Monday, March 26, 2012

Asik Cakap Tak Betul Sahaja Kontraktor Nie

26.03.2012, Isnin - Masa dalam bas tadi Adi, anak Wak Baha yang salah pasang tile tu call Syah dan katanya hendak hantar tile baru kerumah Syah dan katanya memang Cina tu salah bagi. Apa lagilah cerita yang dia reka nie................... Sekarang jam 11:47hrs dan sebentar tadi dia sms kata nak pasang tile esok. Kata tadi nak datang , tak datang pun tiba-tiba kata nak pasang esok. Syah jawab sms tu ............ Saya kerja, Tak boleh. Dia balas balik dan kata dia di Garing Utama dan Syah suruh datang tetapi alasanya tidurkan anak lah pulak dan bila Syah kata Syah tunggu, lagipun dah biasa tidur lewat dan suruh dia datang. Lepas tu Syah tambah ayat lagi kalau tak boleh, datang esok malam ............sebab Syah tahu dia menipu dan tak ada kat area nie. Dia jawab ok dan Syah minta dia bawa semua tile tu esok selepas jam sembilan malam. Memang dia ini, jenis cakap tak serupa bikin ? Malas nak layan ........................

No comments: