Thursday, February 16, 2012

Tunku Mahkota Johor Dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Yang Baru

16.02.2012, Khamis - Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Tuanku Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang baru bagi menggantikan Jais Sarday dalam mesyuarat agung luar biasa PBNJ hari ini. Dalam kenyataan baginda selepas perlantikan ini mengambarkan Johor yang sebelum ini mempunyai tiga pasukan bolasepak iaitu Johor FC, Majlis Bandaraya Johor Baharu FC dan Majlis Perbandaran Muar akan hanya mempunyai satu pasukan sahaja selepas ini. Tambah baginda lagi dengan adanya pelbagai pasukan rakyat akan berpecah dan menyokong pasukan-pasukan pilihan mereka sahaja.

Titah baginda "Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"

Sumber :- Bernama /Berita TV3

No comments: