Friday, March 2, 2012

Cucunda Sultan Brunei Berangkat ke Pesta Buku Brunei 2012

02.03.2012, Jumaat - Hari ini Cucunda kepada Sultan Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqlib bin Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Abdul Rahim telah berangkat ke Pesta Buku Brunei 2012. Pesta Buku Brunei 2012 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei ini berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Barakas . Pesta bermula pada 25 Februari lepas dan akan berakhir pada 04 Mac ini dibuka bermula jam 10:00hrs hingga 21:00hrs. Kepada anda yang ingin berkunjung ke pesta buku ini, kita masih ada dua hari lagi untuk memilih buku-buku kegemaran kita. Jom Kitaaaaaa ..............

Sumber :- Infofoto / Portal PTS

No comments: