Thursday, February 23, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-228 di Istana Negara

23.02.2012, Khamis - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-228 yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Kelihatan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sambil diperhatikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Y.Bhg Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad.

Mesyuarat yang dijalankan selama dua hari bermula semalam itu berakhir pada hari ini. Datuk Syed Danial dalam kenyataanya kepada bernama, memaklumkan taklimat mengenai pertahanan dan keselamatan negara telah disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Tambah beliau lagi, turut dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah perkara mengenai agama Islam dan perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan.

Sumber :- Bernama

No comments: