Tuesday, January 10, 2012

YM Datin Raja Nor Zaharah Kembali Ke Rahmatullah

10.01.2012, Selasa - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kerabat diraja Perak Darul Ridzuan, YM Datin Raja Nor Zaharah binti Raja Badiozaman telah kembali ke Rahmatullah hari ini di Ipoh, Perak. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Kuala Kangsar untuk di makamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Allahyarhamah merupakan adik kepada Allahyarham YM Raja Tun Mohar Raja Badiozaman, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Wanita bertudung purple itu adalah Allahyarhamah manakala lelaki disebelahnya adalah putera Allahyarhamah, YM Raja Chulan bin Almarhum Dato' Raja Ahmad Tajudin.





Majlis pengkebumian ini turut dihadiri oleh YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan Isteri, Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya Sultan Abd Halim serta kerabat-kerabat Diraja. Jenazah disempurnakan selepas solat Zohor dan dikebumikan bersebelahan pusara adindanya, Allahyarhamah Raja Petri @ Ku Ee dan Allahyarham Laksamana Mohd Amin yang merupakan pahlawan Melayu dan bapa mertua kepada Ngah Ibrahim.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah YM Datin Raja Nor Zaharah binti Raja Badiozaman bin Raja Ngah Mansor Ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Semuga Roh Allahyarhamah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

Syah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah semuga kalian tabah dengan dugaan ini.

Sumber :- Raja Mariam/Sembang Kuala

No comments: