Tuesday, March 20, 2012

Bas Lambat dan Fikiran Berserabut

20.03.2012, Selasa - Hari nie bas datang lambat dan Syah balik semula ke Rawang Residence betulkan penutup tile wiring yang Syah tambahkan plastik takut hujan. Adi dah letakkan kain dan atap genting. Siap jer buat benda tu baspun lalu dan Syah terus keluar tunggu tepi jalan kerana bas akan berpatah semula. Bila bas sampai, Ane' (indian) tu kata sorry lambat dan Syah senyum jew? Lebih baik lambat dari tak ada langsung.Hehhehe........

KTM nampak lengang sebab train baru lepas dan Syah sempat beli Kosmo untuk mengisi kebosanan menunggu komuter. Syah sampai office hampir jam 09:00hrs. On the way sempat sms my boss, Dek Noor inform Syah lambat.

Actually since Ahad lepas, Syah macam murung jer memikirkan masalah wiring nie dan selagi tak selesai benda nie menghantui fikiran Syah sampai buat kerjapun rasa ada yang tak kena. Esok mereka akan buat re-wiring semula yang mana kosnya dikongsi diantara Syah dan kontraktor. Nantilah bila selesai semua kerja, Syah kongsi dengan anda semua kerana buat masa nie fikiran berserabut nak fikir masalah nie. Ditambah sekarang nie tengah banyak kerja, Sorry lah yer semua lepas nie Syah akan kongsikan apa yang berlaku kepada semua.

Ok gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

No comments: