Wednesday, March 7, 2012

Filem Mengenai Penaklukan Sultan Muhammad Al-Fatih Keatas Constantinople Mendapat Sambutan di Turki

07.03.2012, Rabu - Filem Fetih 1453 arahan Faruk Alesoy mengenai penaklukan Kota Constantinople atau sekarang dikenali sebagai Istambul oelh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan kristian Byzantine telah mendapat sambutan luar biasa daripada warga Turrki. Sebanyak 3.4 juta orang menonton filem ini dalam masa dua minggu pertama ditayangkan pada 16 Februari lepas. Filem yang menelan belanja sebanyak RM51.4 juta ini memaparkan hadis Rasulullah SAW pada permulaan ceritanya yang menyatakan bahawa Cocstantinople akan jatuh ketangan Tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Pada 03 Mac 2012 lepas genaplah 88 tahun kejatuhan Khalifah Islam di Turki dan berakhirnya sistem Khalifah dimuka bumi ini. Tak tahu pula jika file ini akan ditayangkan di Malaysia. Rasanya ada baik juga ianya ditayangkan di Malaysia bagi menaikkan semangat perjuangan kita dalam menegakkan agama, bangsa dan negara.

Sumber :- Kosmo

No comments: