanya seketika sahaja - Family Rebonding tu Penting Yek.................

Friday, May 27, 2011

Shuttle Ipoh - KL Kedekut Yek?

Dikawasan tepi toilet nielah kebanyakannya kami yang turun di Rawang berdiri. Contohnya Kakak berbaju pink tu. nak berdiri kat dalam macam tak selesa jer..............


27.05.2011, Jumaat - Memang selama ini kami yang turun di Stesyen Rawang menggunakan perkhidmatan Shuttle Train KL - Ipoh kerana dari KL Sentral iannya hanya berhenti di Rawang dan mengambil masa approx 45 minit sahaja. Memang cepat dan kami tidak perlu berhimpit dan berdiri lama jika naik komuter yang memakan masa hampit satu jam lebih. Semenjak semalam KTM telah mengurangkan gerabak keretapi dan terpaksalah kami semua berdiri kerana penumpang yang membeli tiket dah booking seat. Dulu memang banyak tempat kosong dan sekarang meemang terhad kerana gerabak sudah dikurangkan.

Dulu ada ura-ura mereka tidak membenarkan penumpang lain naik shuttle ini, tetapi ada complain dari passenger mereka benarkan juga dan Shuttle nie berhenti dibeberapa stesyen sebelum Rawang. Lepas tu KTM tukar jadual train nie hanya berhenti di Rawang dan stesyen terpilih seterusnya. jadi memang kurang orang naik kerana iannya hanya berhenti di Rawang. Sekarang ini mereka kurangkan gerabak pula tak tahu apa motifnya. Cost Saving ? itu alasan lapok tak tahu mengapa atau anda sendiri boleh meneka jawapannya. Apa-apapun keadaan ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk naik shuttle nie. Tak kisah berdiri hanya 45 minit sahaja jika dibanndingkan naik komuter jika berdiri lebih daripada 45 minit baru sampai Rawang.

Berdiri pun Berdiri lah. kami tak kesah pun dan bukannya kami minta sedekah naik train tu kami bayar kat KTM apa? kalau tak nak bagi naik cakap jer tak dibenarkan naik tak payah buat helah macam nie. Selagi dibenarkan naik, kami akan naik Shuttle Ipoh-KL nie walaupun hanya ada satu gerabak jer. Boleh...............................

Atira Last Day

27.05.2011, Jumaat - Ini adalah Atira salah seorang pekerja leasing di Yayasan TM. Dia bertugas satu floor dengan Syah dan merupakan anak Kak Rohana salah seorang eksekutif di Yayasan TM. Hari ini hari terakhir Atira di Yayasan TM kerana dia hendak berhenti dan akan menyambung pelajarannya di Multimedia Universiti dan shukur alhamdulillah dia dapat biasiswa daripada Yayasan TM. Atira nie seorang budak yang rajin dan komited terhadap apa yang dilakukannya tetapi kadang-kadang moody juga, biasalah budak-budak kan?.

Syah bertugas di Business Control, HC PLD dan Atira selalu pinjam passcard Syah untuk buka peti surat - Telelift. Petang tadi jam 17:00hrs, selepas waktu kerja telah diadakan sedikit jamuan ringan dan Director Yayasan TM telah sudi memberikan cenderahati sebagai penghargaan kepada Atira. We all makan Meehon Goreng dan Teh O Panas petang tadi. Apa-apapun Syah doakan semuga Atira berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita yang dihajati. Rajin-Rajin Belajar Tau, All the Best Sis ...................

Raja Thailand Buat Penampilan Pertama Di Khalayak Ramai Selepas Menjalani Pembedahan Pada 02.05.2011

Raja Thailand, His Majesty King Bhumibol Adulyadej berada diatas Jeti Khas Sambil Membuat Pemantauwan Terhadap Paras Air Sungai Choa Phraya

27.05.2011, Jumaat - Pada hari Selasa lepas bersamaan 24.05.2011, Raja Thailand telah dilihat buat pertama kalinya berada di khalayak ramai semenjak menjalani pembedahan pada 02.05.2011 lepas. Baginda dilihat berada diatas jeti khas Siriraj Hospital sambil membuat pemantauan terhadap paras air di Sungai Chao Phraya. Baginda yang kelihatan bertenaga dan cergas tampil dengan baju lengan pendek bewarna pink dan berseluar khaki. Baginda diringi oleh pembantu khas dengan menggunakan kerusi roda dari Bangunan Chalerm Phrakiat ke Jeti berkenaan lebih kurang jam 15:56hrs.

Kehadiran baginda telah menarik perhatian orang ramai untuk menyaksikan baginda dari dekat. Menurut laporan, para doktor berpuashati dengan tahap kesihatan baginda selepas pembedahan dan tiada tanda-tanda berlakunya sebarang komplikasi. Mereka menyarankan agar baginda menjalani beberapa sesi latihan pemulihan fizikal bagi memantapkan tahap kesihatan baginda.

Entry Syah berhubung Pembedahan Baginda :-


Sarapan Pagi Jumaat

27.05.2011, Jumaat - Hari nie macam biasa pergi kerja dengan Arip dan we all naik train sampai KL Sentral. Breakfast Syah "Mahal Sedikit" kerana ada orang bagi Syah Sandwich daripada San Francisco Coffee - Bacon, Lettuce & Tomato with Extra Cheese. Kata orang-orang tua, rezeki jangan ditolak bala jangan dicari. Siapa yang kasi tu rahsia atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri............ Hahahhahahaha, just kidding. Nash pula belanja nasi lemak untuk semua pagi nie. Adalah seorang Mamat dalam office nie dia nak nasi lemak tu tetapi suruh Syah pula ambilkan untuk dia, Syah buat bodoh jer, takkan dia malu nak ambil kot? by the way jangan marah yer Bro? . Minuman pula, Syah buat Nestle 3 in 1 nutritious cereal drink with honey. Makan Semua.............. Silakan

Wan Nak kahwin

27.05.2011, Jumaat - Sekarang jam 00:36hrs dan mata Syah tak mengantuk lagi. Just nak kongsi dengan anda semua berita gembira sahabat Syah Wan akan berkahwin dalam masa seminggu lagi. Kira sekarang nie darah manislah. Malam semalam Syah call Wan lebih kurang jam 22:30hrs sebab tiba-tiba teringat kat bakal Raja Sehari sorang nie. Lama gak kami berbual dan dia tengah siapkan hantaran yang dibuat sendiri sebanyak 9 dulang. Ialah seminggu jer lagi kan?

Apa-apapun Syah harap agar Majlis Walimatul Urus Wan dan pasangannya berjalan seperti yang dirancangkan. Insyallah jika tidak ada aral melintang Syah akan hadir Majlis Wan nanti di Negeri Sembilan. Wan nie orang Johor dan bertugas di Negeri Sembilan dan bakal surinya orang Negeri. All the best yer Wan dan jangan lupakan Syah dan kami semua bila dah kahwin nati? Hehehhehe...........................

Thursday, May 26, 2011

Sultan Pahang Hadiri Majlis Taklimat RMK10

KDYMM Sultan Pahang dan KDYTM Tengku Mahkota Pahang dalam sesi taklimat di Wisma Sri Pahang - Gambar dari Bernama

26.05.2011, Khamis - Hari Ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang telah berkenan menghadiri majlis Persembahan Taklimat Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Pahang di bawah RMK10. Taklimat diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang. Turut hadir adalah Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob.

Sultan Perak di Teluk Intan

Kelihatan Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun beramah mesra dengan rakyat di Arena Square, Teluk Intan - Gambar dari Bernama

26.05.2011, Khamis - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenaan merasmikan Bangunan Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan yang bernilai RM7.85 juta di Teluk Intan, Perak. Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir sama adalah Menteri Besar Perak serta isteri dan Yang Dipertua MPTI En Ibrahim Ahmad. Selepas perasmian, Tuanku Azlan telah menerima persembahan cenderahati berbentuk Menara Condong Teluk Intan.

Terdahulu Baginda berdua telah berkenan menghadiri Majlis Bersama Rakyat yang diadakan di Arena Square sempena sambutah Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83. Sebaik tiba baginda berdua dan rombongan dipersembahkan dengan tarian rakyat.

Ramai SMS Syah Mengenai Jusmate 5

Keratan Akhbar Mengenai Syah Keluaran 27.11.2010

26.05.2011, Khamis - Pagi tadi masa Syah buat fisio, banyak sms masuk dan pelik-pelik semuanya. Tiba-tia ada seorang lelaki call bertanya pasal program diet Syah. Rupa-rupanya Metro keluarkan testimoni Syah mengenai Jusmate 5 Dr Rozmey. Dulu 1 page keluar mengenai cerita Syah siap gambar color lagi. Kali nie hitam putih dan kecil jer. Syah tak tengokpun tetapi Kak Lang Ella inform Syah petang tadi. Tulah banyak SMS yang masuk. Tak sangka mereka keluarkan semula iklan kecil untuk Syah tu. Tetapi yang sedihnya ada SMS yang tidak begitu baik bunyinya. Jom Syah kongsi dengan anda semua sebahagian daripadanya..
016 529818X - U want service?! good service ...........

012228231X - Yela. tpikn klau bih sy nak cri abg angkat yg jujur, ikhlas, sporting, pramah, ikhlas, sporting, pramah, open minded,nkal ckit & th m'milih orgnya...tpi, ada ke abg angkt yg sy nakkn tu....!

016 529818X - Hai, da pnah nikah? I nak ajak tdur kt I, nk ke? good service

012 434910X - Ble sap btg u x

Handphone Baru

26.05.2011, Khamis - Nielah handphone baru Syah Nokia C3 menggantikan basic phone yang Syah pakai selama ini. Actually Syah gunakan handphone hanya untuk buat dan terima panggilan serta sms sahaja. Sebab tu Syah tak guna phone yang canggih dipasaran sekarang nie sebab penggunaan Syah terhad jer. Masalah basic phone Syah nie pula cerminnya dah pecah dan bila hantar tiga atau empat sms, bila nak sms seterusnya tak boleh dan terpakasa offkan dulu baru boleh hantar. Mulanya ingatkan masalah sim kad tetapi setelah direfer ke Celcom, Katannya phoe Syah yang menyebabkan perkara tu terjadi.

Yang best pasal phone lama tu, dia ada lampu dihadapannya, emergency boleh guna hehehehehhe. Phone baru nie pagi tadi menyebabkan Syah terlambat bangun. Phone baru nie yang bestnya boleh download lagu dan bolehlah menggantikan kamera Syah untuk dengar lagu-lagu ketika dalam public transport. By the way kamera Samsung PL10 Syah tu boleh download lagu dan video tau? Bila Syah dengar lagu gunakan cam tu ramai passager komuter, bas atau lrt macam heran jer sebab mereka tak pernah tengok kamera yang ada berbagai function macam tu.

Bangun Lewat Alarm Tak Bunyi @ Syah Yang Tak Dengar

26.05.2011, Khamis - Padi tadi Syah terjaga jam 04:00hrs dan Syah ke toilet sekejap dan sambung tidur. Bila terbangun jam menunjukkan 06:15hrs.................. Aaaaaaaaaaaaa lambat, nape alarm tak bunyi. Malam tadi Syah dan set alarm kat handphone baru Syah dan dengar bunyinya tetapi dalam hati kata tak macam handphone lama. Entah apa silapnya alarm tu tak berbunyi ataupun Syah ker yang tak dengar, mungkin dia buka repeat alarm kot? Terus Syah call Arip inform Syah baru bangnun tidur, Arip ingatkan Syah nak cuti. Syah terangkan dia Syah terlambat bangun.

Syah minta dia serahkan memori kad handphone Syah pada Azrin dan Syah akan ambil masa nak tunggu 2nd trip punya bas around 07:00hrs. Syah berikan mereka memori kad untuk downloadkan lagu-lagu dalam phone Syah. Masa Syah sedang mandi Arip call kata ada depan rumah. Alamak dia hantar rupannya dan terpaksa berhenti mandi kejap dan buka pintu ambil kad tu. Jam hampir 06:30hrs dan Syah inform dia bas nak datang dah nie. Lepas Syah said Thank You kamipun beredar menyambung apa yang sepatutnya dibuat.

Jam 07:00hrs Syah keluar rumah tunggu bas dan sambil tunggu bas dengar lagu kat handphone. Sampai jer KTM Rawang, komuter sudah ada dan Syah terus naik. Syah sampai area office jam 09:00hrs dan Syah terus ke kelinik untuk buat fisio. Setelah selesai fisio Syah balik office dan singgah Aras 3 beli dua bungkus barli panas kosong dan di Aras -1 tadi beli bun ikan bilis di myNEWS.com sebagai alas perut untuk makan supplement lutut dan Vic E + Fish Oil. Ok dah nak sambung kerja semula. Hingga berjumpa lagi dilain Entry.

Wednesday, May 25, 2011

Queen Elizabeth Meneriam Tetamu Negara

Pasangan Penganti Diraja Duke dan Duchess of Cambridge beramah mesra dengan Presiden Obama dan Mrs. Obama.

25.05.2011, Rabu - Tahukan anda bahawa hanya Presiden Barack Obama dan George W. Bush merupakan Presiden Amerika Syarikat yang pernah dijemput untuk mengadakan lawatan rasmi negara ke Britain. Barack Obama yang dalam rangka lawatan rasmi negara selama dua hari ke Britain telah disambut dengan 41 das tembakan meriam di Buckingham Palace semalam. Mengikut laman sesawang rasmi British Monarchy, Lawatan rasmi ke United Kingdom oleh semua ketua-ketua negara didunia adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara Britain dan negara-negara berkenaan.

Kebiasaannya akan diadakan dua Lawatan Rasmi Negara setiap tahun dan undangan ini adalah atas nasihat British government Foreign and Commonwealth Office. Baginda Queen Elizabeth akan menjadi tuan rumah bagi lawatan ketua negara ini dan mereka akan ditempatkan samada di Buckingham Palace, Windsor Castle atau kadangkala di Palace of Holyroodhouse di Edinburgh. Lawatan rasmi biasanya dimulakan dengan Istiadat Sambutan oleh Baginda Queen dan kerabat-kerabat diraja yang kanan dengan tetamu negara melakukan istiadat pemeriksaan barisan pasukan berkuda. Kemudiannya tetamu negara berkenaan akan dibawa berarak dengan pedati khas ke Buckinghan Palace.Baginda Queen Elizebth II bersama Presiden Obama dan Pasangan Masing-Masing sebelum menghadiri Majlis Jamuan Santapan Negara di Buckingham Palace pada 24.05.2011.

Pada sebelah malam ketibaan tetamu negara, mereka akan diraikan dalam Majlis Jamuan Santapan Negara sebagai tanda penghormatan kepada mereka. Sebelum mengakhiri lawatan kadangkala tetamu negara pula akan menganjurkan majlis jamuan makan malam atau lain-lain layanan balas kepada tuan rumah sebagai tanda penghargaan.

Semasa lawatan negara ini juga, mereka akan ditemukan dengan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua-Ketua parti politik utama dalam majlis khas yang diadakan. Mereka juga akan menghadiri majlis yang dihoskan oleh datuk bandar London dan ketua-ketua perdagangan dan industri Britain.

Siapa Nak Tengok Keris Hang Tuah - Keris Taming Sari

Keris Taming Sari - Keseluruhan sarung Keris Taming Sari diselaputi oleh dedaun emas. Jom kita tengok ..........................


25.05.2011, Selasa - Siapa nak tengok Keris Taming Sari kepunyaan Laksamana Hang Tuah, Pahlawan Melayu Terunggul Melaka? Buat masa ini, Keris Taming Sari merupakan salah satu alat kebesaran Diraja Negeri Perak. Sempena ulangtahun ke-83 Sultan Perak pada tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Shah Ghafarullahu-lah telah memberi perkenan Baginda untuk mempamirkan Taming Sari untuk tatapan umum.

Jurucakap Muzium Perak memaklumkan kepada bernama bahawa Keris Taming Sari akan dipamirkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak mulai hari Ahad ini bersamaan 29.05.2011 hingga 05.06.2011 bermula jam 10:hrs hingga jam 17:00hrs. Jika anda semua ada kelapangan waktu terutamannya sempena musim cuti sekolah ini, bawalah keluarga atau kawan-kawan anda terutamannya anak-anak untuk menyaksikan sendiri dari dekat Keris Taming Sari yang bersejarah ini.

Keris ini dikatakan berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.

Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I ibni Sultan Mahmud Shah dan apabila mangkat Almarhum dikenali sebagai Marhum Tanah Abang yang memerintah pada 1528 - 1549.

Tuanku Mizan Serahkan Watikah Perlantikan Kepada Lima Orang Duta

Tuanku Mizan Dalam Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan di Istana Negara - Gambar dari Bernama.

25.05.2011, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi BIllah Shah telah berkenaan menyerahkan watikah perlantikan kepada lima orang ketua perwakilan Malaysia ke luar negara. Istiadat di adakan di Istana Negara pada pagi tadi. Diantara yang menerima watikah perlantikan ini adalah adalah, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi duta Malaysia ke Kazakhstan berusia 56 tahun berasal dari Kuala Lumpur yang sebelum ini merupakan Ketua Protokol di Kementerian Luar, Datuk Ramli Naam duta Malaysia ke Ireland berusia 57 tahun berasal Negeri Sembilan sebelum ini merupakan duta Malaysia ke Itali.

En Mahinder duta ke Venzuela berusia 53 tahun dan berasal dari Perak sebelum ini merupakan duta Malaysia ke Nepal, En Jamal Hassan duta ke Maghribi berusia 53 tahun dan berasal dari Selangor sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Konsul Jeneral di Shanghai dan Setiausaha Bahagian (Kewangan dan Akaun) di Wisma Putra dan En M.C Samuel Jojie Samuel duta ke Cuba berusia 47 tahun dan berasal dari Johor merupakan Penasihat di Kedutaan Malaysia di Ankara.

Syah mengucapkan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kepada Semua Diatas Perlantikan I

Ke Bangsar Pagi Tadi

Syah @ Level 3 Foodcourt Menara TM

25.05.2011, Rabu - Pagi nie pergi kerja saing dengan Arip walau bagaimanapun Arip tak dapat duduk dalam train sampai KL Sentral, sian dia. Dari KL Sentral Syah turun di Bangsar untuk hantar hadiah yang Syah beli semalam ke Menara Mutiara Bangsar. Tanya-tanya orang akhirnya jumpa juga bangunan tue. Actually hadiah tu Azrin hantar malam tadi dan katannya dia yang bungkus kerana Arip letih tertidur. Actually Syah yang minta Arip bungkuskan kerana dia kata dia suka bungkus hadiah. We all makan di area Garing malam tadi.

Sebelum ke Menara Mutiara Bangsar Syah singgah kedai mamak untuk minum dan makan ubat tetapi Syah tengok kedai tu ada gambar tokong dan Syah bukan kedai Mamak lalu Syah jalan terus untuk ke Mutiara Bangsar. Terjumpa seorang Indian Guy dan tanya arah ke Mutiara Bangsar, Very nice guy dan membantu tak sombong. Syah singgah ke restoran melayu dan minta Barli Panas kurang manis dan Mineral water. Syah makan supplement lutut dulu. Baru gerak ke Mutiara Bangsar dan serahkan barang-barang tu kepada Erlina di Telekom Sales and Services Sdn Bhd.

Dari Bangsar Syah jalan kaki ke LRT Abdullah Hukum untuk naik LRT dan turun di Stesyen Kerinchi untuk ke Menara TM. Sampai Menara TM Syah singgah Food Court diaras 3 dan makan lontong campur begedil dan minum sekali lagi Barlic Panas Kosong. Hari nie Pak Cik yang terkenal letak-letak harga tu caj Syah RM3.00, beberapa hari lepas dia caj RM4.00. Syah minum banyak air Barli kerana pagi tadi Syah rasa sakit bila nak buang air kecil dan sekarang tak sakit dah. Tu Syah minum barli untuk lawaskan buang air kecil kata orang tua-tualah.

Tuesday, May 24, 2011

Seharian kat Luar Hari Ini

24.05.2011, Selasa - Pagi tadi selepas buat fisio, Syah ke Menara TM ingatkan hendak breakfast tetapi kebanyakan stall dah sediakan makan tengahari lalu Syah beli karipap jer untuk alas perut sebab baru lepas ambil suppliment lutut Syah. Selepas tu terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan menaiki LRT. Syah tak kerja hari nie kerana hendak uruskan pembelian hadiah cabutan bertuah untuk TM Award Nite. Setiap bahagian diwajibkan menyumbang 6 item untuk cabutan bertuah yang nilannya tidak kurang daripada RM300.00 untuk satu hadiah. Budgetnya hanya RM1,800.00 sahaja dan Syah buat pembelian menggunakan ongkos Syah sendiri dan kemudiannya akan diclaim semula.

Sampai Jalan Tuanku Abdul Rahman Syah singgah di Euro Moda Gulati's Silk House. Syah beli dua helain kain untuk baju kurung. Mula-mula beli 100% Pure Korean Chiffon Silk yang harga asalnya RM398.00 tetapi ada offer 30% menjadikannya RM278.00. Disebabkan Syah members Euro Moda Gulatis dapat lagi 10% diskaun menjadikannya RM250.00. Kain kedua pula seperti gambar diatas tu. Cantik tak Kakak-Kakak semua. Italian Washable Chiffon with Beads yang harganya RM198/meter. Dapat diskaun 40% menjadikan hargannya RM118.00/meter. Untuk baju kurang Syah beli 3.5 meter dengan harga RM 413.00. Syah tak beli 4 meter kerana bidang kain nie besar 3.5 meter sudah mencukupi.

Dari Euro Moda, Syah jalan kaki ke Sogo dan singgah ke Bonia Boutique untuk beli dua set tali pinggang dan dompet lelaki pula. Satu set bucklenya bewarna perak dan satu bewarna emas. Harga setiap satu RM229.00 dan Syah belanjakan sebanyak RM458.00 untuk dua set. Lepas tu Syah jalan-jalan sambil berfikir hendak beli apa. Akhirnya Syah buat keputusan beli minyak wangi DKNY - Delicous 100ml untuk wanita berharga RM300.00 makanala untuk Lelaki RM245.00, kesemuannya berjumlah RM545.00 dan ada balance lagi RM134.00. Kemudiannya Syah beli pembalut hadiah dan peralatan membalut dengan harga RM32.10. Perbelanjaan yang telah dipakai adalah sebanyak RM1,698.10 dan jumlah tu akan Syah claim semula.Setelah selesai beli barang ingatkan hendak makan tetapi barang banyak jadi tak selesa Syah takut hilang. Syah buat keputusan balik Rawang. Walau bagaimanapun tukar plan sebab Syah tunggu Arip yang kerja 1/2 day hari ini dan balik sama-sama ke Rawang naik kereta Azrin. Kami bertolak dari LRT Putra KL Sentral dan turun di last station iaitu Stesyen Putra di Gombak. Azrin tunggu kami dengan kereta dia. Kami makan di Gombak dan Syah belanja. Mula-mula mereka caj RM30.00 tetapi dapat diskaun RM25.00 coz ayam goreng yang Syah dan Azrin ambil sudah berbau.

Dari tempat makan Syah temankan mereka survey perabut di Selayang kemudiannya balik ke Rawang dan singgah kedai elektrik sebab henndak beli spot light dan wiiring untuk pelamin. Mereka ada job orang bertunang 26 haribulan nie. Syah sempat singgah Pasar Tani sekejap untuk beli Mee Rebus dan makanan lainnya untuk dinner malam nie. Lepas tu kami ke kedai handphone sebab Arip hendak beli handphone baru. Entah macam mana Syah pun beli phone baru..... Hehehehhehehe gantikan phone yang kebanyakan orang lain kata "AZAB" tue.

Sampai Rumah hampir 18:30hrs dan Syah minta Arip bungkuskan barang-barang yang Syah beli tadi keran Arip kata dia memang suka bungkus hadiah. malam nanti merekaakan hantar ke rumah Syah dan lepas tu kalau jadi ikut plak kami keluar minum jap, Syah belanja.

baru Baliik

24.05.2011, Selasa - Sekarang jam 19:09hrs dan Jam 18:30hrs tadi Syah baru sampai Rawang Residence atas urusan hari ini. Syah nak rehat dan mandi. Nanti Syah story ok...............

Monday, May 23, 2011

Selamat malam Semua

24.05.2011, Isnin - Sekarang jam 00:46hrs dan sudah masuk hari Selasa. Mata Syah tak mengantuk lagi tetapi terpaksa ditidurkan coz esok jam 05:00hrs kena bangun tidur. Esok pagi Syah ada fisioterapi dan selepas itu Syah akan buat survey dan beli enam item yang berharga RM300.00 sebagai sumbangan daripada bahagian Syah untuk cabutan bertuah TM Award Nite. Syah sudah inform My Boss tidak masuk office esok. Lusa pula Syah inform Dik Nor akan menghantar barang-barang berkenaan ke Menara Mutiara Bangsar. Maknannya Syah akan masuk lambat kerana Syah akan terus ke distanasi berkenaan dari Rawang Residence. Ok Selamat Malam Semua, Semuga Dibuai Mimpi-Mimpi Yang Indah. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry...................

Kajiselidik Mendapat Raja Sweden Patut Mengundurkan Diri Dari Tahta

HM King Carl XVI Gustaf bersama anak perempuan baginda yang merupakan pewaris tahta Sweden HRH Crown Princess Victoria.

23.05.2011, Isnin - Semenjak kebelakangan ini, banyak khabar angin dikeluarkan mengenai Raja Sweden yang dikatakan sebagai seorang kaki perempuan dan mempunyai hubungan terlarang itu mula tersebar luas di Sweden. Sehubungan dengan itu, kebanyakan rakyat Sweden berasa King Carl XVI Gustaf patut mengundur diri dan melepaskan tahta kerajaan kepada anaknya, Puteri Mahkota Victoria. Ini adalah hasil dari undian melalui kajiselidik yang dijalankan dan dilaporkan oleh Expressen daily pada hari Sabtu lepas.

59% rakyat Sweden mahukan raja mereka turun dari tahta dalam masa 10 tahun yang akan datang. Hanya 29% beranggapan bahawa baginda seharusnya memerintah sehingga ke akhir hayat baginda. Dalam undian yang dilakukan melalui internet pada Jumaat lepas melaporkan bahawa 73% menaruh kepercayaan kepada Crowm Princess Victoria dan 39% memperkatakan perkara yang sama terhadap King Gustaf.

32% undian menyatakan bahawa mereka kurang memberi kepercayaan kepada raja mereka berbanding hanya 9% sahaja yang tidak memberikan kepercayaan kepada Crown Princess Victoria. King Gustaf yang menyambut ulangtahun ke 65 baginda bulan lepas tidak menunjukkan sebarang tanda akan melepaskan tahta kepada anak perempuan baginda yang berusia 33 tahun itu. Umur persaraan di Sweden adalah 65 tahun.

Menu Buka Puasa Sunat Hari Nie

23.05.2011, Isnin - Hari nie Syah balik ke Rawang Residence menaiki Shuttle KL - Ipoh dan masa di KL Sentral tadi banyak jaga (pengawal keselamatan) gila berjaga ingatkan apa rupannya ada pengambaran filem. Tak filem apa tah dan nampaknya macam bukan orng malaysia jer. Guard tu pula warga asing sesuka hati jer halau orang untunglah orang malaysia nie baik-baik belaka jika tak mereka yang kena halau dari Malaysia. ok lupakan jer lah cerita orang yang tak reti adat tue.

Sampai Rawang jam 18:45hrs dan Syah ke Giant beli Garlic Bread untuk buka puasa. Dari Giant ke Stesyen Bas Rawang dan sementara tunggu bas Syah beli roti High5 Sambal Ikan Bilis dua bungkus dan sekotak Yeo's Soya Bean Milk untuk buka buasa dalam bas. Sebelum buka puasa Syah makan supplement untuk lutut terlebih dahulu baru makan sebungkus roti sambal ikan bilis tu. Satu lagi ada Syah simpan dalam peti sejuk. Bas jalan jam 19:30hrs dan Syah sampai approx jam 20:00hrs. Sampai rumah Syah solat Maghrib dulu. Lepas solat Syah buat Vono Instant Mixed Mushroom Soup dan panaskan Kacang Kuda Rebus dalam Microwave.

Kat offfice tadi Syah beli Pasta dan Kacang Kuda Rebus untuk berbuka puasa. So Menu buka puasa hari ini adalah Horlic O Panas, Pasta, Sup Cendawan Campuran, Garlic Bread (Roti Bawang Putih) dan Kacang Kuda. Memang kenyang gila. Hehehehhe............. Nie jelah menu buka puasa orang bujang............ Makan semua.

Sultan Selangor Melawat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

Sultan Selangor Menyampaikan sumbangan RM 5,000.00 kepada Pn Jamiah Din ibu kepada Allahyarham Shahrul Nurimran Adnan - Gambar dari Bernama.

23.05.2011, Isnin - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mengada lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14, Hulu Langat yang terlibat dengan trajedi tanah runtuh pada petang Sabtu lepas yang telah mengorbankan 16 nyawa dan 9 orang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam lawatan ini Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217,000.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000.00 disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan manakala RM5,000.00 kepada 16 waris yang terkorban dan RM1,000.00 kepada 37 mangsa yang terselamat. Tuanku turut diberikan taklimat oleh Pengarah Kanan Cawangan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ashaari Mohd.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Khusrin Munawis dan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Ihsan Tun Hamzah. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga 16 orang yang terkorban dalam trajedi ini dan berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini. Mereka yang terkorban adalah :-



  1. Mohd Kamarul Amizan, 11


  2. Nurahimi Rosdi, 14


  3. Dzahir Haziq M. Muin, 11


  4. Ahmad Lokman Hakim, 11


  5. Farid Ibrahim, 34


  6. Mohd Azret Azahari, 8


  7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 11


  8. Zahid Assawal Zamri, 19


  9. Mohd Mustakim Mamat, 12


  10. Mohd Naerzein M. Nor,8


  11. Mohd Aiman Abdullah, 10


  12. Shahrul Nurimran Adnan, 9


  13. Mohd Zaid Azahari, 14


  14. Mohd Imal Fahad, 9


  15. Mohd Riezman Abdul Latif, 9


  16. Mohd Hazim Sapri, 10

Al-Fatihah kepada Mangsa-Mangsa Yang Terkorban. Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Topi Princess Beatrice Semasa Menghadiri Perkahwinan Duke and Dutchess of Cambridge Di Lelong di E-Bay

HRH Princess Beatrice of York dengan Topi Yang Digayakan Sempena Istiadat Perkahwinan Duke and Dutchess of Cambridge.

23.05.2011, Isnin - Topi ranggi dan jadi perhatian umum yang digayakan oleh cucunda perempuan HM Queen Elizabeth II, Princess Beatrice of York semasa Istiadat Perkahwinan sepupunya Duke of Cambridge di Westminister Abbey pada 29.04.2011 lepas telah berjaya dijual dengan harga 81,100.00 Pound atau RM399,798.67 melalui lelongan internet di eBay semalam. Hasil jualan topi unik yang dihasilkan oleh Pereka Topi Irish, Philip Treacy ini akan diagihkan kepada dua badan kebajikan iaitu United Nations Children’s Fund, UNICEFF dan British Charity Children in Crisis.

Beliau telah membuat kejutan kepada para jemputan di Westminister Abbey dan masyarakat seluruh dunia yang menyaksikan perkahwinan diraja tersebut dengan penampilannya dengan gaya topi yang gangil dan anih menyerupai biskut pretzel gergasi. Kalau nak tahu macam mana bentuk Pretzel tu, iannya ada dijual di KLCC iaitu Aunty Ann Pretzel. Ada jua pemerhati keluarga diraja yang menyamakan bentuk topi berkenaan seperti pelapik tandas duduk. Facebook page telah dihasilkan untuk topi ini diberi nama “Princess Beatrice’s ridiculous royal wedding hat” dan telah disukai oleh 143,389 orang.

Sebelum ini, Princess Beatric dalam kenyataannya di lamanweb lelongan tersebut memaklumkan bahawa beliau amat teruja dengan jumlah pembida untuk topi berkenaan dan iannya sebagai satu petanda baik untuk mengutip sebanyak mungkin keuntungan untuk diagihkan kepada dua badan kebajikan. Dalam lelongan tersebut, topi itu dilabelkan sebagai “ a unique sculptural celebratory headpiece made of tea rose silk. This ia a gravity defying hat”. Beliau berharap agar sesiapa sahaja yang berjaya memperolehi topi ini akan merasa kegembiraannya seperti yang dirasai oleh beliau sendiri.

Pereka topi berkenaan amat gembira, berbesar hati dan tersentuh dengan keputusan pewaris tahta ke-5 Britain itu untuk menyumbangkan hasil jualan topi tersebut kepada badan kebajikan. Beliau berharap agar lebih ramai membida topi berkenaan dan topi ini akan memberi faedah kepada banyak orang. Tambahnya topi itu merupakan symbol of positivity.

Pagi Isnin dan Kerenah Dalam Komuter


3.05.2011, Isnin – Pagi tadi Syah bangun jam 05:00hrs macam biasa. Sudah lama Syah tak puasa sunat Isnin dan Khamis dan hari nie rasa sihat dan Syah terus makan supplement untuk lutut dahulu dan kemudiannya buat Horlic Panas Campur Oat sebagai sahur kerana tak rasa nak makan benda lain. Lagipun yang ada dalam peti sejuk hanya green apple dan biskut.

Syah keluar rumah jam 06:20hrs dan on the way nampak Arip baru nak buka pintu rumah. Depan rumah Syah nampak ada kereta proton iswara warna putih tak silap Syah. Masa tunggu bas Syah ambil passcard Syah dan didapati passcard dan touch & go tak ada mesti terkeluar masa Syah buka passcard tadi samada didalam rumah atau depan rumah. Gerak hati nak pergi juga walaupun bas akan tiba bila-bila masa jer lagi.On the way balik ke rumah rupa-rupannya Arip naik kereta putih tu dan Syah nampak dia lalu depa rumah Syah. Tak tahu kereta siapa.

Sampai jer depan rumah Syah nampak passcard dan touch & go Syah bertabur atas jalan dekat rumah jiran Syah. Agaknya terjatuh masa Syah tutupkan tong sampah dia tadi. Rumah tu kosong kerana dia pindah ke Singapura dan tak ada penyewa baru lagi, last tenant dah keluar kerana katannya rumah tu banyak anai-anai dan habis perabutnya dan bila disuruh service owner tak mahu. Orang kutip sampah selalu buka tong sampah dia dan biasalah tak tutup balik sebab tu Syah selalu tutupkan kerana jika terbuka orang boleh masuk kerumah dia melalui tong sampah tu.

Hari nie Syah naik Komuter jam 07:15hrs dan sampai office jam 08:20hrs. Dalam train tadi ada perempuan tidur disebelah Syah dan selamba jer macam mengangkang dan tak kisahkan orang. Disebelah Syah pula ada seorang perempuan dengan mini skirt nya berdiri dicelah kelangkang passanger lelaki sebelah Syah. Syah heranlah dia orang nie, kalau cara yang mereka lakukan tu tak sesuai di gerabak unisex, kan kerajaan dan KTM dah sediakan coach wanita nape tak naik jer coach tu. Kalau bergesel diantara wanita kira oklah sikit nie lelaki dan silap-silap nanti lelaki juga yang dipersalahkan.

Hari nie busy sedikit sebab Syah hendak input perbelanjaan petty cash dalam SAP System dan kemudiannya buat Direct AP untuk tuntutan semula panjar wang runcit berkenaan. Syah perlu hantar hari ni juga before 17:00hrs kerana today is a due date for direct AP and direct invoice submission to PCKV (account department) atau senang cakap account closing. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry.

Sunday, May 22, 2011

Lelaki Mengaku Anak Angkat Kerabat DiRaja Negeri Sembilan Antara Di Tahan Dalam Serbuan Rumah Urut

Seroang remaja lelaki Cina mengaku sebagai anak angkat seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan dalam satu serbuan operasi cegah maksiat awal pagi Sabtu 21.05.2011 di Petaling jaya, Selangor. Beliau yang berusia 24 tahun merupakan seorang pelajar ditahan bersama sembilan orang yang disyaki sebagai pelanggan sebuah rumah urut yang dipercayai turut menawarkan perkhidmatan sex. Bagi menguatkan dakwaannya beliau menunjukkan sekeping kad sebagai anak angkat diraja.

Beliau juga mempunyai kad keahlian berstatus ahli kehormat VIP Persatuan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA). Turut ditunjukkan kepada anggota polis adalah business card YM Tengku Jaril Ibni Al-Marhum Y.A.M. Tan Sri Tengku Sulaiman, Kerabat Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Minang Kabau Negeri Sembilan D.K.

Siasatan awal pihak polis mendapati premis ini beroperasi sejak tiga bulan lepas atas tiket rumah urut disamping menawarkan khidmat sex. Dalam serbuan ini pihak polis terpaksa memecahkan pintu utama untuk memasuki rumah urut berkenaan dan menahan seramai 14 wanita warga asing termasuk seorang pondan yang berusia diantara 18 - 45 tahun untiuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Lambatnya Perjalanan balik Rawang

Muss Menuju Ke Car Park @ KL Residence Untuk Ke Kuantan, Pahang

22.05.2011, Ahad - Sekarang jam 16:37hrs dan Syah baru sahaja sampai ke Rawang Residence jam 16:20hrs tadi. Syah bertolak dari KL Residence Jam 12:00hrs dan sekarang baru sampai. Lebih empat jam perjalanan kerana Transport lambat. Dari KL Residence Muss hantar Cd ke 7E Danau Kota dan kemudiannya Syah ke Melati LRT Station sebelum dia meneruskan perjalanan ke Kuantan bersorangan. Syah siap pesan hati-hati kerana dia suka tidur. Risau juga sebab dia pergi seorang biasannya dengan kawan. Dari Melati ingatkan hendak ke Midvalley dan Syah beli tiket ke Bangsar.

On the way rasa malas pula dan lebih baik Syah balik terus ke Rawang. Syah turun di KL Sentral dan singgah 7E beli Panadol Soluble kerana tiba-tiba skit kepala. Dalam LRT makan roti kaya tadi. Lepas tu ke toilet dan ada dengar announcement Komuter di Rawang akan sampai. Terus Syah masuk Stesyen tetapi train dah jalan. Syah tunggu next train tetapi bukan ke Rawang tetapi ke Sungai Buluh. Dari Sungai ke toilet sekejap dan tunggu train ke Rawang. Dari Sungai Buluh Syah ke Rawang dan sampai jam 15:00hrs.

Bas ke Rawang Residence sampai jam 15:30hrs tetapi hampir jam 16:50 baru dia jalan. Basah kuyup Syah dalam bas tunggu lama sangat gerak. Tiba-tiba hari ini bas ke Rawang Residence Syah ada nombor iaitu No.88. Heheheh............. Adoi letih dibuatnya perjalanan hari ini. Sampai rumah Syah call Muss dan dia inform sudah selamat sampai ke Kuantan, Lepas tu call Ayahanda dan My Bonda Zawiyah jawap kerana Ayahanda ke surau. Syah call kerana ada miss call dari Ayahanda tetapi semalam Syah terlupa bawa handphone ke KL Residence. Ok lah sebentar tadi dengar Azan Asar dan Syah nak solat dulu yer semua dan lepas tu nak rehat sekejap sambil menonton TV. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Ziarah Ke Pusara Seniwati Allahyarhamah Mahyun Ismail

Dihadapan ini adalah pusara Seniwati Allahyarhamah Mahyun Ismail dan disebelahnya adalah pusara Allahyarham Suaminya.

22.05.2011, Ahad - Malam tadi lagi terlintas difikiran Syah untuk melawat pusara seniwati Allahyarhamah Mahyun Ismail di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak. Kawasan tanah perkuburan tu tak jauh dari KL Residence Syah. Jalan kaki 10 minit sampai kot. Syah selalu jogging dulu diarea nie. Semalam tak sempat pergi kerana Syah dapat tahu mengenai kematian Allahyarhamah agak lewat dan semasa dikebumikan Syah berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pagi tadi lebihkurang jam 08:00hrs dan Syah baru sampai guard room di KL Residence hari sudah mula hendak hujan. Syah patah balik nak cari payung tetapi tak jumpa. Kebetulan Muss keluar bilik dan Syah tanya mana payung dan katannya dalam kereta. Dia tanya hendak kemana dan Syah kata Kubur. Muss kata hujan tetapi Syah inform dia yang Syah ada niat nak pergi dan Syah pergi jer lah. Muss kata ok. Hujan lebat gila dan Syah tukar seluar pendek tetapi taklah pendek sangat paras bawah lutut.

Sebelum keluar Syah inform Muss lepas tu hendak ke Pasar Tani dan tanya dia hendak makan apa sebab Syah hendak bungkuskan. Sampai jer tanah perkuburan, hujan mula reda. Syah sempat tanya orang ditanah perkuburan mana kubur Mahayun Ismail tapi macam mereka tak tahu. Syah tanya sebab tiada tanda kubur baru dikawasan yang sepatutnya jenazah baru dikebumikan.

Baru Syah teringat yang Allahyarhamah dikebumikan bersebelahan Allahyarham suaminya. patulah tak ada dikawasan baru tu yang sepatutnya jenazah-jenazah baru ditempatkan. Abang yang Syah tanya tu tak tahu kat mana kubur tu tetapi dia sempat inform Syah dah rezeki dia dapat sebelah suaminya, katanya pada Syah. Syah pusing satu tanah perkuburan dan cari tanda-tanda kubur baru tapi tak jumpa. Walau bagaimanapun Syah ada nampak macam khemah dan terus Syah tuju kerana biasanya sesetengah kawasan di KL, khemah diletakkan di kawasan kubur yang jenazahnya baru disempurnakan.

Tekaan Syah tepat sekali sebab ada kubur baru dan disebelahnya ada kubur lelaki dan bila Syah baca nesannya ditanda sebagai Allahyarham Hussein Abu Hassan. Sah di sebelahnya kubur yang Syah cari tu. Syah sempat sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan Allahyarham serta ahli-ahli kubur yang lain. Kubur Allahyarham Hussein Abu Hassan berada di Lot 9932 manakala Allahyarhamah Mahyun Ismail di Lot 7978. Walaupun nombornya berbeza tetapi iannya betul-betul bersebelahan Lot 9932. Tak tahu mengapa tetapi mungkin itu pernomboran yang dibuat oleh AJK Tanah Perkuburan berkenaan. Memang rezeki Allahyarhamah kerana hanya ada satu kekosongan sahaja disebelah pusara Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Al-Fatihah kepada Seniman Allahyarham Hussien Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyun Ismail Semuga Roh Keduannya Ditempatkan Bersama-sama Orang Yang Beramal Solleh. AMIN. Kepada keluarga Allahyarhamah Mahayun Ismail, Takziah diucapkan semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Tapaw Breakfast @ KL Residence

Muss dan Cd Bersiap Sedia Untuk Breakfast. Hehehehhe

22.05.2011, Ahad - Pagi tadi selepas mengziarahi kubur Mahyun Ismail di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Syah ke Pasar Tani Danau Kota. Syah beli sarapan untuk pagi ini. Hari Tapaw jer tak masak coz jam 12:00hrs nanti Muss nak keluar outstation ke Kuantan, Pahang. Tapaw tu maksudnya bungkus dalam bahasa Cina, dulu banyak kawan cina so dah biasa dengan ayat tu. Untuk breakfast pagi nie Syah beli Tau Foo Fa, Murtabak Ayam, Lepat Pisang, Soyabean Panas, Nasi Lemak Ayam + Sotong untuk Cd, Nasi Lemak Sotong + Telur Mata untuk Muss tetapi yang dibaginya Nasi Lemak Sotong campur telur rebus biasa tu - Salah dengarlah Mak Cik tu agaknya atau Syah yang salah cakap.

Syah juga beli sebungkus nasi extra untuk mereka berdua. Untuk Syah pula Syah actually nak beli meehon goreng tetapi ternampak pula laksa. Kan semalam nak makan laksa tapi tak jadi, terus Syah beli laksa tu. Pagi nie makan Laksa. Selepas beli barang-barang tu Syah terus balik rumah dan kami makan sama-sama di dapur. By the way masa nak makan tadi tiba-tiba bekalan air pula tak ada, so terpaksa jimatkan penggunaan air tangki. Untung Syah sudah mandi pagi tadi. Mungkin ada catuan kot? Makan Semua ...............................

Saturday, May 21, 2011

Makan Malam @ KL Residence

21.05.2011, Sabtu - Malam nie Cd masak untuk dinner. Masa AF start kami mula makan di beranda. Cd buat Telur Dadar, Sayur Cendawan dan Brocoli serta Paru Goreng. Manakala Gulai Daging Kawah dia beli tengahari tadi. Selepas makan kami menonton AF. Semasa menonton kami makan Peyek dan Buah Mangga & Orange. Lepas makan ingatkan Syah hendak basuh pinggan tetapi Cd dah basuhkan. Sekarang jam 20:29hrs dan Konsert AF belum tamat lagi. Cd lepas Blackie main-main diruang tamu.

Seniwati Mahyun Ismail Meninggal Dunia

21.05.2011, Sabtu - Al-Fatihah Kepada Senawati Mahyun Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail yang telah meninggal dunia jam 13:00hrs tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri. Semoga Roh Allahyarhamah DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beramal Soleh. AMIN.

Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Ampang Puteri kira-kira jam 23:00hrs malam tadi setelah mengadu sesak nafas ketika berada dirumah lebih kurang jam 22:30hrs. Doktor mengesahkan kandungan gula dalam badan Allahyarhamah terlalu tinggi. Setelah diberi rawatan dan ubat keadaan Allahyarhamah dikatakan stabil seketika sebelum koma dan disahkan meninggal dunia tengahari tadi.

Salah seorang cucu Allahyarhamah, Natrah Yasmin 27 tahun, memaklumkan kepada Bernama bahawa semalam dia dan Allahyarhamah yang dipanggilnya Mak sempat menghabiskan masa bersama membeli belah di pasaraya dan keadaannya begitu sihat sebelum mengadu sesak nafas ketika berada di rumah Allahyarham di Gombak. Natrah tidak menyangka "Mak"nya telah meninggal dunia berdasarkan keadaan Allahyarham sebelum ini yang sihat.

Allahyarhamah yang berusia 69 tahun merupakan Isteri kepada pelakon vetran Hussein Abu Hassan telah meninggalkan tiga orang anak dan empat cucu iaitu pelakon Faizal Hussin, penulis skrip drama Dilla dan penyanyi R&B Fairuz. Jenazah dikebumikan bersebelah pusara suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak selepas solat Asar tadi iaitu berhampiran KL Residence Syah. Dulu masa Faizal Husin mula-mula berkahwin, Isterinya tinggal diarea KL Residence Syah dan selalu nampak kereta Faizal masuk dan budak-budak ikut kereta dia smbil sebut Faizal Husin, Faizal Husin beramai-ramai.

Sampai KL Residence

21.05.2011, Sabtu - Sekarang jam 19:23hrs dan Syah berada di KL Residence. Syah sampai jam 18:30hrs tadi dan hujan lebat gila dan Syah naik teksi dari Melati LRT Station. Sampai rumah macam tak ada orang, rupa-rupannya semua dalam bilik tidur coz hujan. Ingatkan Haziq dan Papanya ada datang tapi tak ada. Sampai jer Syah terus mandi kerana basan sedikit kena hujan dan kemudiannya solat Asar. Dalam teksi tadi nak gelakpun ada coz teksinya bocor dan masuk air tetapi sedikit sahaja.

Syah bertolak dari Rawang Residence approx jam 15:00hrs dan Syah naik bas ke KL coz hendak ke Pasar Malam. Sampai Jalan Tuanku Abdul Rahman Syah singgah ke Houz Depot sebab nak buang air kecil. Dalam toilet Syah pakai pelembab mata (untuk mata kering) dan kebetulan ada staff Houxe dalam toilet tu dan dia kata nak tolong ker? Syah jawap tak per dah biasa pakai. Dari Houz ke Pasar Malam dan jumpa Azrin dan Syah cuit dia. Syah nampak dia dengan Arep dan Che Wan. Katannya nak beli kain. Just say hai jer adalah 2 minit sembang kot.

Ingatkan nak makan Laksa tapi hari nak hujan So Syah beli Ayam Goreng Uncle Bob jer dan makan sambil jalan menuju Stesyen LRT Masjid Jame. Rasa nak muntah plak makan ayam tu. Dari Masjid Jame LRT Station Syah beli ticket ke Taman Melati untuk balik ke KL Residence. Oklah sudah hampir Maghrib nie dan hujan pun sudah berhenti. Rasa nak demam pun ada nie. GTG dan jumpa lagi dilain Entry..................................

Ke Kuala Lumpur

21.05.2011, Sabtu - Sekarang jam 13:49hrs dan Syah hendak solat Zohor. Selepas solat Syah akan ke Kuala Lumpur dan stay di KL Residence Malam nie. Tadi Muss call Syah dan inform dia invite Hazi dan Papa Nurul datang rumah hari nie. Tadi Kak Lang Ella ada tanya Syah mengenai perkara ini via FB tetapi tak sempat nak jawab coz dia dah logout bila Syah terbaca message tu. ok Sehingga berjumpa lagi dilain Entry..........................

Salahsilah Ringkas Raja Pemerintah Negeri Perak

21.05.2011, Sabtu - Secara ringkasnya Salahsilah Raja Pemerintah Negeri Perak bermula dari keturunan Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka terakhir yang melarikan diri apaila Melaka jatuh ketangan Portugis pada 1511. Baginda telah mengasaskan Kesultanan Melayu Johor (1511 - 1528) seterusnya berhijrah ke Kampar dengan membawa semua alat kebesaran diraja. Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Raja Muzafar dan Raja Ali.

Semasa bersemayam di Kampar, orang besar perak yang diketuai oleh Tun Saban yang merupakan anak kepada Bendahara Melaka yang termashur iaitu Tun Perak yang memerintah Hulu Perak telah memohon perkenaan Sultan Mahmud Shah supaya merajakan Raja Muzafar sebagai Raja Perak kerana Perak tidak beraja waktu itu. Bonda Raja Muzafar adalah Puteri Onang Kuning dari Kelantan. Raja Muzafar kemudiannya berkahwin dengan Tun Terang yang merupakan anak perempuan Permaisuri Melaka Tun Fatimah bersama bekas suaminya terdahulu iaitu Tun Ali.

Sultan Mahmud Shah telah memperkenankan permintaan Tun Saban dan Raja Muzafar telah berangkat ke Perak bersama alat kebesaran Diraja Melaka. Semasa berada di satu tempat bernama Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak, Bahtera kenaikan baginda telah tersangkut pada beting berkenaan. Melihatkan keadaan ini bagindapun memandang kelangit sambil berseru :-

Sekongkong tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di Lengkung ular Saktimuna, Perpisahan Beta di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja Berdaulat, Lepaskan sekalian malapetaka.

Seruan baginda telah disambut oleh Tun Saban dan rakyat negeri Perak dengan laungan DAULAT TUANKU sebanyak tiga kali. Dengan itu bahtera baginda terlepas dan bersedia meneruskan perjalanan. baginda serta rombongan telah mudik ke Sungai Perak hingga ke Tanah Abang atau sekarang dikenli sebagai Teluk Bakong. Di Tanah Abang inilah Baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak Pertama pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah I.

Secara ringkasnya ini adalah salah silah Kesultanan Perak yang hampir berusia 483 tahun iaitu :-



  1. Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I ibni Sultan Mahmud Shah. (Marhum Tanah Abang) 1528 - 1549


  2. Paduka Seri Sultan Mansur Shah I ibni Sultan Muzaffar Shah I. (Marhum Kota Lama Kanan) 1549-1577


  3. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Sultan Mansur I. (Marhum Muda) 1577 - 1584


  4. Paduka Seri Sultan Tajul Ariffin ibni Sultan Mansur Shah I. (Marhum Mangkat di Tebing) 1584 - 1594


  5. Paduka Seri Sultan Alauddin Shah ibni Sultan ibni Raja Kecil Lasa Raja Inu ibni Sultan Ahmad Tajuddin Shah. (Marhum Mangkat di Darat) 1594 - 1603


  6. Paduka Seri Sultan Mukaddam Shah ibni Sultan Mansur Shah I. (Marhum Mangkat di Acheh) 1603 - 1619


  7. Paduka Seri Sultan Mansur Shah II ibni Raja Kecil Lasa Raja Inu ibni Sultan Ahmad Tajuddin Shah) 1619 - 1627


  8. Paduka Seri Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Mansur Shah I. (Marhum Pulau Tiga) 1627 - 1630.


  9. Paduka Seri Sultan Sallehuddin ibni Sultan Mahmud Shah. (Marhum Mangkat di Kampar) 1630 - 1636.


  10. Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah II. (Marhum Jalilullah) 1636 - 1653


  11. Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah ibni Sultan Muzaffar Shah II. (Marhum Besar Aulia Allah) 1653 - 1720


  12. Paduka Seri Sultan Alauddin Mughayat (Riayat) Shah ibni Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga Raja Mansor ibni Sultan Muzaffar Shah II. ( Marhum Sulong) 1720 - 1728


  13. Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah III ibni Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga Raja Mansor ibni Sultan Muzaffar Shah II. ( Marhum Haji Allah) 1728 - 1752


  14. Paduka Seri Sultan Muhammad Shah ibni Yang Dipertuan Muda Raja Mansor ibni Sultan Muzafffar Shah II. (Marhum Aminullah) 1744 - 1750


  15. Paduka Seri Sultan Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Muhammad Shah. (marhum Kaharullah) 1752 - 1765


  16. Paduka Seri Sultan Mahmud Shah ibni SultanMuhammad Shah. (Marhum Muda) 1765 - 1773


  17. Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ibni Sultan Muhammad Shah. (Marhum Sulong) 1773 - 1786


  18. Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhammad Shah. (Marhum Bongsu) 1786 - 1806


  19. Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Jamalullah) 1806 - 1825


  20. Paduka Seri Sultan Abdullah Mu'azzam Shah ibni Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Marhum Khalilullah) 1825 - 1830)


  21. Paduka Seri Sultan Shahbuddin Riayat Shah ibni Raja Inu ibni Sultan Sultan Ahmaddin Shah. (Marhum Saifullah) 1830 - 1851


  22. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibni Raja Abdul Rahman ibni Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Iti kadullah atau marhum Durian Sebatang) 1851 - 1857


  23. Paduka Seri Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah ibni Raja Kecil Tengah Raja Ahmad ibni Sultan Abdul Malik mansur Shah (Marhum Waliullah) 1857 - 1865


  24. Paduka Seri Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah(Marhum Nabi Allah) 1865 - 1871


  25. Paduka Seri Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah ibni Raja Sheikhul Amin (Raja Siak) yang berkahwin dengan Raja Nandak bt Sultan Ahmaddin Shah, Sultan Perak ke-18 (Marhum Mangkat di Sekudai) 1871 - 1874


  26. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah (Marhum Habibullah) 1874 - 1877


  27. Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Marhum Gharirullah) 1886 - 1887 (Pemangku Raja 1877 -1886)


  28. Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah I ibni Bendahara Raja Alang Iskandar ibni Raja Kecil Tengah Raja Ahmad ini Sultan Abdul Malik Mansur Shah. (Marhum Rahmatullah) 1887 - 1916


  29. Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah ibni Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah I (Marhum Radziallah) 1916 - 1918


  30. Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibni Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah (Marhum kadasallah) 1918 -1938


  31. Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Aalmustasim Billah Shah ibni Raja Muda Musa ibni Sultan Sultan Ja'afar Mua'adzzam Shah. (Marhum Ni'matullah) 1938 - 1948


  32. Paduka Seri Sultan Yussuff izzuddin Shah ibni Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (Marhum Ghafarullah) 1948 - 1963


  33. Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II ibni Sultan Iskandar Shah (marhum Affifullah) 1963 - 1984


  34. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Sultan Yussuff Izuddin Shah. 03.02.1984 - hingga kini.

DIRGAHAYU TUANKU PATEK

Raja Bhutan Akan Menamatkan Zaman Bujangnya

Raja Bhutan dan Bakal Permaisuri Baginda Dalam Pakaian Tradisi Bhutan.

21.05.2011, Sabtu - Tahun nie banyak anak-anak Raja atau Raja yang mengistiharkan akan menamatkan zaman bujang mereka. Prince William dan Kate Middleton telah selamat diijabkabulkan. Dalam bulan Julai pula Prince Albert II of Monaco akan bersatu dengan tunangnya Charlene Wittstock dan baru-baru ini Sultan Muhammad ke-V, Al-Sultan Kelantan mengumumkan jodohnya insyallah sudah hampir tiba manakala Zara Philip yang merupakan cucunda Queen Elizabeth akan melangsungkan perkahwinan beliau dengan pemain rugby Mike Tindall.

Tentu anda semua tertanya-tanya siapakah gerangannya pasangan diatas. Beliau merupakan seorang raja dipergunungan himalaya iaitu Raja Bhutan, King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. baginda berusia 31 tahun dan mendapat pendidikan daripada Oxford, London. Semalam AFP Global Edision memaklumkan baginda telah mengumumkan pertunangan baginda dengan Jetsun Pema dan Istiadat Perkahwinan dijangka akan berlangsung pada Oktober tahun ini kepada Parlimen Bhutan. Jetsun merupakan seorang pelajar dan berusia 20 tahun. Dorji Wangchuck daripada pejabat akhbar istana diraja melaporkan bahawa akan diadakan majlis perkahwinan tetapi baginda telah memohon agar kerajaan tidak membazir untuk majlis ini memandangkan keadaan ekonomi Bhutan itu sendiri dan mahukan majlis ini lebih bersifat peribadi.

Bhutan merupakan sebuah negara yang terpencil dan terasing didunia serta terhimpit diantara India dan Cina. Mengikut undang-undang Bhuttan, Wangchuck dibenarkan untuk mempunyai banyak isteri mengikut kehendaknya. Baginda menaiki tahta Bhutan pada 2008 menggantikan Ayahanda baginda yang turun tahta bagi memberi laluan kepada muka baru sebagai Raja Bhutan. Ayahanda baginda, King Jigme Singye Wangchuck merupakan Raja Bhutan yang pertama memperkenalkan sistem demokrasi untuk menggantikan sisterm tradisional dalam pentadbiran Bhutan pada tahun 2001.

Pemimpin pembangkang Bhutan, Tshering Tobgay menyifatkan tunang baginda sebagai seorang yang mudah didampingi, peramah dan cantik. Dalam titah pertamanya selepas menaiki tahta Bhutan, Baginda berikrar melindungi Bhutan daripada pengaruh globalsasi yang negatif. Tambah baginda lagi, perkara yang perlu diberi perhatian adalah terhadap perubahan yang berlaku didunia, kita akan kehilangan beberapa nilai-nilai asas dimana kita bebas menentukan penampilan kita sebagai sebuah negara dan rakyat.