Friday, January 13, 2012

Sultan Selangor Berkenan Batalkan Perlantikan Hassan Ali Sebagai Anggota Exco

13.01.2012, Jumaat - Hari ini bernama melaporkan bahawa Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan membatalkan perlantikan Dato' Dr Hassan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menteri Besar telah mengadap Tuanku Sultan pagi tadi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Menteri Besar dalam kenyataan medianya hari ini memaklumkan :-
  • Memandangkan Dato’ Dr Hassan bukan lagi anggota PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau. Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dato’ Dr Hassan Ali sebagai ahli Exco.
  • Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Menurut Menteri Besar, beliau telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa PAS Pusat pada 10.01.2012 lepas berkenaan pemecatan Dato' Dr Hassan Ali dari parti itu dengan serta-merta. Tambah beliau lagi, Perlantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Bukit Kayangan pada Rabu ini. 18.01.2012.

No comments: