Monday, March 26, 2012

Al-Sultan Kelantan Menerima DK Kedah

26.03.2012, Isnin - Tahniah diucapkan kepada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V kerana telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Darjah kebesaran disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai wakil kepada Tuanku Abdul Halim. Majlis diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan.

Sumber :- Bernama

No comments: