Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012 dan Internet Kong

01.01.2012, Ahad - Salam semua dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semuga anda semua dah setup Azam tahun baru bagi mencapai target yang telah dirancangan. Semenjak hari Khamis lepas Rawang Residence Syah tak ada talian telefon dan internet. Syah dah buat report dan mereka datang Jumaat hari tu tetapi Syah tak ada di Rawang Residence coz kerja. Kemudian Syah buat appointment lain di 100 dan mereka datang pada hari Sabtu.

Setelah membuat inspection kata mereka mungkin masalah ini disebabkan kabel terputus dan biasanya kes kabel kena curi. Mereka akan buat report baru dan mengambil masa untuk mencari kabel mana yang telah dipotong dan dicuri tu. Hampehhhhhh ........... betul............ mengapalah suka sangat curi kabel untuk tampung hidup nie dan menyusahkan orang lain pula. Gambar nie menunjukkan pekerja TM sedang buat testing kat belakang residence Syah tetapi still tak dapat line juga. Biasanya jika berlaku seperti ini menandakan ada kabel terputus dan besar kemungkinan dipotong oleh pencuri. Area Rawang nie memang banyak kes kecurian kabel nie?

So dua tiga hari nie Syah tak dapat update blog kerana tiada internet access dan take time untuk mereka selesaikan masalah nie. Nak buat macam mana kan, Syah faham ........... kerana, Syah juga anggota TM. Sekarang nie Syah kat office kerana ada dokumen yang diperlukan oleh bahagian Akaun pada hari Selasa nie. Ingat hendak buat dirumah tetapi tak boleh buka e-mail, tu yang kena datang office juga siapkan benda tu dan Selasa nanti senang kerja sedikit selepas dapatkan tandatangan boss dan big boss Syah, ianya perlu dihantar kepada bahagian Akaun. Dah siap dah dan nie yang Syah sempat update blog nie.

Insyallah bila internet ok nanti Syah akan update blog seperti biasa. Minta maaf banyak-banyak kepada anda semua kerana tak dapat update blog Syah nie.

No comments: