Thursday, February 9, 2012

Genap 13 Tahun Kemangkatan Almarhum King Hussein

09.02.2012, Khamis - Pada 07.02.2012 lepas genaplah 13 tahun kemangkatan Raja Jordan Almarhum King Hussein. Almarhum merupakan keturunan langsung daripada Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada 14.11.1935 merupakan putera kepada King Talal dan Queen Zein Al Sharaf. Almarhum menjadi Raja Jordan dalam usia 18 tahun menggantikan Ayahandanya. Almarhum mangkat dalam usia 63 tahun akibat kanser dan merupakan pemimpin negara paling lama memerintah ketika itu. Sepanjang lima dekat pemerintahannya, Almarhum telah berkerja keras untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat Jordan dan kadar buta huruf di Jordan dapat dikurangkan dengan jayanya.

Komitmen Almarhum memperjuangkan demokrasi, kebebasan awam dan hak asasi manusia telah menjadikan Jordan sebagai satu role module didunia Arab. Baginda percaya kerjasama merupakan asas utama untuk mencapai masa depan yang cemerlang melalui matlamat menyelesaikan konflik, keamanan, pendidikan untuk membebaskan diri dari kejahilan, kesefahaman dan pembangunan berterusan. Memperkukuh dan memperkasakan penyatuan dunia Arab merupakan keutamaan kepada misi Almarhum sehinggalah ke akhir hayatnya.

Al-Fatihah ........ Semuga Roh Almarhum King Hussien DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber :- The Jordan Times

No comments: