Friday, January 6, 2012

Gelaran Megat, Puteri, Tun dan Meor Boleh Digunakan Semula

06.01.2012, Jumaat - Tiga bulan lepas terdapat sedikit kekecohan apabila ada kerabat diraja Perak yang ingin mendaftarkan nama cucundanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan gelaran Megat kerana suami anaknya “orang kebanyakan” tidak dibenarkan lagi oleh pihak JPN kecuali ayahnya memang ada gelaran Megat. Isu ini sebenarnya memang hangat diperbincangkan dikalangan kerabat diraja terlibat. Kebiasaannya di Perak jika seorang Perempuan daripada kerabat Diraja Perak berkahwinan dengan lelaki kebanyakan iaitu lelaki yang tidak mempunyai gelaran dihadapan namanya, anak-anak yang lahir akan menggunakan gelaran Megat jika lelaki dan Puteri jika perempuan. Walau bagaimanapun cucunda-cucunda lelaki Sultan Perak sekarang yang berbapakan orang kebanyakan memang tidak menggunakan gelaran Megat dihadapan nama mereka.

Semalam persoalan ini telah terungkai dan memberi nafas lega kepada mereka yang berhak untuk menggunakan gelaran-gelaran tersebut. Ini adalah kerana gelaran Megat, Puteri, Tun dan Meor kini boleh diwarisi oleh anak-anak kepada kaum wanita dari tiga keturunan di Perak iaitu Keturunan Megat Terawis, Keluarga Jamalullail Perak serta waris dan Kerabat Diraja Melayu Negeri Perak. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin kepada Bernama. Keputusan ini adalah hasil daripada pertemuan Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Persatuan Keluarga Jamalullail Perak serta waris dan Kerabat Diraja Melayu Negeri Perak dengan JPN semalam 05.01.2012.

Menurut beliau, JPN telah memberi persetujuan untuk menimbang permohonan anggota keluarga daripada kaum wanita keturunan berkenaan mewarisi gelaran-gelaran tersebut dimana pemohon perlu mengemukakan dua dokumen penting kepada JPN iaitu surat salahsilah keluarga mereka dan juga surat pengesahan waris masing-masing. Jika tiada dokumen-dokumen berkenaan permohonan mereka akan ditolak.

Gambar diatas menunjukkan sebahagian daripada Jawatan Kuasa Kerja - Aristokrat Melayu Perak bertungkus lumus berbincang mengenai isi ini sebelum perbincangan diadakan bersama JPN. Apa-apapun tahniah dan Syabas Syah ucapkan kepada mereka-mereka yang perihatin dan bertungkus lumus dalam memperjuangkan hak mereka untuk menyelesaikan isu gelaran ini sehingga ianya boleh diguna pakai semula.

Sumber :- Bernama / Raja Nur Jannah

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya anak perempuan berketurunan megat - Puteri Nor Azimah bt Megat Wahab tetapi malang nye nama anak saya tidak dibenarkan letak nama TUN sedangkan nama anak kakak saya dapat meletakkan Tun.
dengan ini,saya mohon menukar nama anak saya kepada Tun ttp bagaimana saya nk dapatkan surat keturunan megat dan salasilah sebenarnya.
kalaukan salasilah yang Ori mmg bapa saya ada dr atas sekali bermula Dpertuan Pagar Ruyung.
mohon pihak tuan dapat mnolong saya.
terima kasih.

Anonymous said...

Mai saya tolong setel tp kena bagi totnob