Wednesday, January 25, 2012

Tengku Abdullah Akan Berbincang Dengan Pihak Polis Berhubung Isu Rasuah Bola Sepak

25.01.2012, Rabu - Hari ini Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli ke Sungai Isap untuk menziarahi keluarga dua adik beradik yang mati lemas ketika mandi di Pantai Sepat Ahad lepas. Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas itu, Tengku Abdullah menyentuh mengenai gejala rasuah bolasepak dan mengatur perlawanan yang harus ditangani secepat mungkin bagi menjaga kredibiliti sukan bolasepak dan imej pasukan bolasepak negara. Baginda menzahirkan kekesalan jika perkara ini berlaku kepada pemain-pemain muda yang telah diingatkan serta tahu implikasi daripada perbuatan rasuah kepada diri sendiri dan sukan bolasepak negara.

Sehubungan dengan itu, baginda yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia bagi menangani isu ini dari terus berluluasa kerana baginda tidak mahu disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Baginda memaklumkan bahawa gaji pemain bola sepak bukanlah faktor utama perkara ini berlaku kerana para pemain telah diberikan imbuhan yang setimpal bergantung kepada prestasi mereka. Baginda juga mahukan agar pengurusan bola sepak disetiap negeri atau kelab bolasepak dinegara ini mempunyai kuasa melantik, menukar atau memecat pemain import yang tidak menyerlah pada bila-bila masa bagi memastikan prestasi pasukan itu tidak terjejas.

Titah baginda " Lebih baik kita laburkan wang untuk bantu pemain-pemain muda kita bagi memantapkan lagi mutu sukan bolesepak negara"

No comments: