Friday, January 13, 2012

Cerita Pagi Nie

13.01.2012, Jumaat - Assalammualaikum WBT kepada anda semua. Harap hari nie menceriakan anda semua dan kepada kaum Adam diluar sana jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer? dan pada kaum hawa manfaatkan waktu rehat panjang tu dengan menghadiri kuliah-kuliah agama ditempat kerja ataupun Shopping Timeeeeeeeeeeee....... By the way macam nie lah routin awal pagi Syah, bangun jam 05:00hrs mandi, bersiap, solat dan tunggu bas depan rumah yang akan tiba diantara jam 06:20-06:30hrs. Kalau bangun terlewat sket, rambut taklah terpacak macam nie kerana tak sempat nak buat....hehehehhe. Ada kalanya bas tak ada dan terpaksa jalan kaki ke KTM hampir satu jam dan ada juga kadangkala orang pelawa tumpang sampai KTM tetapi biasnya Syah lebih suka jalan kaki sendiri dari tumpang orang. Sampai KTM Rawang biasanya Syah akan ke toilet dahulu sebelum menanti komuter jam 07:00hrs ke KL Sentral. Gambar nie Syah ambil pagi tadi didalam toilet KTM yang kena bayar tiga puluh sen sekali masuk.

Macam nie ler Syah kalau dalam komuter bertemankan dengan lagu-lagu atau mendengar radio dari handphone Syah ......... Handphone biasa-biasa jew yang murah punya. Kadangkala Syah naik bas ke KL tetapi most of the time naik komuter. Naik komuter RM3.60 ke KL Sentral tetapi kalau naik bas RM1.50 ke Bangkok Bank. Samada dari Bangkok Bank atau KL Sentral Syah kena ambil LRT pula ke LRT Krinchi dan office Syah bersebelahan LRT tu. Biasanya pagi naik komuter dan petang balik naik bas untuk jimatkan kos. Biasanya Syah akan sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Nak buat macam mana itulah kehidupan namanya dan kalau kita rasa ianya susah tetapi ada orang lain yang lebih susah lagi dari kita..... so bershukur jerlah dengan apa yang ada/berlaku kepada kita.

Syah naik komuter waktu pagi kerana nak kejar masa takut lambat coz masuk jam 08:30hrs. Walau bagaimanapun KTM nie ada masalah sedikit kerana komuter ke Bangi yang Syah selalu naik jam 07:00hrs tu selalu dibatalkan dan kena tunggu next train ke Sungai Gadut jam 07:15hrs atau lewat sedikit kerana beri laluan pada Train ETS dari Ipoh. Inilah masalahnya selalu train dibatalkan dan akhirnya lewat gak masuk kerja ada masa-masa nya atau terpaksa bekejar supaya dapat masuk office tepat jam 08:30hrs. Tak sedaplah orang tengok selalu lambat jer kan? Jika ada program kat office Syah dan nak sampai awal, Syah akan naik train ETS dengan kadar bayaran RM6.00 ke KL Sentral. Memanglah cepat sampai kerana dia tidak berhenti disemua stesyen, dari Rawang terus ke KL Sentral. Tak bolehlah nak naik hari-hari nanti gaji habis kat tambang jer....... marah plak awek Syah nanti. Ewahhhhhhhh........ ada ker ..... adaaa lerrr.

Nak jadi cerita, mengumpatlah sket pagi-pagi Jumaat nie kan? train jam 07:00hrs tu memang ada tetapi lambat dan kena beri laluan pada ETS dahulu. Fine ........ tak apa lah tetapi apabila sampai di Stesyen Bank Negara train berhenti lama dan kami semua ingatkan dia beri laluan pada train lain. Tiba-tiba ada announcement minta kami semua keluar dari train. Rupa-rupanya train ada masalah teknikal. Gambar kat atas tulah komuter yang rosak tu. Kami terpaksa menunggu lebih dari 30 minit untuk train seterusnya sampai.

Bila next komuter sampai macam biasa penuh dan train tu berhenti kebelakang sedikit dari tempat biasa supaya orang tak berebut nak naik. So Syah ambil keputusan berlari ke gerabak last sekali kerana orang tak ramai ke gerabak tu kerana malas nak jalan kot? Shukur alhamdulillah dapat masuk. Sampai office lambat, hampir jam 09:00hrs. Sampai office jer ada program Seteguk Kopi. Program baru yang diperkenalkan oleh Dr. Zainal dimana kami boleh sembang-sembang sambil minum dan sarapan. Minuman disediakan manakala makanan bibawa secara pot luck. Program nie diadakan setiap pagi Jumaat.

No comments: