Saturday, January 7, 2012

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan 1/2011 Tunku Jalil

07.01.2012, Sabtu - Semalam Syah ada buat entry mengenai Tunku Jalil yang akan menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan beliau sebagai Inspektor Polis dan majlis itu dirasmikan oleh Ayahandanya Tuanku Sultan Johor di Pulapol. Inilah gambarnya yang Syah hendak kongsi dengan anda semua. Kelihatan Tunku Jalil mengiringi Tuanku Sultan Johor memeriksa perbarisan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan 1/2011 pagi tadi. Turut menghadiri majlis ini adalah bonda beliau.

Menurut Tunku Jalil, tidak ada layanan istemewa kepada beliau semasa menjalani latihan ini selama sembilan bulan dan beliau dilayan sama seperti pelatih yang lainnya dan menerima hukuman bila melakukan kesalahan. Pada mulanya beliau menghadapi sedikit kesukaran kerana ianya berbeza dengan kehidupan hariannya sebagai putera Sultan tetapi lama kelamaan beliau dapat mengadaptasi disiplin berkenaan. Tambah beliau lagi, dengan menyertai pasukan PDRM, ini adalah salah satu cara beliau berterima kasih dan membalas budi pasukan Polis yang menjaga keselamatan Kerabat Diraja dan Rakyat Johor selama ini.

Sekali lagi Tahniah Inspektor Tunku Jalil.

Sumber :- Page Kesultanan Johor/Bernama

No comments: