Wednesday, March 28, 2012

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Mengadap Sultan Brunei

28.03.2012, Rabu - Hari ini Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XIV telah mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan untuk menyampaikan Watikah Persilaan iaitu undangan rasmi Pertabalan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XIV. Kelihatan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempersembahkan cenderahati ukiran kayu kepada Sultan Brunei. Dalam majlis yang berlainan di Istana Nurul Iman, Datin Seri Utama Masnah Rais telah mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sumber : Bernama/Infofoto

No comments: