Sunday, January 15, 2012

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz Berjalan Lancar

15.01.2012, Ahad - Semalam Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 173 penerima sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang ke-64. Istiadat ini diadakan di Balairong Seri Istana Seri Menanti dihadiri oleh Undang Luak Sungai Ujong Dato' Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Dato' Musa Wahab, Undang Luak Johol Dato' Mohd. Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Dato' Muhammad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Turut serta adalah dua orang Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar. Gambar menunjukkan Tuanku Muhriz sedang mengurniakan Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang atau DSTM kepada Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki yang merupakan pengasas Yayasan Sofa yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri.

Dalam titahnya Tuanku Muhrz menzahirkan rasa dukicita bagnda terhadap segelintir umat islam yang menjalankan aktiviti memesongkan akidah masyarakat walaupun pelbagai program keagamaan diatur demi meningkatkan ilmu serta kefahaman Islam kepada masyarakat. Titah Baginda :-
  • Beta mengingatkan, jangan sesekali menyalahgunakan agama Islam yang suci ini untuk kepentngan politik mana-mana pihak, mahupun untuk mendapatkan keuntungan peribadi.
  • Beta menyeru supaya kesucian agama Islam ini terus dipelihara dan dipertahankan.
Baginda juga berharap agar Negeri Sembilan dapat meneruskan mementum kejayaan yang dicapai sebelum ini bagi memastikan negeri ini mencapai status negeri maju menjelang 2020.

No comments: