Monday, January 30, 2012

Sultan Brunei Anugerahkan Darjah Kebesaran Kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia

30.01.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (Darjah Pertama) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jenaral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin. Anugerah ini membawa gelaran Datuk Paduka Seri. Jeneral Tan Sri Zulkifeli dan rombongan sedang mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan istiadat ini diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Tahniah Syah ucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Seri Datuk Paduka Seri Zulkifeli Mohd Zin diatas pengurniaan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (Darjah Pertama) daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Bernama

No comments: