Monday, December 31, 2012

Tuanku Hajah Haminah Beri Sumbangan Bantuan Persekolahan

31.12.2012, Isnin - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 360 orang anak yatim dari daerah Kuala Muda, Sik, Baling dan Kota Setar.  Dalam majlis yang diadakan di Istana Seri Pelangi, Alor Setar ini, Tuanku Hajah Haminah juga telah berkenaan memberi sumbangan khas kepada anak-anak yatim yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012.  Bantuan ini bagi meringankan beban keluarga anak-anak yatim berkenaan dalam menyediakan persiapan persekolahan mereka yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Sumber :- Bernama

Sunday, December 30, 2012

Nurlin Mohd Salleh Mirip Wajah Nendanya Tuanku Bainun

30.12.2012, Ahad - Inilah dia Yang Mulia Nurlin binti Dato' Seri Mohd Salleh iaitu cucunda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun. Cantik kan? mewarisi kecantikan dan keayuan Nendanya, Tuanku Bainun. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Mulia Syed Haizam Jamalullail yang merupakan cucunda Almarhum Sultan Selangor dan Almarhum Raja Perlis.  Lulusan daripada University of Cambridge ini  berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Perunding Pengurusan di Boston Consulting Group di Kuala Lumpur. Nurlin meminati sukan berkuda dan telah mula berjinak-jinak dengan kuda seawal usia enam tahun dan bergiat secara kompetitif dalam usia sembilan tahun.  Ekwin negara ini Pernah mewakili Malaysia buat pertama kalinya dalam Sukan SEA 2011 di Indonesia serta beberapa kejohanan lainnya seperti di Belanda, Monaco dan Belgium.  Dalam Sukan SEA Indonesia beliau memenangi pingat perak  dalam kategori Jumping Team Mixed bersama-sama Sharmini Christina, Natasha Ines dan Mohd Nubil Fikri.  Gambar nie diambil ketika Nurlin sedang bersiap sebelum majlis resepsi perkahwinan beliau di Shangrilla Hotel pada 22 Disember lepas.

Ini pula adalah gambar Tuanku Bainun ketika majlis persandingan baginda yang diadakan di Rumah Kedah, Pulau Pinang pada 09 Disember 1955. Kecantikan dan kejelitaan Tuanku Bainun telah diwarisi oleh cucunda baginda, Nurlin.  Samakan wajah mereka.















Sumber :- Photo dari Koleksi Peribadi MBS dan Balqies Arafia / hmetro.com / sporthorsecm.com / thestar.com

Demam Dah Nak Ok

30.12.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua.  Syah masih lagi demam tapi going to be ok. Sebelum makan ubat inilah sarapan Syah pagi nie macam biasa tu ler, Cereal, Kismis dan Badan yang dimakan dengan Susu Omega Plus dan hari nie ada extra sedikit iaiitu Fresh Orange Juice tetapi taklah diperah dari buah oren cuma beli Tropicana Twister Juicy Burst. Semalam Syah kekelinik di Pekan Rawang untuk buat pemeriksaan dan ambil ubat.  On the way balik beli buah nenas dan lepas makan nenas tu tekak Syah rasa sakit, mungkin kalau sakit tekak tak boleh ambil nenas kot?  Lalu Syah kumur-kumur dengan air.  Sekarang dah ok sedikit. Semalam tak kemana disebabkan tak sihat dan hari nie dah nak ok.  Ayahanda call pagi tadi tanya pasal kesihatan syah.  Oklah semua Syah hendak berehat sekejap kerana baru lepas makan ubat dan mesti mengantuk nie sebab makan ubat batuk. Harap anda dan keluarga habiskan cuti rehat hari nie dengan program yang berfaedah dan tak lama lagi sessi persekolahan akan bermula dan sedang eloklah cari keperluan persekolahan untuk anak-anak hari nie bagi yang belum menyediakannya. Hingga berjumpa lagi dientry seterusnya, Tungguuuuuuuuuuuu ........... 

Saturday, December 29, 2012

Tuanku Abdul Halim Terima Cek Zakat Perniagaan

29.12.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri majlis menerima cek zakat perniagaan  yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.  Zakat adalah diterima daripada anak syarikat kerajaan negeri Kedah iaitu Kedah Bina Darul Aman, Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada Dato' Saad Endut yang merupakan Pengerusi Bina Darul Aman Berhad. Turut memerhati adalah Pengerusi ANGKASA Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum (belakang disebelah kanan).

Sumber ;- Bernama

Cucunda Sultan Perak Berkahwin Dengan Cucunda Almarhum Sultan Selangor dan Almarhum Raja Perlis

28.12.2012, Jumaat - Pada 22 Disember 2012 lepas telah diadakan satu majlis resepsi  Perkahwinan di Shangrila Kuala Lumpur diantara Yang Mulia Syed Haizam Jamalullail dan Yang Mulia Nurlin Mohd Salleh.   Nurlin merupakan cucunda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah manakala Syed Haizam merupakan cucunda Sultan Selangor Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj disebelah bondanya manakala disebelah Ayahanda beliau merupakan cucunda kepada Raja Perlis Al-Marhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

Majlis ini dihadiri oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.  Syed Haizam berusia 29 tahun dilahirkan pada 18 Mei 1983 merupakan putera kepada Tengku Puteri Puan Sri Nor Zehan dan Tan Sri Syed Anwar Jamalullail manakala Nurlin merupakan puteri kepada Raja Dato' Seri Azureen dan Dato' Seri Mohd Salleh bin Dato' Ismail. selamat pengantin baru Syah ucapkan kepada Nurlin dan Syed Haizam semuga kekal hingga akhir hayat.

Ikatan perkahwinan diantara keluarga diraja Selangor dan Perak telah terjalin semenjak dari dahulu lagi sehingakan ada beberapa keluarga diraja Perak menjadi Tengku Ampuan di Negeri Selangor Darul Ehsan.  Nenda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga dari keluarga diraja Perak iaitu Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) Almarhumah YAM Raja Embin berkahwin dengan Amlarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Nenda Sultan Sharafuddin sebelah bonda baginda) pada 1917, kemudiannya berpisah dan balik ke Perak, apabila mangkat Almarhumah YAM Raja Embin Izmah dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Klang. Hasil perkahwinan Almarhumah YAM Raja Embin Izmah dengan Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan tiga orang puteri termasuklan Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.

Sumber : Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / photo dari Wansaiful / google / Royalark

Friday, December 28, 2012

Tiba-Tiba Demam dan Tak Sihat

28.12.2012, Jumaat - Salam dan apa khabar.  Sekarang jam 21:04hrs dan Syah berada di Rawang Residence sekarang nie.  Berita tak baik coz tiba-tiba Syah demam, selsema, sedikit batuk  dan tekak mula nak sakit bila menelan.  Masa dalam komuter tadi tekak Syah sudah sakit dan bila sampai Rawang badan Syah rasa panas sedikit.  Ingat hendak ke kelinik tetapi doktor tak ada lagi dan malas nak tunggu coz bas 19:30hrs sudah hendak sampai.  Bas gerak lewat sedikit dan bila sampai nak masuk ke area Rawang Residence Syah bas berpatah balik ke Pekan Rawang.  Semua orang tertanya-tanya mengapa tetapi tak seorangpun tanya driver apa hal, by the way driver ganti hari nie.  Dahlah Syah tak sihat tambah tension dibuatnya.  Akhirnya bas berhenti kat stesyen minyak dan rupanaya nak isi minyak. Heran betul napelah tak isi dari tadi, dah nak masuk area taman baru berpatah balik sebab baru perasan minyak nak habis, lawak betul.  Adoiiiiiiiiiii...............  Yang ini anak uncle tu tengah isikan minyak bas ayahnya.  Syah ambil gambar nie melalui tingkap bas tanpa flash tu yang gelap sedikit.

Sebentar tadi ayahanda call tanya khabar dan Syah informed hendak demam dan dia tanya tak ke kelinik ker? dan Syah informed esok. Teringat petua seorang kawan Syah, Saperi yang masa tu Syah demam mengeletar dan dia suruh Syah mandi dan lepas tu jangan lap dan selimut badan bagi berpeluh dan biarkan air kat badan tu kering sendiri.  Dah buatpun baru sekejap tadi.  Ok lah semua tapak tangan Syah dah mula rasa panas dan dah tak larat rasanya Syah nie, Insyallah tunggu entry selanjutnya dari Syah.  doakan Syah sihat yer semua............. Byeeeeeeeee

Tak Dapat Update Blog

28.12.2012, Jumaat- Salam semua .........So Sorry tak dapat update blog sebab busy dengan dateline untuk account closing dan bila sampai rumah penat sangat rasanya.  Insyallah malam nie atau esok pagi Syah update blog.  Jumpa lagi yer...............

Wednesday, December 26, 2012

Trajedi Dalam Toilet..... Ahaks

26.12.2012, Rabu - Salam semua ................ nak cerita ker tak, nak cerita ker tak, .....................  ok lah Syah share dengan anda semua trajedi dalam toilet hari nie,  bukan trajedi buah epple nyanyian Anita Sarawak tu tau. By the way sebelum tu nak perkenalkan  ini lah dia my favoutite toilet kat office.  Most of the time toilet nielah sahaja yang Syah gunakan untuk buang air besar/kecil dan ambil air sembahyang. Ini sebenarnya disable toile dan disebabkan Syah ada masalah lutut  jadi layaklah Syah guna toilet nie lagipun toilet nie besar dan selesa serta tak perlu kongsi dengan orang lain.  Jam 14:30hrs tadi Syah ke toilet untuk ambil air sembahyang tetiba terasa hendak buang air besar.  lalu Syahpun melepaskan hajat dan tiba-tiba tengah sedang elok Syah duduk atas toilet bowl tu ............. ada orang buka pintu, cleaner perempuan.  Terus dia kata opsssss ....nak ambil sampah.  Alamakkkkkkkkkk Syah terlupa nak kunci pintu toilet tu.  Malunya rasa masa tu dan untung tak bogel cuma separuh B  jer......hehehehehe.  Lepas solat Syah letak kotak kat luar office untuk cleaner buang dan jumpa Kakak tu dengan kawannya dan terus Syah kata sorry lah yer kak tadi tu,  tersipu-sipu kakak tu dan kawannya kata kat Syah lain kali kunci dari dalam yer sambil kami semua ketawa................ Adoiiiii......... lupa punya pasal sebab masa masuk toilet tu tak plan nak buang air besar. Ahaks ...................... 

Tak Lunch Tengahari Hari Nie Coz Nak Dinner Malam Nie

26.12.2012, Rabu - Salam semua dan apa khabar anda hari nie, dah lunch ke belum.  Apa menu tengahari nie? Syah tak lunch kerana hendak dinner malam nanti.  Bukan dinner kat hotel ke amendanya ....... dinner kat rumah, sebab hari tu beli sayur dan tak usik lagi.  Lagipun Syah breakfast dengan cereal campur kismis dan badam agak lewat sedikit hari nie dan still rasa kenyang cuma meratah badam jer sambil buat entry nie.  Kalau Syah lunch biasanya tak dinner cuma ambil biskut atau fruit sahaja tetapi memandangkan ada stock sayuran, Syah nak masak balik nanti,  kalau tak alamat busuklah sayur tu, membazir jew kan ..................tak elok kerana membazir tu amalan syaitan, syaitan lah sangat kan? hehehehe..........   Nak masak pagi tadi tak sempat sebab lately Syah tak berapa sihat, sakit biasa tu ler nak buat macam mana kan?. Perjalanan pagi tadi lancar cuma bas sampai awal sangat tetapi sempat naik.  Dalam bas Syah tertidur dan tersedar bila sampai KTM Rawang, untung tersedar kalau tak menapaklan jawapnya ke KTM semula dan dalam komuterpun Syah tertidur dengan lenanya.  Mungkin Syah tak sihat  ditambah pula malam tadi rasa macam nak demam pun ada, tu yang tertidur tu kot?  Lagipun foodcourt aras 3 yang selalu Syah beli makanan tu akan ditutup selama 10 minggu mulai hari nie hingga 06 Mac 2013 untuk kerja-kerja pembaikan sistem lapisan kalis air dan lencongan air, katnya ler......?.   Alamat penuh sesaklah food court tepi sungai (longkang) kat Menara TM nie sebab aras 3 dah tutup.  Ok lah semua hingga berjumpa lagi di lain Entry Byeeeeeeeeee

Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang Bantu Memasak Untuk Mangsa Banjir

26.12.2012, Rabu - Sikap Perihatin dan ambil berat terhadap rakyat telah mendorong   Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar membantu menyediakan makanan bagi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan, Pahang.  Semalam, Tengku Abdullah dan Tunku Azizah telah berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang. Tengku Abdullah berharap agar mangsa-mangasa banjir bersabar dengan dugaan yang dihadapi.

Tahniah diucapkan kepada Tengku Abdullah dan Tunku Azizah kerana turun padang bersama-sama rakyat yang sedang dalam kesusahan menghadapi masalah banjir ini. Contoh terbaik untuk mendekatkan lagi hubungan erat diantara rakyat dan Istana. Keadaan banjir di Pantai TImur yang merangkumi Terengganu, Kelantan dan Pahang dilaporkan semakin buruk semenjak petang semalam dimana 10,800 mangsa dipindahkan pada sebelah petang berbanding 6,000 pada sebelah paginya.

Sumber :- Bernama

Tuesday, December 25, 2012

Empat hari Cuti Tak Kemana

25.12.2012, Selasa - Empat hari cuti angan-angan Syah nak jalan-jalan ke KL hanya hangat-hangat tahi ayam tak kesampaian.  Empat hari nie tak kemana duduk Rawang jew? Habis jauhpun pergi ke Pekan Rawang dan Hari nie Syah ke Pasar Tani di Batu 16 Rawang tetapi tak meriah macam selalu coz tak banyak gerai buka mungkin cuti hari Natal kot.  Syah keluar jam 16:00hrs dan dari Pekan Rawang Syah jalan kaki ke batu 16 dan sebelum tu singgah Masjid untuk Solat Asar berjemaah.  Kat pasar Tani, Syah beli Meehon Goreng, Kuih Lepat Pisang, Car Koi Goreng, Fries dan Air Tebu.  Syah makan kat tepi tasik sebelah Pasar Tani tu sambil melihat gelagat orang beriadah, memancing dan melepak kat situ.   Memang ramai orang dan tak ketinggalan warga asing yang memang melambak kat Rawang nie. Bungkusan sebelah Syah tu lepat pisang yang Syah makan satu jer kat tasik dan selebihnya Syah bawa balik dan makan malam nie. Lepas makan, Syah pusing satu tasik sebelum jalan kaki semula ke Pekan Rawang.  On the way tu, Syah singgah kejap di McD beli Vanila Shake tetapi dah habis so Syah ambil Strawberry Shake sahaja, janji Shake, ada ku kisah ............. Hahahahah.

Dari McD terus ke Giant pusing-pusing window shopping sebelum ke bas station untuk naik bas jam 19:30hrs. Sampai jer bas station, bas ke Rawang Residence sudah ada tetapi masih tak ramai penumpang dan Syah dapat duduk.  Oklah semua esok Syah mula kerja dan nak rehat sekarang nie..... Sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Selamat Malam semua semuga dibuai mimpi yang best-best belaka, baik punya,  okey.....................

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

25.12.2012, Selasa - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan pada hari Khamis  lepas bersamaan 20.12.2012 dan merupakan cuti umum bagi negeri Johor. Hari Hol merupakan tradisi diraja Johor dimana DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja akan melakukan ziarah ke Makam Diraja Johor yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Mulai tahun 2011, Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan disambut mengikut kalender tahun Hijrah iaitu pada 06 Safar setiap tahun.  Pada Khamis lepas DYMM Sultan Ibrahim telah diiringi oleh YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat tiba di Makam Diraja lebih kurang jam 09:00hrs.  Turut serta adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Obet Tawil serta exco negeri.  Kaum keluarga diraja dan tetamu membaca Al-Fatihah dan kemudiannya kerabat diraja menyiram air mawar dan menabur bunga mawar di Makam Almarhum Sultan Iskandar.  Kelihatan DYMM Sultan Ibrahim menyiram air mawar di Makam Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh  Almarhun Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........

Sumber :- Kesultananjohor.blogspot

Tuanku Abdul Halim Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Dr.Lim Keng Yik

25.12.2012, Selasa - Kira-kira jam 11:10hrs tadi Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke kediaman Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yik di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Tuanku Abdul Halim menghabiskan masa selama 10 minit dikediaman mendiang. Turut serta mengiringi baginda adalah  Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Mayat mendiang akan dibakar esok di Cheras Creamtorium selepas Majlis Penghormatan Negara diberikan kepada mendiang.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim sedang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang turut ditemani oleh isteri mendiang Toh Puan Wong Yoon Chuan dan salah seorang anak mendiang, Datuk Lim Si Pin.

Sumber :- Berita Radio 

Happy Birthday YAM Tunku Temenggong Johor

25.12.2012, Selasa - Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyabut ulangtahun ke-25 kepada Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor  Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim semuga YAM Tunku Idris dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik. Amin.  YAM Tunku Idris diputerakan pada 25 Disember 1987 dan merupakan putera kedua Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Perak).  YAM Tunku Idris dikurniakan gelaran Tunku Temenggong Johor pada 26 Februari 2010.  YAM Tunku Idris masih lagi bujang dan belum berumahtangga.  Gambar disebelah merupakan gambar YAM Tunku Idris bersama nenda sebelah bondanya iaitu Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak.

Hari Hol Sultan Iskandar Muda, Sultan Aceh

25.12.2012, Selasa - Semalam Isnin, 24.12.2012 telah diadakan Hari Hol Sultan Iskandar Muda yang ke 367 tahun. Dalam konteks masyarakat kita, Hari Hol adalah hari memperingati kemangkatan Sultan.  Di Malaysia hanya dua buah negeri sahaja yang mengistiharkan Hari Hol sebagai  Public Holiday iaitu Pahang dan  Johor.  Selain daripada itu Hari Hol disambut untuk membangkitkan kembali semangat kita untuk mengingati perjuangan, ketinggian ilmu, kemuliaan ahlak dan darjat sesorang insan yang pernah hidup dalam komuniti kita atau lebih mudah dikatakan sebagai Ikon kepada kita.  Sempena Hari Hol Sultan Iskandar Muda, satu Majlis Doa Selamat telah diadakan di Komplek Makam Sultan Iskandar Muda pada jam 08:00hrs manakala pada 27 Disember pula akan diadakan Majlis Aceh Berzikir di Mesjid Raya Baiturrahman Kutaraja (Banda Aceh) sempena hari hol ini.  Majlis akan bermula pada jam 19:30hrs dan Zikir akan dipimpin oleh Al-Mursyid Kyai Muda Abuya Syech Tgk. Haji Djamaluddin Waly Al-Khalidy. Jika anda berada di Banda Aceh pada 27 Disember nanti anda boleh menghadiri majlis ini.

Sultan Iskandar Muda merupakan Sultan Aceh yang paling terkenal dan termasyhur bukan sahaja di kepulauan Melayu malah keseluruh dunia dan telah berjaya meletakkan kerajaan Acheh diantara lima kuasa besar Islam pada zaman pemerintahannya pada 1607 hingga 1636.  Komplek makam Sultan Iskandar Muda terletak didalam kawasan Muzium Acheh.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh  Almarhun Sultan Iskandar Muda sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........

Sumber :- Teuku Nouf Levi Kash / TWK Waroul / Wikipedia

Monday, December 24, 2012

Tengku Mahkota Pahang Arahkan Sistem Perparitan Di Kuantan Dikaji Semula


24.12.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah membuat tinjauan daripada udara  untuk melihat  keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan disebabkan keadaan hujan yang tidak berhenti semenjak malam semalam.  Baginda juga telah melawat 302 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, Kuantan.  Diantara titah baginda :-

"Ketika saya terbang tadi buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat. Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar.  Saya harap Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan".

Sumber :- Bernama

Pemangku Raja Perak Ziarahi Mendiang Tun Dr Lim Keng Yik

24.12.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yik dikediaman mendiang di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor.  Mendiang yang berusia 73 tahun merupakan Bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi meninggal dunia jam 16:45hrs dikediamannya kerana sakit tua.  Mendiang meninggalkan seorang balu Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga orang anak.  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi persetujuan supaya penghormatan negara diberikan kepada mendiang sebelum mayatnya dibakar pada hari Rabu ini.  Turut serta mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. 

Sumber :- Bernama

@ Rawang Residence Cuti 1TM

24.12.2012, Isnin - Salam dan Selamat Pagi, apa khabar anda semua.  Harap everything going to be as scheduled. Hari nie kami di TM semuanya dicutikan, maksud Syah hari nie semua staff terpaksa ambil cuti rehat yang dipanggil Cuti 1TM kerana esok Christmas. Pada staff yang cuti tahunnya sudah habis, mereka perlu memohon cuti juga dan akan ditolak cuti tahun hadapan (2013) mereka dan tidaklah ditolak gaji.  TM buat macam nie kerana Sabtu dan Ahad kami memang tak kerja dan hari Selasa sudah Public Holiday Christmas jadi untuk meminimumkan kos TM istiharkan Isnin sebagai cuti 1TM tetapi staff kena mohon cuti tu dan akan ditolak dari cuti rehat tahunan anggota.  Walau bagaimanapun bahagian yang berurusan dengan pelanggan/pengguna tidak terlibat. Its ok dan kamipun tak kisah berhubung perkara ini dan menerimanya sebagai arahan yang patut dipatuhi oleh semua. Masa inilah staff boleh ambil peluang bercuti panjang balik kampung atau melancung bersama keluarga. Mana yang tak ada apa-apa plan cuti macam Syah nie kenalah habiskan waktu rehat nie dengan create aktiviti yang berfaedah untuk diri sendiri. 

Syah kalau dirumah memang macam nie, kemas rumah, basuh baju dan akhirnya mentenet - Facebook atau update Blog serta membaca buku-buku koleksi peribadi Maharum Bugis Syah Mini Royal Library Syah.  By the way gambar kat atas itew nampak lutut sket, sorry lah yer sebab photo nie diambil guna self timer tak perasan masa tu. Sekarang nie Syah tengah blur nak cari birthday gift untuk my Lill Sis Intan, actually birthdaynya Oktober lepas tetapi disebabkan Syah baru lepas keluar hospital dan tak berapa sihat serta busy dengan kerja kerana Kak Rose operation kaki dan Dek Noor maternity leave dan Syah kena kerja Sabtu Ahad untuk settle kan tugas jadi tak kesempatan nak jumpa dia.  Since awal Disember everything back to normal, tu nak celebrate belated birthday dia before 2013 nie.  Nak tak nak Syah kena plan juga sebelum akhir tahun nie.  Insyallah........ I Will.

Semalam ingatkan hendak ke pasar malam Country Homes dan menjenguk tenent Syah kerana rumah sewa Syah ada di Bandar Country Homes tu  tetapi masa nak bersiap hari hujan pula lalu Syah batalkan niat tu dan pergi beli kuih jer kat gerai tepi jalan di Rawang Residence Syah dan kemudiannya ke kedai beli biskut.  Semalam the whole day Syah di rumah. Oklah semua sehingga berjumpa lagi di Entry seterusnya ........... Tungguuuuuuuuuuu...... 

Sunday, December 23, 2012

Maharaja Jepun Sambut Hari Keputeraan Ke-79 Tahun Hari Ini

23.12.2012, Ahad - Hari ini genaplah 79 tahun umur Maharaja Jepun, Emperor Akihito.  Baginda dilahirkan di Tokyo, Jepun pada 23.12.1933 dan merupakan putera kepada Maharaja Hirohito dan Empress Nagako. Nama asal baginda adalah Tsugu Akihito.  baginda menaiki tahta menggantikan Ayahanda baginda  sebagai Maharaja Jepun pada 07.01.1989.  Pada 10.04.1959 baginda berkahwin dengan Empress Michiko Shoada .  Empress Michiko dilahirpan pada 20.10.1934.  Hasil daripada perkongsian hidup, baginda berdua dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu dua putera dan seorang puteri.  Putera sulung baginda adalah Putera Mahkota Naruhito dilahirkan pada 23.02.1960 manakala putera kedua, Prince Akishino diputerakan pada 30.11.1965.  Puteri tunggal baginda, Princess Nori diputerikan pada 18.04.1969.  Princess Nori telah berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu lelaki yang bukan dari keluarga diraja, sehubungan dengan itu mengikut undang-undang di Jepun beliau telah hilang gelaran dirajanya berikutan perkahwinan ini.  

Baginda dikurniakan emat orang cucu iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki iaitu Princess Toshi, anak Putera Mahkota Naruhito manakala  Princess Mako, Princess Kiko dan Prince Hisahito yang merupakan anak kepada Prince Akishino.  Princess Nori tidak mempunyai zuriat buat masa ini. Disebabkan kekurangan waris lelaki dalam keluarga diraja Jepun, cucunda baginda,  Prince Hisahito merupakan pewaris ketiga Tahta Jepun. Putera Mahkota tidak mempunyai anak lelaki.  Krisis pewaris tahta ini menjadi masalah utama dalam institusi diraja Jepun kerana kebanyakan ahli keluarga diraja Jepun adalah wanita.  Di Jepun hanya  waris lelaki yang sah sahaja dibenarkan menjadi Maharaja.

Gambar diatas merupakan gambar terbaru baginda yang diambil hari ini sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke 79 tahun.  Kelihatan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko melambai tangan para hadirin yang berkumpul di Istana Diraja, Tokyo  untuk menyambut hari keputeraan baginda.

Sumber : Chinadaily.com / Wikipedia

Bekas Isteri Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Ke-5

23.12.2012, Ahad - Tahukah anda siapakah gerangannya wanita ini.  Beliau adalah Kangsadai Pipitpakdee atau Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin dari kerabat diraja Pattani, Selatan Thailand. Beliau adalah bekas isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-5, Al-Sultan Kelantan sekarang. Pasangan ini berkahwin di Kota Baharu, Kelantan pada 15 November 2004 dan ada yang mengatakan perkahwinan ini diatur oleh Bonda Tuanku Muhammad, iaitu YMM Raja Perempuan Tengku Anis yang juga merupakan keluarga diraja Patani disebelah Ayahandanya, wallahualam bissawab. YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan Ayahanda Tengku Zubaidah adalah sepupu.  Selepas berkahwin dengan Sultan Muhammad yang ketika itu bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, beliau menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin. Walau bagaimanapun perkahwinan ini tidak bertahan lama dan beberapa tahun selepas perkahwinannya, Tengku Zubaidah tidak lagi dilihat dalam majlis-majlis rasmi di Kelantan.  Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung penceraian ini, umum mengatahui jodoh mereka sudah tiada lagi. Tengku Zubaidah dilahirkan pada 1974 di  Daerah Yaring atau  Jering dalam Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Tidak diketahui dimana sekarang Tengku Zubaidah berada tetapi yang pastinya beliau telah kembali ke Thailand dan mungkin berada di Bangkok.

Dalam Kenangan :- Gambar ini diambil pada 29 November 2004 di Istana Balai Besar, Kota Baharu Kelantan sempena Majlis Pengisytiharan Menutup Kerja Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Sumber :- Koleksi Peribadi / Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan Ke-55 / The Royalark

Saturday, December 22, 2012

Mee dan Ayam Goreng

22.12.2012, Sabtu - Hari nie Syah ke Pasar Malam Jalan TAR dan sempat singgah ke SOGO, ada sales rupanya........... Opsssssss lupa rupanya Christmas patutlah.  Syah beli kuih dan kacang kuda rebus dan lepas tu balik semula ke Rawang. Dari KTM Rawang Syah ke  Speedy Viseo sebab hendak beli VCD Wrath of The Titans tetapi mahal sangat RM49.90 lalu Syah batalkan niat nak beli dan cari kedai makan jew.  On the way ke kedai makan, Syah jumpa orang jual VCD tepi jalan dan VCD tu ada dan Syah beli dengan harga RM8.00, ciplak punya.  Tak apalah yang penting hendak tengok jer cerita tu dan tak perlu beli yang mahal.   Rasa lapar ingat hendak makan ayam tandori tetapi bila sampai kedai mamak kat Pekan Rawang tu Syah order Mee Goreng, Ayam Goreng dan Barli Panas. Makan hari nie RM9.20 dan masa bayar Syah informed cashier tu bagilah diskaun dua puluh sen tu dan dia mengangguk tanda setuju.  Shukran walaupun duapuluh sen duit gak kan?  Lepas makan terus ke bas stand untuk naik last bas jam 20:30hrs tetapi terpaksa jalan dalam hujan dan bila bas sampai hujan makin lebat dan masa nak naik bas habis Syah basah kuyup. 

Gambar nie Syah minta waiter kat restoran Mamak tu ambilkan. Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry .......................

Tengku Ampuan Rahimah - Tengku Ampuan Selangor Ke-6

22.12.2012, Sabtu - Pagi-pagi Sabtu nie disebabkan Syah tak kerja, bolehlah buat entry daripada koleksi peribadi Syah.  Syah nak  maklumkan secara ringkas kepada anda mengenai mengenai Tengku Ampuan Selangor ke-6, Almarhumah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz (Langkat). Sekarang nie Negeri Selangor tidak mempunyai Tengku Ampuan kerana Sultan Selangor sekarang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah masih lagi belum terbuka hatinya mencari permaisuri baru setelah gagal daripada dua perkahwinannya yang terdahulu. Gelaran Permaisuri Selangor terakhir sebelum gelaran ini dikosongkan adalah disandang oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah  iaitu bekas KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-XI.

Tengku Ampuan Rahimah merupakan kerabat Diraja Langkat, Indonesia dan merupakan puteri kepada DYMM Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah ibni Almarhum Sultan Musa Al-Khalidy Al-Muadzam Shah, Sultan Langkat. Walau bagaimanapun baginda bukanlah seratus peratus Indonesian kerana bonda baginda, Tengku Permaisuri Zaharah adalah puteri kepada Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Ke-5.  Tengku Ampuan Rahimah diputerikan pada 04.08.1928 di Langkat, Indonesia.  Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda di Sumetera dan mendapat ijazah dalam bidang hal urusan rumahtangga. Pada 10.03.1956, baginda berkahwin dengan Raja Muda Selangor Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Aziz Shah.  Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1958, baginda dianugerahkan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor.  Gambar di atas adalah sempena perlantikan baginda sebagai Raja Puan Muda Selangor.  Kelihatah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah mengalungkan rantai  keleher baginda selepas baginda diistiharkan sebagai Raja Puan Muda Selangor.  Pada  28.06.1961 baginda dimahkotakan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor sempena Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sebagai Sultan Selangor yang baru.

Hasil daripada perkongsian hidup Tengku Ampuan Rahimah dengan Sultan Salahuddin, baginda telah dikurniakan dengan dua orang puteri iaitu Tengku Puteri Nor Marina (Mariah) dan Tengku Puteri Nor Zehan.  Sultan Selangor sekarang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah bukanlah anak kepada Tengku Ampuan Rahimah tetapi anak kepada bekas isteri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.  YMM Paduka Bonda Raja Selangor juga merupakan kerabat diraja Selangor iaitu sepupu Sultan Salahuddin sendiri. Begitu juga dengan Tengku Ampuan Rahimah, baginda juga  merupakan sepupu kepada Sultan Salahuddin.  Gambar ini diambil sempena hari keputeraan Sultan Salahuddin pada tahun 1965.  Sebagai Tengku Ampuan Selangor, Baginda terlibat cergas dalam pelbagai aktiviti dan kebajikan sosial.  Pada tahun 1962, baginda pernah dilantik sebagai  Yang Di Pertua Kumpulan Wanita Semenanjung Tanah Melayu.  Baginda sentiasa mengiringi Sultan Salahuddin dalam pelbagai program rasmi Sultan Selangor samada didalam atau diluar negara.

Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan di Tangan Yang MAHA ESA.  Pada 27.06.1993 telah sampai ketikanya Tengku Ampuan Rahimah meninggalkan suami tercinta dan rakyat Selangor.  Jenazah Almarhumah telah dimakamkan di Makam Diraja Selangor di Bandar Diraja Klang.  Inilah makam Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah yang diperbuat daripada batu mamar bewarna hijau gelap yang ditempah khas dari Pakistan.  Makam dihadapan sekali yang bewarna putih dan kuning itu adalah makam kepada bonda Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah iaitu Almarhumah Tengku Permaisuri Zaharah binti Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh  Almarhumah DYMM Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz (Langkat) dan Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........











Sumber :- Koleksi Peribadi / 25 tahun Pemerintahan DYMM diatas tahta kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan (1960-1985) / Buku aturcara Istiadat Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor

Friday, December 21, 2012

Ziarah Makam Pahlawan dan Makan Ayam Goreng

21.12.2012, Jumaat - Salam dan apa khabar semua.  Sekarang jam 21:30hrs dan tengah hujan di Rawang Residence Syah.  Aktiviti hari nie macam biasa cuma biasalah Jumaat Syah akan Solat Jumaat dan minggu nie Syah ke Masjid Negara lagi.  Sampai jer ke Masjid Negara Syah ke Makam Pahlawan sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah disini terutamanya Syah melawat pusara  Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hamzah Abu Samah.  Minggu lepas masa Syah datang pusara nie baru dibina dan belum ada nisan dan hari ini dah ada dah batu nisannya.

Terdahulu Syah ke Maybank untuk bank in kan cheque insurance claim Syah masa second time operation hari tu di Assunta Hospital.  Adalah dapat RM empat ratus lebih.  Dari Makam Pahlawan Syah ke bazar jualan dan hari nie Syah makan ayam goreng, papadom  dan acar. Minum pula air limau asam dan lepas tu beli air soya plak sambil makan kuih.  Lepas makan Syah beli kismis untuk Syah dan kak Rose office mate Syah. Lepas solat terus balik kepajabat. Masa balik ke Rawang tadi komuter ada masalah dan kami semua macam boring jer menunggu komuter.  Platform 3 memang dah ada komuter ke Batu Caves dan memang tu tempatnya dan herannya ada satu lagi komuter ke Batu Caves berhenti kat platform 4 yang biasanya untuk komuter ke Rawang/Sungai Buluh/Tanjung Malim.  Kami semua masuk komuter tu kerana biasalah KTM kadangkala luar tulis lain tapi jalannya lain.  Tiba-tiba kali nie betul lak, komuter tu memang ke Batu Caves dan kami terpaksa keluar semula.  Keadaan komuter ditulis ke destinasi lain tetapi ke tempat lain dah biasa bagi kami.  Contohnya komuter  tertera sign Tanjung Malim tetapi tiba-tiba bila kami duduk ada announcement "komuter yang anda naiki akan berhenti di stesyen Sungai Buluh' sahaja.  heheheh funny kan tetapi kami dah biasa.

Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry............ Selamat Malam

Rumah Kerabat Diraja Dimasuki Perompak Di Petaling Jaya

21.12.2012, Jumaat - The Sun dalam keluarannya pada Khamis, 20.12.2012 melaporkan  mengenai rumah seorang kerabat diraja yang terletak di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor telah dimasuki perompak dan mengalami kerugian sebanyak RM2juta.  Walau bagaimanapun nama dan kerabat diraja dari negeri mana tidak dimaklumkan. Tuan punya kediaman adalah seorang kerabat diraja berusia 70tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas ahli politik. Pada hari kejadian, mangsa dan keluarga serta orang gaji mereka telah keluar dari kediaman berkenaan sekitar jam tujuh malam untuk meraikan harijadi mangsa yang ke-70 tahun disalah sebuah hotel.  Setelah majlis selesai mangsa dan keluarga pulang kekediaman mereka dan mendapati tingkap dapur mereka terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak. Menurut mangsa sistem pengera dan kamera litar kediaman berkenaan tidak berfungsi kerana  telah rosak.

Perompak telah memecah peti besi simpanan yang terletak dibahagian atas kediaman berkenaan dan melarikan barang kemas, siling emas, jam tangan berjenama, wang tunai dan koleksi peribadi yang berharga.  Diantara koleksi peribadi mangsa yang dicuri adalah pistol, dua majalah mengenai senjatapi dan 62 butir peluru. Mereka juga telah merosakkan empat buah kereta mewah dikediaman berkenaan.  Mangsa percaya bahawa penjenayah terlibat merupakan individu yang biasa dengan keadaan kediamannya berdasarkan barang-barang yang dirombak.  Ini merupakan kali ketiga kediaman mereka dipecah masuk oleh perompak semenjak mereka tinggal dikediaman berkenaan  31 tahun yang lepas.

Maklumat daripada jiran-jiran mangsa memaklumkan terdapat sebuah lori dan beberapa buah kereta berhenti dihadapan rumah mangsa semasa kejadian. Beberapa tahun lepas mangsa pernah dirompak didalam kenderaanya tetapi rompakan itu tidak berjaya selepas beliau melepaskan beberapa das tembakan kearah perompak berkenaan. Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed memaklumkan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung rompakan ini agar tampil membantu pihak polis untuk membuat siasatan.

Thursday, December 20, 2012

Aktiviti Hari Ini

20.12.2012, Khamis - Haaaaa ....... beginilah keadaan Syah setiap pagi menunggu bas kat kawasan nie.  Biasanya Syah seorang-seorang jer sampai bas datang dan ada masanya ditemani oleh seorang uncle cina yang tunggu bas kat sini juga. Syah bangun seawal jam 05:00hrs  dan keluar rumah biasanya jam 06:20hrs iaitu 10 minit sebelum bas datang. Perjalanan hari nie macam biasa cuma balik tadi terpaksa berdiri dalam komuter sampai KTM Kepong. Gambar nie Syah ambil guna self timing.  Pagi tadi ada program GHCM Town Hall di TM Convention Center.  Hari nie  Syah makan banyak sedikit, selepas program town hall tu Syah beli ayam goreng, meehon goreng , karipap dan kuih sagu serta tempe berlada.  Balik tadi singgah Burger King beli set burger dan makan sambil tunggu komuter di KTM KL Sentral. 

Kat office tadi ada orang tegur katanya baguslah badan you dah naik sedikit tak macam dulu.  Alamak ......... memang berat Syah naik sedikit lately nie  dan mula nak berdiet semula sebab seluar dah ketat sedikit. Berdiet untuk kesihatan supaya kolestrol Syah tak tinggi disamping dapatkan berat badan ideal. Sampai rumah macam biasa selepas Maghrib dan malam nie ada pasar malam tetapi Syah tak pergi sebab pasar malam tu dah tak syok sekarang sebab tak banyak gerai macam dulu.   Syah makan biskut dan air soya untuk kudapan malam nie.

Ok lah semua, hingga berjumpa lagi dilain entry dan Syah hendak mandi nie............. Selamat Malam semuga dibuai mimpi yang indah.

Hari Lahir Rasmi Tun Dr Mahathir

20.12.2012, Khamis - Hari ini 20.12.2012 merupakan hari lahir rasmi Mantan Perdana Menteri Malaysia  Tun Dr Mahathir Mohamd yang ke 87 tahun.  Sebenarnya beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 tetapi Allahyarham Ayahnya telah meletakkan tarikh 20 Disember kepada semua anak-anaknya dalam pendaftaran kelahiran mereka dengan alasan  bagi memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.  Kiranya hari ini merupakan sambutan hari lahir Tun yang kedua setiap tahun.  Agak pelik tetapi itulah kebenarannya.  Tun Dr Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik daripada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 10.07.1925.  Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa beliau berasa gembira kerana menyambut hari lahir dua kali setahun dan dapat dua kali hadiah untuk hari jadi rasmi dan hari jadi sebenar beliau.  Gambar nie diambil semalam sempen Majlis Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyuapkan pulut kuning kepada Tun Dr Mahathir sempena sambutan hari lahir beliau dalam majlis ini semalam.

Raja Arab Saudi Dibenarkan Keluar Hospital

20.12.2012, Khamis -  Pada Khamis 13.12.2012 lepas stesyen television Al Ekhbariya melaporkan bahawa Raja Arab Saudi dan penjaga dua buah kota suci umat Islam, Raja Abdullah telah dibenarkan keluar dari National Guard King Abdulaziz Medical City. Raja Abdullah yang berusia 89 tahun berada di pusat perubatan berkenaan hampir empat minggu lalu kerana menjalani pembedahan dibahagian belakang baginda.  Pembedahan selama 11 jam itu dilaporkan berjaya.  Pasaran saham Arab Saudi merundum selepas seminggu baginda menjalani pembedahan disebabkan para pelabur bimbang dengan keadaan kesihatan baginda. Selama ketiadaan baginda, Putera Mahkota Salman mengambil alih tugas-tugas baginda sebagai Ketua Negara.

Sumber : Reuters

Wednesday, December 19, 2012

Bayar Cukai Pintu Daapat Free Gift

19.12.2012, Rabu - Hari nie Syah masuk kerja lewat sedikit bukan sebab ada masalah transport tetapi Syah ke Majlis Perbandaran Selayang di Bandar Rawang untuk bayar cukai pintu Rawang Residence Syah dan rumah sewa Syah di Country Homes, Rawang.  Disebabkan Syah sampai awal dan MPS buka jam 08:00hrs, Syah jalan-jalan kat Pasar Rawang dan kemudiannya breakfast kat Restoran Ali Maju.  Pagi tadi Syah ambil Mee Goreng dan Horlic O Panas sebagai alas perut sebelum ambil ubat dan supplement. Lepas buat bayaran di MPS, Syah ke Tenaga Nasional Rawang untuk bayar bill elektrik dan dah terlanjur kat situ Syah minta mereka printkan account statement rumah sewa Syah sebab nak monitor bayaran bill elektrik tenant Syah.  So far so good bayarannya., bukan apa kena juga check sekali sekala untuk pastikan semuanya berjalan lancar.  Dari Tenaga Nasional Syah terus ke KTM untuk ambil komuter ke KL Sentral dan seterusnya naik LRT ke office.  Lunch tadi Syah beli tempe goreng berlada dan sayur tetapi sayur tu syah rasa macam tak selera nak makan dan bagi kat kawan. Malam nie Syah makan mee segera sahaja dan biskut.

Inilah dia free gift yang Syah dapat hari nie daripada MPS.  Dapat dua payung kerana Syah buat payment untuk dua buah rumah dan Syah bayar untuk tempoh setahun untuk dua-dua rumah tu.  Cukai pintu lazimnya dibayar dua kali setahun dan untuk mengelakkan Syah terlupa bayar seperti selalu hingga kena denda, Syah bayar untuk setahun sekali gus.  Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ............... Selamat Malam.

Sultan Brunei Berangkat Ke India

19.12.2012, Rabu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berangkat ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.  Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan juga telah berlepas bersama deligasi Malaysia sebentar tadi pada jam 19:27hrs melalui Pengkalan Tentera Udara Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ini.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Bernama

Tuanku Abdul Halim Sampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepada Presiden Indonesia

19.12.2012, Rabu - Pagi tadi Presiden Indonesia, Bapak Susilo Bambang Yudhoyonu yang berada di Malaysia selama dua hari untuk menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia telah berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Keamanan-Peace Leadership) kepada Presiden Indonesia sempena majlis konvokesyen khas UUM di Istana Negara.

Sumber :- Bernama

Tuesday, December 18, 2012

Aktiviti Hari Nie dan Pesanan Kepada Ibu Tunggal

18.12.2012, Selasa - Salam dan selamat malam semua.  Sekarang jam 20:24hrs dan Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs tadi.  Sampai jew terus solat Maghrib dan sekarang sambil menonton Berita di TV Syah update blog.  Hari nie agak busy sedikit dan masa nak balik tadi tiba-tiba pula ada urgent matters untuk masuk e-bidding.  Breakfast macam biasa cereal, kismis dan badam serta low fat milk dan lunch tadi Syah makan gulai soohon dengan petola, tempe goreng berlada dan ayam goreng tetapi serta barli panas kurang manis.  Hari nie ada orang belanja.......... hahahahah nama tak leh sebut kat sini. bahaya.... hahahhah.  Balik tadi Syah beli set burger king di KL Sentral.  Fries Syah makan masa kat KTM KL Sentral dan burger tu dalam bas on the way balik ke Rawang Residence. Malam tadi Syah bercukur kasi licin semuanya. Amacam, Comel ke hendsome? Ahaks ............ By the way sedih tengok berita tv1 mengeni kes budak kecil bernama Muhammad Fais Iqhmal Iskandar, berusia 2 tahun yang telah meninggal dunia disebabkan oleh teman lelaki ibunya. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam kenyataannya  semasa menziarahi jenazah Allahyarham menasihatkan agar ibu tunggal berhati-hati memilih teman lelaki kerana kebelakang nie banyak kes anak-anak didera oleh teman lelaki ibu tunggal.   

Nasihat Syah pada ibu-ibu tunggal tu utamankanlah anak-anak daripada mementingkan diri sendiri mencari teman hidup dan tengok-tengoklah lelaki idaman tu samada sesuai ke tidak untuk diri sendiri terutamanya anak-anak.  Jangan ikut nafsu sangat, hati-hatilah gunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kerana  menyesal kemudian memang tidak berguna sebab sudah terlambat kerana masa tak boleh berpatah balik. Syah respect dengan Bonda Ejone Syah yang suaminya mangkat ketika beliau berusia lingkungan 40 tahun dan tidak berkahwin lagi kerana lebih mementingkan anak-anaknya.  Masa Syah kecil dulu memang ada orang hendak masuk meminang Bonda Ejone tetapi dia lebih memilih untuk hidup bersama-sama kami dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Apa-apapun lain orang lain caranya, yang penting kepada ibu-ibu tunggal, buat lah sesuatu yang akan membahagiakan bukan sahaja hidup anda tetapi anak-anak.   Ok lah semua Syah hendak mandi dan solat Insyak, hingga berjumpa lagi di lain entry........