Monday, January 16, 2012

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Anugerahkan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah

15.01.2012, Ahad - Semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-84 tahun, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan sebagai wakil Sultan Kedah untuk menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran Negeri Kedah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Turut serta dalam majlis ini adalah ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Dalam istiadat ini tiga orang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim (D.H.M.S) yang membawa gelaran Dato' Paduka, empat orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (D.G.M.K) membawa gelaran Dato' Wira dan seorang menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato'.

Sumber :- Utusan Malaysia

No comments: