Sunday, July 31, 2011

Lunch @ Raso Omakden

Lunch Syah Today.

31.07.2011, Ahad - Hari nie sebelum ke Ampang Puteri, Syah ajak Muss dan Cd lunch sama-sama dan bila nak bertolak hanya Muss jer yang pergi dan Cd dalam bilik. Muss kata Cd tak pergi coz nanti nak jalan-jalan dengan Nana. Semenjak petang semalam nampak Cd macam murung jer tak tahu apa problem dia. Syah ajak Mus makan di gerai Aziz Al-Amin tetapi untuk lunch orang lain niaga pula iaitu Raso Omakden namanya. Masakan Negeri Sembilan kot dan memang best. Semua makanan ala kampung, ada sup dan ikan bakar sekali dan masakan style nogeri.

Hari nie Syah makan nasi putih, telur itek masak lemak cili api, sotong dan ulam. Semenjak semalam ngidam makan sotong dapat gak arine. Manakala Muss makan nasi putih, ulam, pari masak asam pedas dan daging. Minum pula Muss green apple dan Syah Milo O Ice. Kami juga order sup daging semangkuk dan makan kongsi. Tak pernah makan kat sini dan ini 1st time memang sedap giler................ tapi bulan puasa mereka tak meniaga, cuti. Makan hari nie Syah belanja dan semuanya RM27.80.

Razak & Kak Long Family Melawat Kak Lang Ella @ Ampang Puteri

Barisan Hadapan dari kiri Hafis, Kak Long Janet, Hasif, Izah manakala dibelakang dari kiri Ajim (di dukung), Rahimah, Azam, Kak Lang Ella, Firdaus dan Razak @ Ampang Puteri.


31.07.2011, Ahad - Selepas lunch dengan Muss tadi, Muss hantar Syah ke Melati LRT sebab Syah hendak melawat Kak Lang Ella di Ampang Puteri. Dari Melati Syah turun di Ampang Park dan ambil bas ke Ampang Point. Sampai kat Ampang Point call Kak Lang Ella samada dia hendak beli apa-apa dan katanya tak perlu. Lalu Syah beli Donut dan air kotak kerana ramai family kat bilik Kak Lang datang. Masa Syah sampai Razak, Rahimah dan anaknya Ajim serta Kak Long dan Hafis sudah ada dalam bilik. Lepas tu Azam dan Ku Chik pula sampai diikuti oleh Hasif dan Izah. Sebelum tu kata Kak Lang, Nizam dan keluarganya datang. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam nie sekali sekala. Kak Lang sudah sedar dan beransur sihat cuma sekali sekala kakinya berdenyut dan rasa sakit.

Sekarang jam 16:50hrs dan tinggal Syah, Mamat dan Kak Lang Ella dibilik manakala yang lain sudah balik kecuali Azam, Ku Chik dan Firdaus pergi makan ke Keramat kerana mereka belum lunch lagi. Kak Lang stay di Semi Private/Twin Room dan malam tadi Azam, Firdaus dan Ku Chik tidur kat bilik nie kerana katil sebelah kosong. Masa Syah datang tadi, katil tu sudah ada pesakit, Syah tanya sakit apa dan Mak Cik tu kata sesak nafas. Esok Kak Lang kena buat fisioterapi, tak tahu bila boleh keluar. Doktor yang buat operation semalam tu Dr Syed Faizal yang menggantikan Dr Ally Noor yang tak bertugas hari Sabtu dan Ahad, esok baru Dr Ally Noor attend Kak Lang. Dr Ally Noor nie adalah doktor yang sama bedah tangan Azam masa accicent pada 28.07.2010 lepas. Baru sekejap tadi Mamat dan Iza balik dan mereka hendak ke Wangsa Walk menonton wayang.

Persiapan Ramadhan Di Pasar Tani Danau Kota

Orang Ramai Mengambil Kesempatan Cuti Hari Minggu untuk Membeli Keperluan Harian Sebagai Persediaan Untuk Bulan Puasa Yang Bakal Menjelang Tiba.

31.07.2011, Ahad - Jam 09:00 hrs tadi Syah ke Pasar Tani Danau Kota, ingatkan hendak beli breakfast tetapi tak jadi sebab pilihan dah tak banyak. Nanti lunch terus jer lah dengan Muss dan Cd dan rasa macam nak belanja dia orang hari nie. Banyak bahan keperlun asas habis terutamanya ayam dan daging. Ada gerai yang sudah tutup kerana jualanya habis. Memang ramai orang kerana mereka mengambil kesempatan ini untuk membeli ikan, ayam, daging dan sayuran segar untuk stock bersahur dan buka puasa kerana mungkin Isnin atau selasa dah start puasa.

Syah tak beli apa-apapun dan terus balik semula ke rumah. On the way balik Kak Lang Ella call tanya Syah kat mana coz dia minta belikan pampers orang dewasa sebab katannya Ampang Puteri kata stock habis. Kak Lang operation lutut semalam. So Syah gudie anak dia Firdaus macam mana nak beli pampers tu. Kalau di Ampang Point tak ada Syah suruh dia cari di Farmasi. Lepas lunch nanti baru Syah ke Ampang Puteri dan Kak Lang perlukan pampers tu segera. Bila dia tanya nurse rupanya tak ada stock dan suami dia pula baru sahaja balik kerumah hendak ambil barang Kak Lang Ella. Ingatkan hendak beli kuih Akok untuk Kak Lang di Pasar Tani tadi tapi dah habis.

Saturday, July 30, 2011

Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise

Entry Baru Syah DiBawah Iklan Ini
Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise amat berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-
Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer dan Kek Pengantin hanya dengan kadar harga RM19,500.00.
Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Cup Cake secara Percuma. Perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Rebutlah Peluang ini untuk merealisasikan Impian Raja Sehari Anda Menjadi Satu Kenyataan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor. Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-
http://www.issyazwedding.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Issyaz-Wedding-Enterprise/108592945882897?ref=ts&sk=wall
Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise

Kak Lang Ella Masuk Wad

30.07.2011, Sabtu - Pagi tadi Kak Lang Ella call Syah maklumkan dia masuk Ampang Puteri kerana ada masalah lutut. Jam 13:00hrs dia inform masih di emergency ward kerana bilik penuh dan jam 16:00hrs nanti baru operation. Syah keluar dari Rawang Residence jam 15:00hrs dan naik Komuter hingga KTM KL dan jalan kaki ke Jalan Silang untuk ambil bas Metro 79 untuk ke Ampang point. Mak aiii................ jalan jem adalah lebih kurang dua jam dari Jalan Silang ke Ampang Point. Dari Ampang Point singgah Mc D beli nuggets sebab lapo bebeno.

Sampai je Ampang Puteri, Syah tanya pada Security kalau lepas office hours nak tanya no. bilik pesakit pada siapa. Katanya pergi ke pendaftaran di bahagian Emergency dan buat pertanyaan disana. Setelah dapat nombor bilik Syah terus ke tempat berkenaan teapi salah masuk bilik. Malu rasanya dan kemudiannya nampak anak-anak Kak Lang dan terus ikut mereka. Masa Syah masuk, anak dan suaminya ada. Keadaan kak Lang masih lemah akibat kesan ubat bius. Walaupun matanya kadangkala terbuka tapi macam tak kenal orang dan tidur balik. Biasalah kalau lepas operation memang macm tu. Esok oklah tu.

Syah sempat bawa anak-anak Kak Lang beli Jajan dan kemudiannya Muss pula datang. Syah call Razak dan Mamat inform Kak Lang warded di Ampang Puteri. Hampir Maghrib Syah dan Muss balik, Cd tak naik sebab jaga kereta coz parking tak ada kata Muss. Sampai KL Residence, Kak Ngah Normah call tanya khabar Kak Lang dan Bonda Ejon macam nangis cakap dengan Syah. Ialah anak dia kan? Lepas tu Syah keluar makan ke Danau Kota sekejap. Sekarang jam 00:31hrs dan Syah nak tidur dah. JUmpa lagi dilain Entry.

Raja Thai Menyempurnakan Istiadat Memandikan Jenazah Mendiang HRH Princess Bejraratana

Mendiang HRH Princess Bejraratana


30.07.2011, Sabtu - Semalam Raja dan Permaisuri Thailand, HIs Majesty King Bhumibol Adulyadej (Rama IX) dan Her Mijesty Queen Sirkit telah berkenaan menghadiri upacara memandikan jenazah mendiang Her Royal Highness Princess Bejraratana yang berlangsung di Bilik Singahsana Piman Rathaya, Grand Palace. HRH Princess Bejraratana merupakan puteri tunggal dan satu-satunya zuriat King Vajiravudh, Rama VI dan Queen Suvadhana telah mangkat di Hospital Siriraj pada 27.07.2011 dalam usia 85 tahun. Mendiang dimasukkan ke hospital semenjak 17.07.2011 kerana mengalami masalah jangkitan dalam darah.


Raja Bhumibol dan Queen Sirkit Sedang Menyempurnakan Upacara Memandikan Jenazah di Grand Palace mengikut adat istiadat diraja Thai.

King Bhumibol telah mengarahkan kesemua kerabat diraja dan kakitangan Istana untuk berkabung selama 100 hari sempena kemangkatan ini manakala Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan dimana kesemua agensi kerajaan dan negeri serta institusi pendidikan seluruh negara supaya mengibarkan bendera setengah tiang selama 15 hari dan memakai pakaian hitam sepanjang tempoh berkenaan sebagai tanda berkabung bermula semalam bersamaan hari Jumaat.

Rakyat Thailand yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia telah datang beramai-ramai ke Grand Palace untuk memberikan penghormatan terakhir dan upacara memandikan jenazah Mendiang dengan menyiramkan air suci dihadapan potrait mendiang yang diadakan di Sala Sahathai Samakhom. Manakala keluarga diraja menghadiri istiadat berkenaan di Bilik Singahsana Piman Rathaya, Grand palace. Menurut Raja Bhumibol, Jenazah mendiang HRH Princess Bejrarrtana akan ditempatkan di Dusit Maha Prasart Throne Hall, Grand Palace sebagai penghormatan tertinggi yang diberikan kepada mendiang sepanjang tempoh berkabung sebelum Istiadat Permakaman disempurnakan mengikut adat istiada diraja Thai.

AEL Yang Ku Syaangi

Syah Mandikan AEL Pagi Nie Walaupun Masa TU Hujan Lebat, Mandi Tetap Madi Yer, N0 Excuse okey.

30.07.2011, Sabtu - Salam Semua, apa khabar harap anda semua dalam keadaan yang memuaskan. Selalu dalam entry Syah sebut mandikan atau start AEL so ini lah si AEL tu kereta Syah AEL 67. Kereta Proton Iswara 1.3 Areoback yang Syah beli pada Disember 2001. Syah sebenarnya tidak ada lesen memandu dan tak tahu memandu dari dahulu sampai hari nie 30.07.2011. Kereta nie saja Syah beli sebagai keperluan jika berlaku emergency. Ada orang mentertawakan Syah kerana beli kereta tapi tak tahu bawa dan Syah jawab satu jer "Lebih Baik Tak Ada Lesen Tapi Ada Kereta Daripada Ada Lesen Tapi Tak Ada Kereta". Apa yang Syah buat hanya start enjinnya tapi bukanlah setiap hari. Syah hanya tahu bawa gear satu dan reverse jer sebab ada juga Syah keluarkan AEL parking depan rumah. Tu jer yang mampu Syah buat untuk AEL. Ada juga niat nak belajar tapi macam rasa takutpun ada dan malas pun ada.

Sebenarnya masa beli kereta nie Syah kena tipu. Syah ngan Azrin cari kat news paper pasal kereta. Akhirnya jumpa satu nombor dan kami call. Target Syah nak bayar RM500++ sahaja dan lelaki tu kata ok tetapi hendak bayar RM2500 sebagai down payment. Tetapi masa sign agreement pinjaman di bank Syah lihat kena bayar RM630.00 dan terkejut Syah sepatutnya RM500 lebih jer. Tak kisahlah dan Syah pun tak perasan kena tipu sehingga kedai kereta call inform kereta dapat lambat. Syah inform lelaki tu janji dapat sebelum hari Raya dan sudah beri down payment tetapi mengapa ansuran mahal. Salesman tu kata tak tahu apa-apa dan mana ada down payment dan katanya kereta dapat lewat mungkin sebulan dua. Salesman inform lelaki tu hanya broker sahaja dan duit tu sebenarnya duit kopi dia uruskan pembelian ini.

Syah call bank mengapa harga kereta Syah RM40,000 lebih walhal kereta tu bukan full accessory yang sepatutnya harga lebih kurang RM 30,000.. ++. Pegawai bank macam lepas tangan kata tak tahu. Rupa-rupanya dalam agreement kereta Syah tu full accessory tapi kereta tu kosong. jadi Syah kena bayar lebih dan seolah-olah tak perlu bayar downpayment. Syah call lelaki tu dan rupanya sebenarnya cara nie untuk mereka yang tak ada duit down payment untuk memiliki kereta dan markup harga. Tak tahulah dia dan bank kowteam apa tapi bank tak mengaku. Syah inform dia saya ada duit untuk bayar down payment dan tak perlu cara ini tapi biasalah namapun penipu dia buat tak tahu jer.

Salesman inform dia boleh slow talk dengan broker tu untuk pulangkan duit Syah sebab Syah dah complain semacam sampai boss dia pun call Syah macam nak marah kat Syah pula. Syah inform Salesman tu saya tak kisah duit tu (sebab Syah dah marah masa tu) tetapi saya nak kereta macam dijanjikan sebelum Raya. Salesman kata tak boleh dan kalau dapatpun dia sanggup potong tangan katanya kat Syah. Syah tak tahu nak buat macam mana dan akhirnya terpaksa refer kat Ayahanda dan macam biasa kena bambu kerana buat sesuatu tanpa inform makbapak. Akhirnya dia minta Syah maklumkan kepada salah seorang kawannya yang masa tu menjadi EXCO Selangor.

Akhirnya YB tu dapat tolong Syah dan Syah juga ada call Proton mengenai perkara ini. Akhirnya orang dari Proton call inform akan dapat kereta tu sebelum raya tetapi Syah tak boleh ambil kerana kereta tu dibawa dari kilang di Pekan, Pahang dan kena inspection di Proton dulu dan dapat seminggu selepas Raya. Syah kata ok tak per. Masa ambil kereta Azrin dan Muss ada sekali, masa tu Muss bertugas di Lahad Datu, Sabah dan kebetulan balik Semenanjung kerana cuti Raya. Salesman tu macam heran dan tanya Syah dapat pula awak kereta cepat yer dan tanya berapa Syah beli plate AEL 67 tu dan Syah diamkan jer. Untung kereta tak dapat sebelum Raya kalau tidak adalah orang kudung tangan sebab dah janjikan?

Lepas beli bawa balik kampung dan masa tu Almarhumah Bonda Saudara Syah Che' Zan Al-Hajjah begitu marah dengan Syah kerana beli kereta tapi tak ada lesen dan tak inform dia. Katannya kalau inform dia nak beli kereta dah lama dia boleh bagi duit down payment dan tak payah bayar banyak dengan bank. Syah diam jer sebab dah salah sendiri dan tak bagitaupun pasal kena tipu kalau tak alamat kena pelempang jawapnya. Almarhumah nie walaupun perempua dia seorang yang tegas dan dialah yang lebih tanggungjawab sedikit menjaga keluarga kami berbanding adik beradik lelakinya yang lain. Walau bagaimanapun dia beri Syah cek RM2500.00 dan siap tulis nota tahniah kerana beli kereta baru. Macam tulah dia tegas tapi sayang pada kami semua. Miss you so much "UCU" things are not going to be the same sekarang nie dalam family.

Ucu pernah cakap pada keluarga "kalau Atan (panggilan manja Syah) tak belajar kereta sekarang tengoklah sampai jadi besi buruk kereta tu baru dia dapat bawa" betul cakap Marhum Ucu sampai sekarang Syah tak ada lesen dan kalau Syah ambil lesenpun kereta tu dah macam dia cakap. Seperkara lagi dia pernah tengok Syah cuba belajar bawa kereta kat kampung dan dia inform Kak Lang Ella yang masa tu ada dalam kereta Marhum Ucu sambil lihat Syah bawa kereta Syah " Kalau aku mati pun tak kempunanlah aku tengok Atan bawa kereta". 1st balik kampung kereta baru, Marhum Ucu sempat bawa kereta Syah pergi rumah saudara kami Kak Nisah. Kereta nie jugalah yang bawa Ku Chik @ Ijat anak bungsu Kak Lang Ella balik rumah dia dari HUKM selepas bersalin.

Kereta nie banyak jasanya terutamanya ia pernah digunakan beberapa tahun oleh Azrin sebelum beli kereta baru dia untuk buat sales dan Syah tak caj apa-apapun. Dia bawapun kira shukur alhamdulillah Kereta nie pernah kemalangan dan sebulan lebih dalam bengkel. Azrin bawa dan Motor langgar dan rosak teruk sampai kena potong bahagian beam pintu belakang dan pintu kiri tak boleh buka serta cermin pecah. Masa tu senja dan kami pergi rumah saudara di Sg Hj Dorani. Budak tu bawa laju tapi untung dia tak mati, walau bagaimanapun jalan tu jalan lurus, jalan motor tu. Risau Syah masa tu takut budak tu meninggal dan yang bawa tu Azrin sehinggakan pada malam tu Syah nampak Marhum Ucu memandang Syah masa Syah baring atas katil, mungkin marhum tahu Syah sedang berduka dan risau. Macam tulah marhum Ucu sentiasa ambil berat pasal keluarga walaupun dah tak ada lagi.

Kereta nie juga pernah kena umpil dan barang-barang kami hilang semasa kami dan kawan Azrin Che Wan dan Yani kepasar malam area rumah Che Wan. Baru-baru nie Azrin ada guna kereta nie untuk angkut pelamin pelanggan mereka ke Klang dan beri Syah RM40.00. Masa balik kampung beberapa tahun lepas kereta nie pernah rosak tengah jalan pagi-pagi buta jam 02:00hrs diarea Kuala Selangor tak silap Syah. Kereta terhenguk-henguk dan bunyi bising kat enjen dan lepas tu kereta tak boleh jalan lagi. Mamat bawa masa tu dan dalam bulan puasa. Untung Abang Tooha ada member dan seattlekan problem nie. Rupa-rupanya gearbox pecah dan kena mahal juga tapi tak ingat berapa. Mekanikpun heran macam mana minyak gear box kereta manual boleh kering. Mekanik tu kata kalau dikesan awal tambah minyak jer dan disebabkan terlambat nahh........ kau beribu kena. Kereta nie juga pernah digunakan untuk jalan-jalan ke, Johor, Melaka,Pulau Pinang dan Kedah serta tugas tahunannya balik kampung bila Hari Raya dan jalan-jalan rumah saudara, Mamat yang Drive.

Tahun nie nampak gayanya AEL tak balik Raya kerana Mamat sudah ada kereta sendiri. Pernah kereta nie ada kawan nak pinjam dan waktu tu Syah tak boleh bagi kerana ianya digunakan. Ada juga kawan Muss nak beli tapi Syah tak mahu jual. Jiran pun ada tanya nak beli tapi the answer in NO. Ada orang tanya tak nak tukar baru ker dan Syah kata Syah tak tahu memandu dan tak ada keperluan nak beli kereta baru walaupun kereta idaman Syah Mercedes .............. tak salah berangan kan? hehehehe.............

Friday, July 29, 2011

Sultan Selangor Tunaikan Solat Jumaat di Masjid At-Taqwa

Sultan Selangor Menandatangani Plak Sebagai Tanda Perasmian Semula Masjid At-Taqqwa - Gambar dari Bernama.

29.07.2011, Jumaat - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Klang. Terdahulu Tuanku Sultan telah berkenaan merasmikan pembinaan semula masjid berkenaan.

Kempen Derma Darah Anjuran Makam Pahlawan dan Pameran Pendidikan Kesihatan Anjuran Makam Pahlawan

29.07.2011, Jumaat - Biasanya bila kita sebut Makam atau Tanah Perkuburan sudah tentu terbayang di fikiran kita mengenai tempat orang yang telah meninggal dunia disemadikan dan tak lebih dari itu kan?. Kebetulan Syah Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini dan rupa-rupanya Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan Masjid Negara ini telah mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan aktiviti bermanfaat untuk kebajikan masyarakt. Bukan gotong royong membersihkan makam tetapi Makam Pahlawan hari ini telah menganjurkan Kampen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan. Program bermula jam 10:00hrs dan berakhir jam 16:00hrs. Pameran dan derma darah diadakan di Anjumg Makam Pahlawan yang terletak betul-betul dihadapan pintu masuk utama Makam. Selain daripada derma darah diadakan juga pemeriksaan pergigian dan kesihatan yang lainnya. Syah nampak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun ada sama buka kaunter dalam program nie.

Aktiviti Hari Ini - Maaf Lambat Update Blog

Main-Main Ngan Hamster Kat Dalam Bilik Dia ......... Tomeynye Dear Tapi Nakal

29.07.2011, Jumaat - Syah minta maaf kerana tak dapat update blog awal hari nie kerana masa berada diluar agak lama hari ini. Jam 16:00hrs tadi Syah baru sampai ke Rawang Residence. Hari nie Syah tak jadi nak masuk hospital kerana rasanya boleh tahan lagi walaupun rasa nak demam, lemah badan dan selsema serta batuk ada lagi. Lagipun Ayahanda macam keberatan nak benarkan Syah masuk wad. Perancangan Syah hari nie jam 10:00hrs nak keluar dari KL Residence. Syah plan nak keluarkan ASB, bayar credit card, bayar bill C elcom dan kemudiannya ke Masjid Negara untuk Solat Jumaat. Sebelum keluar rumah sempat main-main sekejap dengan Hamster kat dalam sangkar dia dan jenguk dua ekor budak hitam dalam bilik Muss tu


Muss On The Way Hantar Syah ke Jalan Ampang

Jam 10:00hrs Syah bergerak keluar dari KL Residence dan sampai jer Surau Muss call tanya Syah dimana dan Syah inform dalam perjalanan ke LRT. Kebetulan katanya dia di workshop depan rumah dan kereta nak siap 10minit lagi dan invite Syah sekali. Syah suruh dia tunggu dan Syah jalan kaki ke bengkel dan on the way baru teringat kad Astro tertinggal. Syah call Muss semula dan cakap fetch Syah kat rumah dan dia kat ok. Katanya 10 minit tetapi hampir sejam baru sampai. Jam 11:10hrs baru Muss ambil Syah. On the way Syah inform Muss hantar Celcom Jalan Ampang jer kerana nak bayar bill. ASB dan Kad Kredit esok jer sebab masa dah suntuk tak sempat sebab hari nie Jumaat dan nak solat lagi. Muss inform kena RM740.00 kerana ganti dua tayar dan buat service sekali.

Celcom Jalan Ampang

Semasa di Celcom mereka minta Syah bayar guna machine dan bila cuba ada problem mesin tu dan terus Syah cakap kat budak tu mesin ada problem dan saya nak buat bayaran kat kaunter. Hangin kat staff tu sebab mulanya Syah nak bayar di kaunter tetapi dia macam sarankan kita guna mesin juga. Rupa-rupanya mesin tu ada problem, padan muka, lain kali periksa dulu mesin tuh. Selepas selesai urusan di Celcom Syah jalan kaki ke LRT KLCC untuk ke CM. Dari CM jalan kaki ke Masjid Negara ikut Bangunan Dayabumi. Sampi je beli kacang kuda tapi hari nie tak berpa sedap dan keras sedikit sebab gerai baru buka dan tak cukup panas lagi kacang tu. Lepas tu Syah makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah RM7.00 tanpa minuman kerana Syah ada bawa air. Tapi lepas tu beli juga air tebu dan kelapa. Heheheheh ..............Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kacang Kuda Rebus Kat Depan Tu Dalam Plastik. Ada kelainan Sedikit DiMana Dalam Nasi Kukus Nie Mereka Bagi Ikan Masin Seekor.

Lepas solat beli Ayam Goreng Uncle Bob dan Jajan dan rasa (food testing Ahaks......) jajan-jajan yang dijual tu kemudiannya terus ke Stesyen KTM Kuala Lumpur untuk balik ke Rawang. Masa di Masjid dan dalam train kepala Syah sebelah kiri rasa sakit dan pening tapi Syah tahan jer, sekarang ok dah. Sampai Rawang jam 15:30 terus Syah berlari-lari lints jalan yang sesak sebab nak kejar bas dan untung bas tak jalan lagi. Sampai rumah jam 16:30hrs dan sampaijer Syah panaskan AEL dan cuci depan rumah. Jam 19:00hrs tadi Ayahanda call tanya khabar Syah. Oklah sudah jam 19:38hrs dan Syah nak mandi dan solat Maghrib. Sehingga berjumpa di lain Entry .................

Thursday, July 28, 2011

Dinner @ Aziz Al-Amin Again

Thanx Muss Belanja Syah dan Cd Makan Malam Nie


28.07.2011, Khamis - Petang tadi Cd balik lewat dan hampir 19:30 baru Muss dan Syah fetch dia di Melati LRT Station. Dari LRT Muss terus ke Aziz Al-Amin tempat Syah mamam semalam untuk dinner. Hari nie Syah makan Nasi Goreng USA + Horlic Panas & Air Suam, Muss makan Nasi Goreng Cendawan dan Telur Mata manakalan Cd pula Nasi Putih, Tomyam, Sayur Kailan dan Telur Dadar. Muss dan Cd kongsi Minum Tembikai Jus dan Ice Kosong. Kemudiannya kami pesan 10 Cucuk Sate Ayam dan 5 Cucuk Sate Daging serta Nasi Impit. Semuanya RM38.50 dan Syah bayarkan dulu kerana Muss tak cucuk duit lagi, actually Muss belanja malam nie. Lepas habis makan Muss ke Petronas Petrol Pump keluarkan duit untuk bayar semula kat Syah. By the way Thanx Muss belanja malam nie.

Tuanku Azlan Rasmikan Pengkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh

Tuanku Azlan menembak menggunakan senapang "bushmaster" sebagai simbolik merasmikan Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh - Gambar dari Bernama

28.07.2011, Khamis - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan merasmikam Pengkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh. Komplek pemgkalan ini sebenarnya telah dibina diatas tapak bekas kem Batelion 3 Pasukan Polis Hutan di Jalan Lapangan Terbang Ipoh dengan keluasan 40 ekar dengan kos sebanyak RM109 Juta. Pengkalan ini mula beroperasi pada 01.03.2011 lepas. Pengkalan ini siap sepenuhnya pada 10.08.2010 dan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri pada 27.05.2011.
Turut mengiringi Tuanku Azlan adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Terdahulu Tuanku Azlan telah berkenan memeriksa Barisan Kawalan Kehormat dan menyaksikan pertunjukan khas daripada pasukan Polis Diraja Malaysia.

Raja Perlis Kurniakan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin Berkenan Mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Istiadat Penganugerahaan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis.

28.0.2011, Khamis - Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Perlis. Istiadat dijalankan di Balai Rongseri Istana Arau, Arau, Perlis. Turut berngkat sama adalah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato' Azizan Hamid juga turut serta dalam istiadat ini.

Tuanku Mizan dan Rombongan Melawat Pameran Earth Award Exhibition di London

Tuanku Mizan di Sambut Oleh Prince Charles Setibanya Baginda Di Clarence House - Gambar dari Bernama.

28.07.2011, Khamis - Semalam KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang berada di London telah berkenan berangkat menghadiri Earth Award Exhibition sempena Pameran Prince of Wales Prince Charles' START yang diadakan di Clarence and Lancaster House Gardens. Keberangkatan tiba baginda berdua ke Istana Rasmi Prince Charles disambut sendiri oleh Prince Charles lebih kurang jam 17:45 waktu London. Seterusnya baginda telah dibawa melawat pameran Forest garden, Eco-Villa, Container Gallery dan Eco-Cars. Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Ng YenYen dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof. Seramai 200 orang menghadiri jemputan ini semalam. Baginda berdua berada di London semenjak kembali dari lawatan rasmi negara ke Korea pada 20.07.2011 lepas.

Baginda dan rombongan telah diberi taklimat oleh Louise Thompson yang merupakan seorang pereka, pencipta dan pembawa pembaharuan dalam reka bentuk berimaginasi serta inovasi paling cangih di Britain. Diantara rekan terbaru beliau adalah Eco-Villa yang merupakan suit hotel sifar-perlepasan. Dalam rekaan ini Thompson menghasilkan dinding jerami yang dimampat dan dikeraskan menggunakan campuran tanah liat, lumpur dan mortar kapur untuk disesuaikan dengan suhu dan musim yang pelbagai. Buah Berangan telah digunakan mencantumkan rumah ini sekaligus menjadikan Eco-Villa ini mudah dialih dan dipasang semula selepas pameran untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan.

Dari Clarence House, baginda dan rombongan bertolak ke Lancaster House Garden untuk melawat lebih banyak pameran serta beramah mesra dengan tetamu lainnya sebelum lawatan berakhir pada jam 19:10hrs. Tuanku Mizan merupakan penaung kepada Earth Awards yang merupakan inisiatif Malaysia yang diasakan pada 2008 untuk pencarian global bagi ilham rekabentuk berimaginasi dan inovasi terbaru paling canggih dalam kelestarian. Earth Award telah dijemput untuk berkongsi platform di London bersama Inisiatif Prince of Wales, START pada 2010. START bermatlamat membantu penduduk seluruh United Kingdom untuk menikmati kehidupan yang lebih listari.

Pameran kali ini disertai oleh 65 buah negara dengan 500 penyertaan dengan turut menarik beberapa institusi terkemuka untuk menyertainya seperti Yale, Harvard, Massachusetts Institute of Technology, Oxford dan Cambridge. Inovasi ini dibahagikan kepada enam kategori iaitu membangunkan persekitaran, produk, fesyen, sistem, keadilan sosial dan masa depan. Pemenang setiap kategori akan menerim USD10,000 dan pemenang utama akan memperolehi USD50,000.00.

MC Dua Hari dan DiRefer Ke Pakar

Syah Sedang Mununggu Giliran @ Kelinik Hamidah, Taman Melati, KL


28.07.2011, Khamis - Syah ingat nak balik Rawang hari nie tetapi tak jadi sebab tak sihat lagi dan Muss kata balik esok jer lah. Pagi tadi Syah basuh kain. Kemudian Syah ke kelinik Hamidah, Taman Melati yang merupakan kelinik panel TM. Syah naik teksi. Syah inform doktor Syah sudah demam lam hampir satu bulan setengah sekejap elok demam semula, batuk, selsema dan sendi serta badan Syah sakit. Doktor bagi Syah MC dua hari dan beri surat untuk referkan Syah ke Hospital Pakar. Dari Taman Melati Syah balik KL Residence jalan kaki sahaja, adalah 25 minit kot jalan kaki tetapi tak terasa jauh pun. Sampai rumah, Syah jemur kain yang dibasuh tadi. Tengok macam mana esok, jika still tak sihat juga ingat nak masuk Ampang Puteri atau Pusat Rawatan Islam jer. Tapi kalau rasa ok tak payalah kot?

Tunku Jalil Akan Menghadiri Perlawanan Bolasepak Malaysia - Singapura Malam Ini di Stadium Bukit Jalil

Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim

28.07.2011, Khamis - Hari ini sana sini sibuk memperkatakan mengenai perlawanan pusingan kedua kelayakan piala dunia diantara Malaysia dan Singapura pada malam ini yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil jam 20:45hrs (08:45pm). Tiket sudah habis dijual menandakan betapa kuatnya semangat patriotik rakyat Malaysia dari pelbagai golongan menyokong padu kejayaan Pasukan Harimau Malaya pada malam ini. Begitu jugalah yang berlaku kepada anakanda DYMM Sultan Johor, Tunku Jalil yang memaklumkan dalam Facebooknya bahawa beliau akan berangkat ke Kuala Lumpur hari ini bagi menyaksikan perlawanan ini.

Kepada anda yang ingin ke Bukit Jalil, anda semua dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya manakala perkhidmatan LRT akan melanjutkan perkhidmatan mereka malam ini sempena perlawanan ini. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk terutamanya botol-botol air dan seumpamanya untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku, walau bagaimanapun makanan dan minuman ada dijual di dalam stadium. Bersama-samalah kita berikan sokongan moral kepada Pasukan Harimau Malaya pada malam ini.

Kibarkan Jalur Gemilang didalam Stadium Bukit Jalil malam ini bagi menyemarakkan lagi semangat pemain negara. Kepada yang tak sempat memperolehi tiket kerana sudah kehabisan saksikan perlawanan ini yang akan diadakan secara langsung di beberapa stesyen TV. Jika anda menggunakan Astro dan siaran tak jelas kerana hujan atau Astro kena potong sebab terlupa bayar boleh mendengar perlawanan ini melalui siaran radio terpilih. Kepada pasukan sorak Ultra Malaya gemakankan bunyi kompang kalian di Stadium Bukit Jalil sebagai tanda kemenangan Awal Harimau Malaya.

Syah berdoa agar Negara kita beroleh kemenangan pada malam ini dan mara keperingkat seterusnya hingga ke perlawanan akhir Piala Dunia. AMIN. Siapa kata impian tak boleh jadi kenyataan kerana sekarang nie bukan zaman Mat Jenin lagi ............ Ini Zaman Malaysia Boleh dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesihatan Syah dan Aktiviti Pagi Nie

28.07.2011, Khamis - Salam semua hari nie dan Jumaat Syah ambil cuti tahun saja nak relax-relax. Tapi Demam Selsema dan Batuk datang semula dan Testis Syah ada masanya kalau tertekan rasa sakit macam dulu tu (tak tahu mengapa - nanti oklah tu). Sekarang jam 07:00hrs Syah nak mandi dan lepas tu basuh kain. Sebelum balik Rawang Syah nak uruskan bil Celcom Syah dan Muss terlebih dahulu. Ingat nak bayar di Celcom Jalan Ampang guna Credit Card dan kemudiannya ke Maybank untuk kelurakan sedikit duit ASB. ASB nie anak saudara Syah punya dan disimpan atas nama Syah dan beberapa bulan lepas dia nak pakai duit dan Syah dahulukan duit Syah, bila kumpul-kumpul advance kat dia jumlahnya sebanyak RM2,800.00. Tu yang nak ambil semula tu untuk bayar credit card Syah. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Doakan Syah sihat yer.

Wednesday, July 27, 2011

Dinner @ Aziz Al-Amin

Menu Malam Nie Nasi Goreng Cina dan Tomyam Ayam - Mamam Semua............

27.07.2011, Rabu - Petang tadi masa Syah balik ke KL Residence ingatkan hendak beli Ayam Goreng Uncle Bob tetapi fikir punya fikir tak jadi lalu Syah balik jalan kaki ke KL Residence. Try to call Muss tak dapat dan terjumpa Cd dan Arip kat Stesyen Melati - Cd tunggu Muss dan Arip tunggu Azrin, tak tahu lak mengapa Arip tunggu Azrin kat sit, entahlah tak tanyapun nanti takut gangu privasi orang. Lalu Syah cakap pada mereka Syah jalan dulu. Ssampai surau terasa nak makan pula lalu Syah singgah di gerai Aziz Al-Amin. Kat atas tu ler dinner Syah malam nie ; Nasi Goreng Cina dan Tomyam Ayam dengan harga RM9.00 dan Syah tak order air kerana ada mineral water. Lepa staff tu hantar makanan Syah tanya ada air asam jawa tak dan dia kata tak ada.

Masa makan Muss call dan tanya kat mana Syah cakap tengah makan dan dia tanya napa tak inform dan Syah kasitau dia, Syah call rumah tak angkat. Dia kata dia berada di Medan Idaman betulkan handphone. Lepas makan Syah balik terus ke KL Residence dan mereka sudah ada dirumah. Sekarang jam 21:26 dan Syah nampak Cd tanak nasi dan masak sardin, telur dadar dan kobis goreng. Syah tanya buat apa tu dan dia kata nak makan. Lapar agaknya mereka. Tulah nak contact Muss tak dapat sebab handphone dia problem kalau tak boleh makan sama tadi. Lunch tadi Syah makan Mee Jawa, Kacang & Ikan Bilis Berlada dengan harga RM5.00, Nenas dan Lai Chee Kang RM3.40. Syah beli di pusat penjaja Menara Tm.

Penting juga handphone nie yer sebagai alat komunikasi. Masa dulu tak ada handphone ok jer semuanya berjalan lancar .......... tapi sekarang dah jadi satu keperluan asas. Dulu kalau pakai handphone orang akan kata WOW pakai handphone lah............ tetapi sekarang kalau tak pakai handpnone orang pula akan kata WOW tak ada handphone? Kannnn..............

Sultan Muhammad Ke-V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK

27.07.2011, Rabu - Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dato' Dr Zainai Mohamed memaklumkan kepada Bernama hari ini bahawa Al-Sultan Kelantan , KDYMM Sultan Muhammad Ke-V akan dimasyhurkan Canselor UMK yang baru bagi menggantikan DYMM Sultan Ismail Petra yang dalam keadaan gering sekarang ini. Perlantikan ini menurut beliau adalah dibuat mengikut Akta Univesiti dan Kolej Universiti 1971 dan telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watihqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Permasyhuran akan dilakukan di kampus induk UMK di Bachok pada 19.09.2011 sempena Majlis Konvokesyen sulung UMK. Seramai 266 graduan daripada Fakulti Keusahawan dan Perniagaan, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima ijazah sarjana muda masing-masing. Pada sesi pengambilan baru tahun ini, UMK telah menerima sebanyak 6,000 permohonan, walau bagaimanapun hanya 1,000 orang sahaja yang mampu diterima ole UMK.

Kampus Induk UMK Bacok merupakan kampus baru bagi menggantikan kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada September 2011. Universiti yang berkonsepkan keusahawanan ini telah beroperasi empat tahun lepas dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM420 juta bagi membiayai kos fizikal, termasuk pembinaan kampus utamanya di Bachok, kampus cawangan di Jeli dan kampus sementara di Pengkalan Chepa.

Sesi Unplug Santai PLD

27.07.2011, Rabu - Ini bukan kelab malam yer tapi ini adalah sesi Unplug Santai PLD ditempat kerja Syah waktu lunch tadi. Macam nielah kami walaupun bertugas di Human Capital tapi kami sempat juga melakukakn berbagai aktiviti diluar bidang Human Capital seperti Upselling Sales Program, Gotong Royong, turun padang, membenteras kecurian kabel telefon, mengutip hutang dan macm-macam lagi, semuanya idea daripada our leaders Dr Zainal Abu Zarim. Program diadakan di MI Comm Hubs, Aras 14 Selatan, Menara TM dibahagian depan workstation kami. Pentas nielah tempat pelbagai program PLD dijalankan seperti Briefing, product knowledge dan seumpamanya. Tapi sessi nie Dr Zainal tak dapat join kerana ada tugasan diluar dan sempat bersama-sama kami sekejap sahaja sebelum keluar ketempat appointment dia.

Pentas niepun dibuat secara gotong royong oleh beberapa orang anggota PLD awal tahun nie dan bukannya ditempah dari kedai. Background nya pula adalah hasil kreativiti beberapa anggota PLD juga tetapi ditempah kat kedailah coz tak ada peralatan cukup untuk menyediakannya sendiri. Actuly sessi nie sebagai pengenalan untuk program PLD Top Talent yang akan diadakan untuk semua kakitangan Human Capital bagi mencungkil bakat terpendam yang ada. Dalam PLD Top Tallent nie bukan sahaja menyanyi tetapi kepada yang berminat boleh menghantar rakaman video lebih kurang 5 minit yang menunjukkan kepakaran/bakat masing-masing, apa-apa jer lah menari ker, menjahit, mengubah bunga, memasak dan seumpamanya. Terpulang kepada kreativiti para peserta menonjolkan bakat terpendam masing-masing. selalu sebut perkataan PLD tu tentu banyak tak faham apa PLD tu, PLD adalah nama unit Syah dibawah seliaan Dr Zainal Abu Zarim iaitu Planning and Leadership Development - PLD dibawah Group Human Capital Management Division.

Abang Tiri Norway's Crown Princess merupakan salah seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai di Norway

Mendiang Trond Bernsten

27.06.2011, Rabu - Tentu anda semua maklum berkenaan serangan bom dan tembakan rambang pada 22.07.2011 yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway, Anders Behring Breivik yang memberikan kejutan bukan sahaja kepada Norway sendiri malahan seluruh dunia yang disifatkan sesuatu yang tidak pernah berlaku dinegara yang aman itu selepas Perang Dunia Kedua. Seramai 76 orang mangsa terlibat dalam insiden ini. Breivik yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan kearah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpiunan politik musim panas anjuran parti pemerintah di Pulau Utoeya.

Beliau dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Sebelum itu beliau dikatakan meletupkan sebutir bom ditengah-tengah Bandar Oslo berhampiran pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Ada yang menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Beliau juga pernah menulis komen anti-Islam di Internet.

Salah seorang mangsa terawal yang terbunuh dalam insiden ini adalah Trond Berntsen yang merupakan abang tiri kepada Norway’s Crown Princess, Princess Mette-Marit. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Istana Norway. Bernsten yang berusia 51 tahun merupakan sorang anggota polis dan sedang bercuti serta menjadi pengawal keselamatan dalam majlis yang diadakan di Pulau Utoya dimana anak lelakinya yang berusia 10 berada di kem berkenaan. Selepas memastikan anak beliau berada dalam keadaan selamat, Bernsten telah menghampiri Breivik setelah mendapat aduan dari pekerja bahawa tingkahlaku suspek yang mencurigakan sebelum beliau ditembak dari jarak dekat.

Sakit Tekak Pagi Nie

Assalammualaikum Semua. Cakkkkkkkkk.............. Inilah breakfast Syah pagi nie roti gandum tulin cicah Milo 3 in I kerana tiba-tiba mengidam nak makan benda tu manakala dalam botol adalah Supplement untuk Lutut, Vic E dan Fish Oil yang Syah letakkan dalam satu botol untuk memudahkan iannya dibawa kesana sini. By d way roti tu taklah habis semua untuk breakfast mungkin satu atau dua ketul jer.

27.07.2011, Rabu - Jika mengikut jadual lima hari lagi kita akan berpuasa mulai Isnin ini. Tak sabar-sabar nak tunggu bulan puasa dan kemudiannya raya. Pagi tadi bangun jer tekak Syah rasa kering dan batuk-batuk sedikit sampai sekarang. Memang betullah agaknya kata orang dalam dua tiga hari nie cuaca panas melampau kerana matahari akan berada dekat dengan bumi dan kita dinasihatkan agar tidak terlalu banyak menjalankan aktiviti luar dan minum air kosong dengan banyak untuk mengelakkan hydration. Minum 100 plus atau lain-lain minuman isotonik pun rasanya ok untuk mengembalikan tenaga. Siap hidung tersumbat lagi dan ada masanya bila berlaku pergerakan testis Syah rasa macam sakit sediki macam dulu tu, minta-minta tak jadi apa-apalah.

Hari nie bangun hampir 05:30hrs, macam biasa urusan rasmi di bilik air kemudiannya solat subuh. Hampir jam 06:45hrs Syah tumpang Muss hingga LRT Wangsa Maju. Muss minta Syah sms Cd infor kalau balik rumah petang nanti call dia dirumah sebab handphone dia rosak terjatuh malam tadi. Handphone Muss jatuh malam tadi dari atas katil ke lantai dan skrinnya tak nampak apa-apa dan bila call keluar message "Tidak Dapat Dihubungi". Katanya hari nie nak hantar service. Syah cadangkan beli baru sahaja tetapi katanya tak perlu.

Ok sekarang jam 08:21hrs dan Syah dah nak mulakan kerja. On the way ke office tadi Syah beli Wholewheat Bun di LRT Kerinchi dan di kedai Bakit Menara TM pula Syah beli Milo 3 in 1 kerana teringin nak makan bun tu cicah milo lak pagi nie. Suppliment lutut dah makan dan lepas buat milo dan makan bun nie Syah nak ambil Vic E + Fish Oil kerana dah beberapa hari tak ambil vitamin tu kerana terlupa dan bila teringat dah jam 12:00hrs. Kata member-member vitamin tu elok makan pagi-pagi jer. Sekarang nie rasa macam nak demam pula dan selalu menahan batuk dan berdehem macam orang semput lak, heheheheh.......... Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry...... Bye..................

Tuesday, July 26, 2011

Makan Malam @ Flaming Steamboat Buffet

26.07.2011, Selasa - Petang tadi Syah belanja Muss dan Cd dinner di Flaming Steamboat di Platinum Walk berhampiran KL Residence kami. Jam 19:15hrs Muss dan CD fetch Syah di Melati LRT Station dan terus ker Flaming. Muss dan Cd memang suka makan steamboat dan Syah belanja mereka makan-makan sebelum puasa nie. Steamboat buffet kat sini memang best dan banyak pilihan dan sesuai untuk mereka yang kuat makan. Hehehehhe.......... Semuanya tiga orang mereka caj RM75.00. Adalah lebih kurang 3 jam kami berada di retoran nie. Lepas bayar kami balik rumah kecuali Cd ke 7E Danau Kota kerana ada kerja sedikit hendak diuruskan dengan stor manager dibawah seliaannya.

P/S - komen dibawah entry ini adalah untuk Entry Sombongnya Dia Dengan Syah, ada orang beri komen dalam Enry kosong Syah sebelum Entry ini dibuat.

Sultan Kedah Kurniakan Watikah Perlantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star Yang Baru

Tuanku Sultan menganugerahkan watikah perlantikan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star yang baru - Gambar dari Bernama.


26.07.2011, Selasa - Hari ini Sultan Negeri Kedah Darulaman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan watikah perlantikan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star yang baru kepada Dato' Mat Noh Ahmad (56 tahun). Majlis diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Tahniah diucapkan kepad Dato' Mat Noh diatas perlantikan ini.

Permohonan Putera Azamuddin Untuk Penjara Bondanya Didengar 15 Ogos 2011

26.02.2011, Selasa - Hari ini Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 15 Ogos ini untuk mendengar permohonan komital Putera Azamuddin Shah Abdul Shah terhadap bondanya YAM Tengku Puteri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berhubung perjanjian jualbeli saham. Keputusan mengenai tarikh ini dibuat oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah dikamarnya dihadapan peguam Putera Azamuddin, Dato' Rajan Navaratnam dan peguam Jabeer Singh yang mewakili Tengku Puteri setelah kedua-dua pihak memfailkan dokumen masing-masing.

Sila click entry Syah dibawah berhubung kes ini :-


Baru minggu lepas Syah membincangkan isu ini pada seorang sahabat dan diapun heran mengapa perkara seperti ini boleh berlaku. Menuru beliau yang merupakan seorang kerabat diraja salah sebuah negeri di Malaysia, sepengatahuan dia Tengku Puteri tidak mempunyai anak mungkin ini adalah anak tiri atau anak angkat Tengku Puteri. Itu Syah tak pasti dan sama-samalah kita ikuti perkembang mengenai isu ini. Apa-apapun Syah berharap agar ianya mendapat jalan penyelesaian antara mereka berdua terutamanya kes ini akan berjalan dibulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan.

Sesi Fisioterapi Dengan Cik TIna

Tina sedang menjalankan sesi fisioterapi terhadap Syah pagi tadi.

27.07.2011, Selasa - Pagi tadi Syah buat fisio dan semenjak minggu lepas ada seorang senior fisio yang kebetulan berada di kelinik nie selama sebulan attend Syah, namanya Siti Deltina atau staff panggil dia Cik Tina. Memang confortable dengan dia nie kerana banyak beri nasihat dan nampak berpengalaman walaupun nampak agak serious sedikit. Dia nasihatkan Syah supaya kuatkan otot kaki sebelah kanan yang nampak kecil, lembik dan hampir bengkok berbanding yang sebelah kiri. Katanya masalah tu menyebabkan lutut Syah lagi sakit kerana otot tu tak cukup kuat untuk memegang lutu Syah, macam tulah tak silap dia kata sebab nak inform sebiji-sebiji apa yang Tina cakap Syah dah lupa. Masalah akan selesai jika otot tu kuat semula. Hari nie Syah buat exercise yang berlainan dari biasa atas tunjuk ajar Tina. Tina suruh Syah beli kneeguard bagi menampung lutut Syah yang sakit tu. Thanx Tina appreciate your kind help.

Komen Pembaca

Ini komen dari sesorang mengenai entry Syah bertajuk Sombongnya Dia Kat Syah :-http://tengkusyah.blogspot.com/2011/07/blog-post_1840.html

"Anonymous said...
Sebagai seorang sahabat, Syah pun perlu hormati privasi dia. Kalau dia segan nak tunjuk kereta atau kawan dia, bukankah itu perasaan dia? Kenapa harus perlekehkan perasaan dia semata2 nak jaga hati kita sendiri? Jangan pentingkan diri sendiri!
July 26, 2011 10:31 AM

Satu sahaja Syah nak beritahu kepada orang yang memberi komen nie. Blog Syah selain memaparkan menganai raja-raja, ianya adalah tempat Syah meluahkan perasaan Syah. Itu adalah apa yang Syah rasakan pada diri sendiri. terpulang kepada anda untuk menilainya. Of course Syah kena jaga hati Syah sendiri. Kalau dia berterus terang dengan Syah mengenai privasi tu Syah tak terasa hatipun coz Syah nie seorang yang bersifat terbuka dan responsif, Syah boleh terima. Bukan dengan perbuatan yang ditunjukkannya semalam. Awak berada ditempat tu ker ? atau awak mendengar cerita dari dia atau awak sendiri adalah orang berkenaan?

Apa yang Syah sampaikan dalam blog itu adalah rasa hati Syah, mungkin orang lain ada pandangan mereka sendiri dan saya hormati pandangan anda. Terima kasih atas teguran dan nasihat anda.

Kesihatan Syah

2.07.2011, Selasa - Pejam Celik Pejam Celik dah hari Selasa dan cepatnya waktu berlalu. Malam tadi Syah tidur jam 23:00hrs dan pagi nie bangun jam 05:00hrs. Lepas mandi dan buang air besar, Syah sediakan herbalife 1, 2, dan 3 yang mana nombor 3 tu Syah bawa ke office. Bangun tadi lutut Syah macam sakit sedikit, perut pun rasa sedikit sakit dan testis kiri Syah terasa sakit ada masa-masanya dalam dua tiga hari nie, minta-minta tak jadi macam dululah tapi rasanya akan hilang sendiri rasa sakit tu. Lately Syah rasa macam cepat mengantuk dan jam 23:00hrs dah nak tidur kalau tak jam 01:00hrs atau 02:00hrs baru nak tidur. Mungkin kat office banyak kerja kot, tak tahulah.

Penglihatan Syah juga kadangkala tak selesa mungkin kena tambah power cermin mata kot. Nantilah Syah cari masa test power mata, masalahnya Syah tak suka pakai cermin mata tu kerana rasa rimas dan tak selesa terutama kat hidung dan belakang telinga. Kalau depan pc atau rasa kabur baru Syah pakai. Ada orang kata tak elok buat macam tu kerana kalau pakai cermin mata kita harusnya terus pakai dan jangan kejap pakai kejap tidak. Tetapi ada juga pendapat kata kalau boleh jangan selalu pakai untuk biasakan mata kita dalam keadaan biasa. Tak taulah mana satu betul. Oklah sekarang jam 06:30hrs Syah hendak bersiap-siap untuk ketempat kerja dan solat Subuh. Doakan Syah sihat yer semua dan Syah sentiasa mendoakan agar anda dan keluarga serta orang tersayang sentiasa dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik. AMIN.

Monday, July 25, 2011

Chik Sham Last Day @ Level 14 Menara TM

Chik Sham @ Shamsinar ............... Kalau kita dengar dia bercakap tak macam Indonesian pun. Mula-mula jumpa dia dulu ingatkan dia orang tempatan.

25.07.2011, Isnin - Ingatkan Entry Syah mengenai Syah gaduh mulut dengan Mak Cik Cleaner Indonisa pasal dia nak keluar/masuk office dan hendak sendal (biarkan pintu terbuka) exit door menggunakan ID Syah. Semenjak perang mulut tu Syah tak bertegur sapa dengan dia walhal dulu memang baik Syah dengan dia selalu tegur dia tiap-tiap pagi. Dua minggu lepas tak nampak dia dan tanya cleaner ganti tu mereka inform Mak Cik tu masuk hospital dan hendak balik Indonesia bersama suaminya pada 25.07.2011 nie. Tengahari tadi nampak pula dia dan heran juga Syah kata nak balik Indonesia. Tiba-tiba dia jumpa Syah dan dah orang datang terus Syah tanya Mak Cik masuk hospital kenapa.

Dia inform Syah, doktor kata ada cecair dalam usus dia dan jika dibiarkan lama akan menjadi kanser. Doktor sudah keluarkan cecair tu dan doktor tak bagi dia balik tetapi dia dah lama buat perancangan balik ke Padang bersama suaminya. Lagipun kesemua anak-anaknya berada di Padang, Indonesia. Doktor sertakan report untuk buat followup di Padang. Dia kata dah 3 tahun dia bekerja di floor Syah dan minta maaf jika ada sebarang kesilapan dan terus Syah jawab sayapun minta maaf pasal kes hari tu dan dia mengganguk. Syah tanya balik sini semula ker dia kata bergantung kepada kesihatannya. Lepas tu Syah hulurkan RM20.00 dan Syah kata ambillah Cik buat beli apa-apa dalam perjalanan dan dia ucapkan terima kasih.

Sebelum beredar dia minta Syah sampaikan salam pada Abang Man kerana Abang Man cuti hari ini. Mak Cik kata dia dan suami akan balik Indonesia pada 31.07.2011 nie nanti. Syah memang panggil dia Mak Cik tetapi Syah tanya nama sebenar dia dan katanya Shamsinar atau orang panggil Chik Sham jer. Dapat juga kami bermaaf-maafan akhirnya, Macam sebak sedikit rasa hati, bak kata orang benda yang dah lepas tu lupakanlah lagipun dah nak dekat bulan Rmaadhan nie. Syah doakan agar Mak Cik Sham cepat sembuh dari sebarang penyakit serta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN.

Prince William & Kate Wedding Souvenirs

Tunku Shahrul Anuar ibni Tunku Ahmad Basri @ Tunku Shah- Thanx Bro, Really Appreacite it.

25.07.2011, Isnin - Shukur Alhamdullilah dapat juga Syah Wedding Souvenir sempena perkahwinan HRH Prince William, Duke of Cambridge dan isterinya Duchess of Cambridge pada 29.04.2011 lepas. Sebenarnya Syah minta tolong member Syah iaitu Tunku Shah untuk membelinya melalui kekanda beliau yang sedang belajar sambil bekerja di London. Dulu pernah minta kawan Syah yang berada di London, Tengku Zherie untuk membelikannya tetapi hampeh, menipu Syah adalah lagi. Janji nak bayar duit Syah sampai sekarang senyap. Bukannya banyakpun sedikit sahaja tetapi buat-buat lupa kot? Call pun tak berjawap.

Gembira sangat semalam bila Shah sms Syah hari Sabtu lepas tanya bila nak ambil barang? Dalam perjalanan jumpa Shah asik teringatkan wedding souvenir nie. Bila jumpa Shah dan dia serahkan plate nie terus Syah buka. Ya Allah cantiknya ................... dan bertambahlah lagi koleksi diraja Syah. Shukur Alhamdulillah kerana Allah makbulkan juga doa Syah untuk memilikinya. By the way terima kasih yang tak terhingga kepada Shah kerana uruskan pembelian ini. Jasamu Dikenang.

Pinggan cenderahati sempena Perkahwinan Diraja dilihat dari dekat.

Aktiviti Petang Semalam

25.07.2011, Isnin - Assalammualaikum kepada para pembaca setia tengkusyah.blogspot.com dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Semalam Syah balik rumah hampir jam 21:00hrs dan tak sempat hendak update blog kerana keletihan. Pagi nie Syah pergi kerja jalan kaki ke LRT Station Melati kerana keluar lewat sedikit. Kat rumah masih ada Cd dan Syah tanya tak kerja ker dan dia jawap ada seminar di Dataran Maybank, Bangsar. Syah tanya jam berapa, 10:00hrs katanya dan 1st day dia nak sampai cepat approx jam 09:00hrs. Cd tanya Syah kalau dia keluar rumah jam 08:00hrs LRT masih sesak lagi dan sempatak dia sampai sebelum jam 09:00hrs di Bangsar. Syah maklumkan tak ramai sangat orang waktu tu dan sempat sampai.

Semalam hampir jam 13:00hrs Syah keluar rumah kerana ada appointment dengan member Syah iaitu Tunku Shah yang hendak bawa souvenir plate sempena perkahwinan Duke of Cambridge pada 29.04.2011 lepas. Janji jam 14:00hrs di Sogo dan Muss hantar Syah ke LRT Wangsa Maju kerana dia dan Cd hendak keluar sekejap. Masa tunggu LRT baru Syah perasan handphone tak ada dan tertinggal kat rumah. Masak macam nie.............. macam mana nak call Shah nanti dan terpaksalah Syah balik semula ke KL Residence naik teksi dari Wangsa Maju. On the way tu nego dengan Pak Cik teksi supaya tunggu Syah sekejap sebab nak ambil handphone kemudian hantar Syah ke LRT Melati. Untung Pak Cik tu hendak, ialah ada setengah teksi tak mahu takut kena tipu dengan pelanggan kata nak ambil barang tapi tungu punya tunggu pelanggan lesap entah kemana.

Sampai jer Masjid Jamek Syah text Shah inform on the way. Sampai Sogo Shah dah tunggu Syah di Saji Food Court di Aras 6 tak silap Syah. Lepas tu Shah beli lunch Kuey Teow Goreng untuk lunch dia manakala Syah minum Cincau Soyabean dan tak makan sebab dah ambil Herbalife pagi tu. Adalah 4 jam kami berborak dan kemudiannya kekedai buku Jalan TAR sebab Shah nak cari buku mengenai SPSS untuk dia sediakan analisa kajiannya. Dari kedai buku Shah ke A&W dan Shah sempat inform Syah yang dia memang kuat makan tetapi still maintain kurus. Syah minum jer A&W Rootbear + Ice Cream. Selepas tu kami bergerak ke LRT Station Masjid Jamek untuk balik kerumah masing-masin menaiki LRT, Syah guna LRT Putra manakala Shah LRT Star untuk ke Permaisuri.

Disebabkan seharian tak makan Syah singgah KLCC untuk dinner macam biasa di Rasa Foodcourt. Menu semalam Laksa, sebelum makan ambil suppliment untuk lutut. Masa makan Muss pula call dan inform dia nak gi makan dan tanya nak join tak. Syah cakap nape tak inform awal. Lepas makan Syah ke Kinokuniya sekejap baru balik KL Residence dan sampai rumah lebih kurang jam 21:00hrs. Letih betul dan seharian tak solat dan kena Qada semula. Lapar sedikit dan Syah goreng 3 ketul nuget, 4 biji karipap dan makan sambil on FB sekejap dan kemudiannya tidur kerana letih sangat.

Sunday, July 24, 2011

Bercukur dan Souvenir Plate Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge

24.07.2011, Ahad - Pagi tadi Syah basuh baju dan jemur diluar, lepas jemur hari mendung ingatkan hendak hujan tetapi panas semula. Shukur Alhamdulillah............. Jam 11:45 hrs tadi Syah ke kedai mamak gunting rambut (actually tokenya Cina) untuk bercukur kerana dah seminggu tak bercukur dan kat rumah tadi tak ada blade. Kalau ada Syah buat sendiri jer. Sekejap lagi nak keluar ker Sogo kerana ada lunch date dengan Tunku Shah dan dia hendak bagi Syah souvenir plate perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge pada 29.04.2011 lepas. Kakak dia yang belikan dari London kerana Syah kirim minta dia belikan. Tak sabar nak tengok sendiri dari dekat plate tu. Eeeeeeeeee exsitednya ................. harap-harap macam yang diharapkan lah. Nanti Syah share dengan anda semua dalam next entry yer. Tungggu tau................

Saturday, July 23, 2011

Majlis Resepsi Fatin Fasihah Mazelan dan Hazriansyah Kamalsha

23.07.2011, Sabtu - Har nie Syah, Muss dan Cd menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kawan Muss iaitu Mazelan Hj Mahmud yang diadakan di No.1 Jalan Pandan 11, Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Mazelan nie berumur 56 tahun dan ini adalah anak ketiga beliau dan merupakan majlis perkahwinan yang pertama dalam keluarga dia kerana yang sulung dan tengah tu lelaki dan masih bujang. Muss sempat mengabdikan kenangan bersama Mazelan dan isterinya Khalidah Embung. Tema majlis hari ini adalah purple dan semua nya purple dari keluarga pengantin, pelamin, meja makan pengantin dan khemah serta souvenir semuanya bewarna purple. Memang canti warna purple dan menjadi pilihan sekarang nie. Dalam majlis nie juga disediakan Guest Book kepada kawan-kawan atau saudara mara untuk menyampaikan ucapan selamat penganti baru kepada kedua mempelai.
Beginilah keadaan khemah yang panjang dipasang sepanjang jalan untuk memastikan keselesan para tetamu yang hadir untuk mengelakkan kesesakan, walau bagaimanapun memang ramai yang hadir dan ada juga yang terpaksa menunggu. Majlis nie dibuat dirumah dan terpaksalah buat khemah tu depan rumah jiran dan inilah specialnya Malaysian yang berbagai kaum bekerjasama membenarkan khemah dipasang dihadapan rumah mereka. Inilah Semangat 1 Malaysia dan sebab tulah kita dengan jiran-jiran kena berbaik hati antara satu sama lain dan bila ada perkara-perkara seperti ini senang dibawa berbincang. Masa Syah ambil gambar dan balik semula ke meja dah ada orang duduk kerusi Syah mungkin Muss atau Cd bagi kot sebab mereka sekeluarga dan ramai. Lagipun Syah dah habis makan pun cuma cendol jer belum habis lagi.
Memang unik majlis hari ini, para hadirin dihiburkan dengan persembahan Ghazal secara life dari Kumpulan Warisan Seni Johor tak silap Syah. Kompang yang mengiringi mempelai lelakipun agak berbeza sedikit kerana disertakan dengan alat muzik jawa, satu kelainan yang Syah tak pernah lihat sebelum ini. Mungkin ditempat lain sudah ada terutamanya di Johor tetapi ini adalah kali pertama Syah menyaksikannya, satu kelainan yang boleh diterima. Menu majlis memang menyelerakan, ada nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, masak nenas, dalca, buah limau dan kek serta pulut kuning. Manakala di sudut yang lain pula disediakan cendol mamak siap dengan mamak dan gerainya sekali. manakala diatas meja ada kerepek-kerepek, kuih tradisional Melayu dan acar buah. Banyak makan Syah hari nie, tambah nasi lagi. Hehehehhe.....................

Tak ramai buat majlis bersanding kat luar dan silat sekarang nie di Kuala Lumpur tetapi di kampung-kampung tu biasalah ada lagi yang mengamalkannya. Pengantin diarak dengan pukulan kompang dan bunga pahar, cantik gubahan bunga telurnya Syah lihat berbentuk tradisional dimana sarung telur tu bewarna emas berbentuk seperti nenas kot sebab berduri-duri. Sebelum pengantin lelaki masuk bersanding, sepasang kerusi diletakkan dihadapan rumah dimana mempelai lelaki akan menunggu pasangannya datang. Pengantin perempuan datang dengan mukannya ditutup dengan kipas sebelum dilihat oleh suami tercinta. Teringat perkahwinan masa dulu-dulu, beginilah caranya.

Selepas tu mereka bersanding diluar rumah untuk tatapan para hadirin kerana majlis persandingan diadakan dalam rumah dan biasanya tak semua dapat menyaksikannya, kaum perempuan jer yang biasanya masuk rumah. Inilah salah satu cara untuk para hadirin menyaksikan pengantin dari dekat pada masa dahulu. Lepas tu diadakan pertunjukan silat oleh dua orang individu dari sebelah pengantin lelaki dihadapan pengantin. Kalau zaman dahulu pengantin lelaki diarak dengan menyompong mereka iaitu pengantin didukung diatas bahu dan berarak ke rumah penganti perempuan. Ini jer mereka tak buat mungkin kat Johor tak ada kot cara nie. Selepas habis bersilat pengantin diarak masuk kedalam rumah untuk bersanding.

Haa................. dah namapun orang Johor kan mesti ada tol. Tol tu macam kita nak masuk highway kenalah bayarkan. Samalah konsepnya tu, pengantin lelaki nak masuk rumah kena bayar tol. Saja suka-suka bagi memeriahkan majlis. Bila pengantin nak masuk jer depan pintu pagar ada sebaris wanita menghalang dan minta tol. Wakil pihak lelaki berbincang dan wanita-wanita berkenaan sambil buat lawak dan serahkan sarung ampau kepada mereka. Nak masuk jer pintu rumah sebaris wanita lagi menghalang pintu dan minta bayar tol lagi. Wakil lelaki buat lawak kata tak ada duit, tapi tak ada tol tak boleh masuk dan bagi lagi tol pada semua anak-anak dan mak-mak dara tu. Nak melangkah naik pelamin pun kena tol lagi. Alamak .......... ada seorang wanita duduk sebelah pengantin perempuan dan minta tol kalau pengantin lelaki nak duduk. Lepas bagi tol wanita tu sempat beri nasihat "Jaga dia baik-baik sampai akhir hayat".

Selepas tu diadakan pula bacaan doa selamat sebagai tanda kesyukuran. Para jemputan sebelah lelaki diminta masuk kerumah dan ada sebahagiannya duduk dimeja VIP yang disediakan berhampiran meja makan utama pengantin. Syah sempat merakamkan kedua mempelai diatas pelamin sebelum Muss ajak Syah balik. Syah tak tunggupun majlis merenjis dan makan nasi adap-adap serta upacara memotong kek. Ada Syah tengok kek tu atas meja tapi tak dapat tengok bentuknya kerana dalam kotak, kek setingkat.

Hiasan meja pengantinpun cantik bewarna purple dan ada sangkar burung lagi atas meja manakala jamuan untuk rombongan pihak lelaki menggunakan dome. Selepas tu kami salam bapa pengantin sebelum meninggalkan majlis. Sebelum balik Mazelan bagi lagi sebungkus nasi minyak pada Muss, dua semuanya. Dulu kalau dikampung Syah, Orang Jawa biaanya bila para jemputan balik kenduri kahwin mereka, ada orang akan bagi bungkusan nasi untuk dibawa balik atau ada menyebutnya nasi berkat atau macam nasi ambangpun ada.

Skroll yang anda lihat dalam gambar diatas adalah kad jemputan kahwin anak Mazelan iaitu Fatin Fasihah binti Mazelan dan Hazriansyah bin Kamalsha. Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan esok bersamaan hari Ahad di Masjid UNITEN, KM 7, Jalan Kajang - Puchong. Zaman dahulu macam nielah majlis dibuat selang sehari tetapi sekarang biasanya orang buat selang seminggu kononnya hendak relax dan tak tergesa-gesa tetapi pengantin kira dah basi, tak fresh lagi.............. hehehehe. Barang-barang yang lain tu souvenir untuk hadirin dalam kotak khas mengandungi kerepek, bahulu dan telur, cantik bekas telurnya dan boleh simpan buat hiasan. Oklah .......... tu jer nak inform pasal majlis perkahwinan nie, memang meriah dan mengembalikan nastolgia perkahwinan zaman dahulu dan rasa puas tengok majlis yang macam nie. Susah nak cari di KL sekarang majlis macam seperti ini.

Beauty Equation - Sesi "Meet Nigel Barker in Person" di Kinokuniya KLCC

Nigel Barker - Peminatnya bukan sahaja dikalangan orang dewasa samada lelaki atau perempuan tetapi juga terdiri daripada kanak-kanak. Kanak-kanak perempuan ini sedang menunggu Nigel menandatangani buku tersebut.

23.07.2011, Sabtu - Selepas balik dari Kenduri kahwin anak Mazlan, Muss dan Cd hendak ke Rumah Kak Ngah Faziah di Taman Melor Ampang. Syah pula minta mereka hantar Syah ke Rumah Kak Lang Ella di Taman Seri Bayu, Ampang Campuran. Rumah Kak Ngah Faziah dan Kak Lang Ella dekat jer cuma taman yang berlainan. On the way call Kak Lang tak dapat dan cuba nombor lain baru dapat. Dia kata on the way ke Sungai Apong hendak beli kerepek untuk dijual pada hari raya nanti. Dia dan keluarga balik kampung rupanya. Syah hendak pergi rumah Kak Lang untuk hantarkan Ferrero R0cher yang dia hendak hari tu.

Muss hantar Syah ke LRT Chempaka sebab nak balik KL Residence dan sempat minta Cd tolong hantarkan coklat Ferrero Rocher dan souvenir orang kahwin tu ke rumah Kak Lang dan letakkan tepi pagar dia esok sebab Cd dan Muss hendak tidur rumah Kak Ngah. Dari Ampang Syah naik LRT Putra ke Masjid Jamek dan tiba jer Masjid Jamek hari hujan lebat gila. Jadi Syah tak jadi ke Jalan TAR dan terus naik LRT Putra ke KLCC. Jalan-jalan dan singgah kedai buku di concourse area dan baca majalah sekejap dan kemudiannya ke my favourate books store tak lain tak bukan Kinokuniya. Sampai jer Kinokuniya nampak orang ramai berkumpul disatu sudut dan flesh kamera merata-rata tempat. Ada perjumpan dengan penulis buku.

Rupa-rupanya ada sesi "Meet Nigel Barker in Person" sempena pelancaran bukunya "Beauty Equation". Nigel merupakan seorang jurugambar fesyen yang terkenal dan juga merupakan salah seorang juri 'America's Next Top Model'. Para pelanggan dikehendaki membeli dan mambayar buku berkenaan terlebih dahulu sebelum beratur untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersama-sama Nigel. Memang ramai dan penuh sesak dengan para peminat beliau dan Syah sempat melihat-lihat dan menyelak buku yang memperkatakan mengenai wajah dan kecantikan ini. Tiba-tiba Syah rasa terharu apabila terpandang penghargaan yang ditulis oleh Nigel yang mana katanya :-

"My life, as well as this book, is dedicated to my beautiful wife, Crissy and our wounders children, Jack and Jasmine. Through my wife I found inner peace and through my children i discovered the future".

Jika anda berminat memiliki buku ini sudi-sudikanlah ke Kinokuniya di KLCC. Syah lupa nak semak harganya semalam sebab tak ada niat nak beli cuma melihat-lihat kandungannya sahaja tetapi kalau ada kaitan dengan raja-raja mesti Syah tak lepaskan peluang untuk memilikinya.

Hantar Hamster Buka Jahitan


Hamster kucing Persian Mix kami nie kena puji dengan doktor kerana berkelakuan baik tetapi kalau kat rumah lari sana lari sini dan Muss geram jer tengok dia....Hehehehhehe...........

23.07.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah bertolak dari Rawang Residence jam 08:00hrs dan Syah naik Komuter ke KL Sentral kerana nak kejar masa coz Muss kata jam 11:00hrs hendak hantar Hamster ke kelinik dan buka jahitan sunat Hamster dan kemudiannya ke kenduri kahwin anak kawan Muss di Pandan Indah. Syah sampai LRT Taman Melati hampir jam 11:00hrs dan Muss serta Cd dah tunggu dalam kereta depan stesyen. Dari LRT Melati kami menuju ke Taman Malawati dan dalam kereta Hamster asik berbunyi jer mungkin dia takut naik kereta.

Hamster hari tu Muss bawa dia sunat di Melawati Urban Vaterinary Clinic. Doktor tak ambil masa lama untuk buka jahitannya dan doktor tu puji Hamster kerana dia jenis yang ikut kata dan tak meronta. Diam jer dia masa doktor buat kerja. Syah ingat hendak cucuk vitamin kat Hamster tetapi doktor kata tak perlu kerana Syah belikan dia makanan kucing Royal Canin for Hair and Skin -Skin and Coat Care sudah mencukupi.

Berat badan Hamster adalah 4.5 kg dan ianya perlu makanan tu sebanyak 60gm sehari sahaja dan tak perlu bagi lebih nanti dia obes. Syah belikan dia 2kg dengan harga RM75.00 dan tahanlah lebih kurang sebulan. Dari Taman Melawati kami bergerak balik ke KL Residence semula dan hendak bersiap-siap untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak kawan Muss tetapi sebelum tu kena hantar Cd ke 7E AU3 Keramat kerana Big Boss dia hendak jumpa distor tu.

Selamat Pagi

23.07.2011, Sabtu - Selamat Pagi Sabtu dan Salam 1 Malaysia. Apa khabar semua dan Syah harap anda semua berada dalam keadaan yang memuaskan bersama keluarga atau orang yang tersayang. Sekarang nie jam 07:19hrs dan sebentar lagi Syah nak balik ke KL Residence. Hari nie bertolak awal kerana nak join Muss pergi kenduri kahwin kawan dia jam 11:00hrs. Muss inform Syah pagi nie dia nak bawa Hamster buka jahitan sunatnya dikelinik dan lepas tu mandikan dia. Ok semua hingga berjumpa lagi dilain entry dan Syah nak bersiap-siap nie. Byeeeeeeeeeeeeeee

Friday, July 22, 2011

Macam-macam Hal lagi Dalam Komuter

22.07.2011, Jumaat - Hari nie Syah balik Rawang naik Komuter. Habis bertugas jam 17:00hrs dan Syah terus keluar menuju LRT Kerinci untuk ke KL Sentral naik Komuter balik Rawang. Hari nie macam-macam hal dalam komuter dan berhimpit macam biasa tetapi hari nie banyak hal plak berlaku dalam LRT. Macam biasa Coach penuh dan penumpang hendak naik juga dan adalah mulut-mulut jahat yang keluarkan berbagai-bagai bunyi yang menyakitkan hati. Ada yang menjeri jangan masuk, jangan masuk dan didalam pula ada yang jadi sukarela aturkan posisi kita macam tu dan macam nie dalam train tu. lawakkan?

Bila berhimpit ada sekumpulan remaja lelaki India yang "lembut" cakap Jangan Tolak Ada Perempuan Mengandung di Sini untuk mengelakan dari dihimpit. Naik ketawa Syah tengok aksi mereka dan bolelah menghiburkan dalam keadaan tenat gitu. Yang paling lawak gila ada seorang Pakcik nie dia nak keluar next station tetapi belum lagi sampai dia dah junjung begnya yang besar tu supaya senang nak keluar. Tu diaaaaaaaaaaa ......... gambar diatas tu dan nampak tak beg hitam tu. Adoiiii tahan plak tangan dia junjung beg tu adalah 10 minit agaknya.

Lepas tu ada seorang remaja Melayu nak keluar tapi berdirii je lalu seorang perempuan cina tanya you nak keluar ker dan dia kata yer. Perempuan cina tu inform kalau nak keluar cakap excuse me baru orang bagi jalan. Baru remaja tu bergerak dan tiba-tiba dia stuck ditengah orang ramai dan tiba-tiba mengamuk dan menjerit "bagi orang lalulah, bagi oprang lalulah" dengan intonasi yang kuat dan marah. Dua stesyen sebelum sampai Rawang Syah dapat duduk.

Begitulah keadaan dalam komuter hari nie yang Syah dapat kongsi dengan anda semua. Mana yang baik tu jadikan tauladan dan mana yang buruk tu jadikan sempadan jer lah yer, janganlah diikut, no..no...no... Dah namapun naik public transport kenalah faham dan kalau nak selesa naiklah teksi ............. itupun kalau mampu dari KL ke Rawang tiap-tiap hari.......boleh.

Tengku Razaleigh Hamzah lancarkan AMANAH

Tengku Razaleigh menerima permohonan ahli AMANAH daripada wakil negeri Perak, Dyana Sofya Mohd Daud di majlis pelancaran AMANAH hari ini.

22.07.2011, Jumaat - Hari ini Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan Datuk Saudara kepada Al-Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad ke-V telah melancarkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah Merdeka atau singkatannya AMANAH. AMANAH ditubuhkan dengan misi untuk menangani rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan. Majlis pelancaran diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim.

AMANAH diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden, manakala anggota utama jawatankuasa sementara AMANAH terdiri daripada Enam Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Abdul Kadir, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis dan Datuk Seri Daniel Tajem. Manakala tujuh Naib Presiden terdiri daripada Datuk Mohd Azmi Razak, Tan Sri Simon Sipuan, Ragunath Kesavan, Mohd Lukhman Ghani, Ong Hock Siew, Dr. Patau Rubis dan Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Tengku Razaleigh, permohonan pendaftaran AMANAH sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan. Keahlian biasa dikenakan yuran sebanyak RM10.00 untuk tempoh setahun dan RM100.00 untuk seumur hidup. Kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas anda adalah layak untuk mendaftar sebagai ahli AMANAH.

Setem Istana-Istana DiRaja

Inilah Dengan Bangganya Syah Memegang Buku Koleksi Setem Istana-Istana DiRaja yang Syah beli petang tadi selepas solat Jumaat.

22.07.2011, Jumaat - Ingat tak entry Syah berhubung Setem Istana DiRaja : http://tengkusyah.blogspot.com/2011/07/setem-istana-diraja.html. Hari ini kebetulan Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan selepas solat tadi Syah singah di Galeri Setem Pos Malaysia di Bangunan Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. Sempat Syah melihat koleksi Setem Istana-Istana DiRaja atau Royal Palaces. Macam biasa sampul surat hari pertama sudah tidak boleh dijual lagi dan pada Isnin lepas Syah MC tu yang tak dapat beli tu. Yang ada folder, Setem dan Buku Koleksi Setem. Fikir punya fikir akhirnya Syah ambil keputusan beli jer buku koleksi setem tu kerana didalamnya ada 20 setem (2 setem setiap Istana) dan penerangan ringkas mengenai istana-istana berkenaan dalam dwi bahasa dengan kadar harga RM25.00.

Masa dikaunter ada seorang pengumpul setem berbangsa cina nak beli buku yang sama dan dia belek-belek semua buku dan jika ada kotor walaupun sedikit dia minta tengok yang baru sampai kerani kaunter perempuan tu macam naik angin dan sound pelanggan tu, satu perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh pekerja Pos Malaysia tu. Syah tanya pengumpul setem ker dan dia kata ya dan dia nak yang terbaik untuk koleksinya sebab tu dia hendak stock yang elok sahaja. Tapi Syah bukan collector dan ambil jer buku tu asalkan iannya tidak koyak atau rosak. Sebagai collector Syah faham perasaan dia.

Setem-Setem nie mempamirkan 10 buah Istana Rasmi Sultan setiap negeri di Malaysia diantaranya, Istana Negara, Kuala Lumpur: Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus ; Istana Alam Shah, SelangorDarul Ehsan ; Istana Arau, Perlis Indera Kayangan ; Istana Maziah, Terengganu Darul Iman ; Istana Anak Bukit, Kedah Darul Aman ; Istana Balai Besar, Kelantan Darul Naim ; Istana Abu Bakar, Pahang Darul Makmur ; Istana Besar, Johor Darul Takzim dan Istana Iskandariah, Perak Darul Ridzuan.

Kepada anda yang masih belum memperolehinya dan ingin memilikinya sudi-sudikan ke pejabat pos dan buat pertanyaan mengenai setem-setem ini samada sebagai koleksi peribadi atau digunakan untuk menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya, Ia ia lah........... puasa dah nak dekat nie donk...............

Pagi Jumaat dan Aktiviti Malam Jumaat

Dinner Malam Tadi @ Rawang Residence


22.07.2011,Jumaat - Salam Jumaat kepada semua, Apa khabar hari nie semuga anda dan keluarga serta orang tersayang dalam keadaan yang mengembirakan. Semalam Syah balik ke Rawang Residence. Macam biasa Syah naik Komuter dan sampai selepas Maghrib. Dalam trai Arip sms inform ibu Che Wan (kawan kami) meninggal dunia. Masa sampai di Rawang Residence sudah waktu Maghrib dan nampak Bak sedang buang sampah dan Syah sempat tegur dia. Selepas solat Syah ke Pasar Malam dan tak nampak kereta Azrin, mungkin dia ambil Arip atau ziarah kerumah Allahyarhamah ibu Che Wan sebab mereka berjiran dulu masa duduk di Selayang.

Selepas solat Insyak, Syah sms ucap takziah pada Che Wan dan Che Wan balas sms Syah dan ucapkan terima kasih. Malam tadi Syah terpaksa tidur di master bedroom dan bawa netbook Syah ke tingkat atas dalam bilik tu kerana kad Astro Syah tertinggal dalam bilik Syah di KL Residence. Dalam bilik ada TV tetapi dan terpaksalah tengok channel yang manual tu. Nak buat macam mana dah terlupa nak ambil. Earphone Syah pun tertinggal dan sunyi rasanya dalam komuter. Sabtu nie baru balik KL semula. Syah makanpun dalam bilik tidur malam tadi. Syah makan buah tembikai dan laksa yang dibeli kat pasar malam. Syah beli juga kuaci putih RM10.00 untuk bawa ke KL Residence kerana Muss dan Cd memang suka makan benda tu, Syah pun sama.

Pagi nie Syah terbangun jam 05:00hrs dan terus mandi dan sediakan Herbalife untuk breakfast. Syah hanya minum Aloe sahaja manakala teh dan Formula 1 Syah tawpaw bawa office. Siap letak dalam botol lagi. Pagi-pagi lagi Syah dah blend formula 1 tu. Minum Aloe jer, tak minum teh takut banyak sangat minum dan terkencing-kencing dalam perjalanan nanti. Kalau naik LRT boleh lah berhenti di mana-mana stesyen tapi kalau naik komuter boleh gak berhenti alamat ketingalan train lah jawapnya sebab kekerapan komuter dan LRt bagai langit dengan bumi bezanya. Siapa naik public transport taulah kan apa maksud Syah tu.

Ok jap lagi nak keluar rumah tunggu bas jam 07:00hrs dan lewat sedikit gerak hari nie. Sehingga berjumpa lagi dilain entry Syah doakan agar anda semua dan keluarga juga diri Syah dan keluarga sentiasa dilindungi Allah S.W.T, di berikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Tuanku Azlan Rasmikan Kelinik Kesihatan Buntong

Tuanku Azlan sempat beramah mesra dengan kakitangan-kakitangan Kelinik Kesihatan Buntong - Gambar dari Bernama

21.07.2011, Khamis - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenaan mencemar duli merasmikan Kelinik Kesihatan Buntung di Buntung, Ipoh, Perak. Banguna Kelinik ini dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada 13.07.2009 dengan kos bernilai RM27.6 juta. Perasmian ini adalah sempena sambutan ulangtahun Keputeraan Sultan Perak ke-83.

Turut serta adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Selepas majlis perasmian, Tuanku Azlan telah dibawa melawat pameran yang diadakan serta melihat Model Bangunan Kelinik Kesihatan berkenaan yang besar dan luas ini.

Raja Azmi Bagaikan Sudah Jatuh DiTimpa Tangga

Raja Azmi dan Roslin kelihatan sedih di pejabat JAWI semalam apabila keputusan berhubung kes khalwat mereka ditangguhkan sekali lagi ke tarikh 22.08.2011 - Gambar dari Harian Metro

21.07.2011, Khamis - Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa penerbit filem kontrovesi dan isteri kepada bekas pemain badminton negara Jailani Sidek, Raja Azmi Raja Sulaiman apabila keputusan kes khalwat diantara beliau dan pemain badminton negara Muhammad Roslin Hashim ditangguhkan lagi. Pada 14.07.2011 lepas Raja Azmi telah ditangkap dihadapan rumahnya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang kerana beliau gagal menghadirkan diri walaupun waran tangkap telah dikeluarkan untuk kes perbicaraan saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam kenyataanya semalam beliau berasa amat terkilan kerana keputusan berkenaan terpaksa ditangguhkan lagi dan berasa seperti ada yang tidak kena dengan siasatan kes ini. Menuru beliau lagi, jika beliau benar-benar didapati bersalah segerakan keputusan tersebut kerana beliau tidak sanggup lagi dimalukan dan difitnah lebih lama lagi dan merayu agar pihak Jabata Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI membuat keputusan bagi kes beliau.

Pihak JAWI memaklumkan kes itu ditunda pada 22 Ogos 2011 kerana pegawai wanita yang mengendalikan kes itu menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra. Menurut Raja Azmi lagi, alasan yang diberikan adalah mereka mahu menyiasat lagi untuk mengelakkan orang yang teranaya menjadi mangsa.

Pada 07.08.2010 bekas isteri Roslin, Norhayati Othman dan ahli keluarganya menyerbu bilik 533 Hotel Corus Jalan Ampang dan menemui Roslin dan Raja Azmi berdua-duaan dalam bilik. Pada 19.04.2011 Raja Azmi berhasrat menyaman Norhayati yang didakwa telah membuat dakwaan khalwat keatasnya sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarganya tahun lalu. 19.05.2011 kedua-dua mereka berasa kecewa kerana sesi soal siasat berhubung dakwaan terhadap mereka ditangguhkan. 19.06.2011 keputusan kes khalwat ditangguhkan lagi. 15.07.2011 Raja Azmi ditangkap kerana gagal hadir kemahkamah sebagai saksi dalam satu kes saman sivil. 20.07.2011 kes khalwat ditangguh lagi sehingga 22.08.2011.

Perjalan ke Office dan Masalah Ponteng Sekolah

21.07.2011, Khamis - Malam tadi jam 23:30hrs Syah dah terlelap kerana mengantuk sangat means tidur awallah semalam. Subuh tadi terjaga jam 05:30hrs terus Syah buat herbalife dan minum sebelum keluar rumah. No.1 Aloe dan No. 2 Tea Syah minum kat rumah manakala N0. 3 Formula 1 tu Syah sediakan dirumah dan bawa ke office sebab nak minum masa lunch nanti. Syah tumpang Muss dan Cd sampai LRT Wangsa Maju. Syah sampai LRT Kerinchi jam 07:50hrs dan ke toilet sekejap untuk buang air kecil dan betulkan baju.

Dlam toilet nampak dua orang budak sekaolah rendah sedang betulkan baju masing-masing dan semasa diluar stesyen Syah nampak dia menuju ke kedai mamak dan Syah tanya "sekolah mana nie" dan mereka jawap "Bangsar". Heran juga Syah mengapa waktu begini ada di LRT Kerinchi. Syah tanya tak sekolah ker dan dia jawab selamba sambil merenung antara satu sama lain "kita nak makan dulu". Sure ponteng budak-budak nie, anggaran darjah 5 atau 6 kot? Masalah seperti nie berlaku dimana-mana sahaja tak kira kampung atau bandar. Rasanya pihak sekolah dan ibu bapa harus memantau anak-anak mereka dan jangan bagi alasan sibuk bekerja atau tak ada masa atau sekolah bagi alasan tak terima laporan.

Syah lihat di LRT Kerinchi niea banyak juga budak-budak sekolah melepak. Anak-anak nielah harapan bangsa dan negara satu hari nanti menggantikan kita semua sebagai pemimpin. Kena disiplinkan mereka nie dari kecil lagi supaya bila dewasa nanti menjadi seorang warga negara Malaysia yang berjaya mempertahankan maruah bangsa dan negara. Anak-anak nielah pemimpin Malaysia dimasa akan datang. Kepada ibu bapa ambil tahulah hal anak-anak jangan tahu beranak jer (maaf kalau terkasar bahasa) dan kepada pihak sekolah cubalah atasi masalah ponteng nie dan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat bagi menangani masalah ini seperti dengan pihak berkuasa tempatan, komplek perniagaan atau stesyen-stesyen LRT dan seumpamanya.