Tuesday, February 21, 2012

Tuanku Abdul Halim Mencatat Rekod Dalam Malaysia Books Of Record

21.02.2012, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana nama baginda telah dimasukkan kedalam Malaysia Books of Records sebagai SULTAN PERTAMA DILANTIK SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG BUAT KALI KEDUA. Sehubungan dengan itu, semalam Tuanku telah menerima buku dan sijil pengiktirafan daripada Pengarah Urusan Malaysia Book of Record, Datuk Denny Oii dalam satu majlis ringkas di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut berangkat sama dalam majlis ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon. Tuanku Abdul Halim buat pertama kalinya dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-5 untuk tempoh 5 tahun mulai 21.01.1970 hingga 20.09.1975 ketika berusia 43 tahun. Bak kata orang Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa, Tuanku Abdul Halim sekali lagi dilantik sebagai Seri Paduk Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula 13.12.2011 untuk tempoh lima tahun lagi dalam usia 84 tahun. Tuanku Abdul Halim diputerakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 28.11.1927. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20.02.1959 setelah kemangkatan Paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah.

Sumber :- Bernama/Kosmo/Malaysian Monarchy

No comments: