Friday, March 2, 2012

Penatnya Hari Ini

02.03.2012, Jumaat - Salam semua dan apa khabar, Syah terlambat sedikit update blog hari nie kerana busy dengan tugas dipejabat dan ada masalah masa nak balik ke Rawang Residence tadi. Hari nie Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan macam biasa sempat ziarah sebentar untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada penghuni Makam Pahlawan. Syah beli Kacang Kuda Rebus dan Buah-Buahan untuk lunch dan Selepas solat Syah beli sebotol kecil madu Lebah Talang untuk diminum pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Macam biasa hari Jumaat nie kami di TM balik jam 17:00hrs dan Syah terus bergesas keluar selepas Solat Asar kerana Bong, vendor pintu pagar nak jumpa Syah untuk ambil down payment dan ukur pemegang tangga rumah Azrin kerana Azrinpun nak buat pemegang yang sama seperti Syah kerana ibunya, Kak Cik ada masalah lutut dan senang jika dia hendak naik keatas.

Nielah nak cepat jadi lambat. Tiba-tiba komuter breakdown di KTM Putra Station. Adalah dekat setengah jam kami dalam train baru staff KTM inform komuter ada masalah dan kena turun. Ada penumpang yang hendak pengsan kerana sesak nafas kepanasan dalam gerabak Wanita. Ada-ada jer KTM nie dan kami kena keluar ikut gerabak pertama kerana pintu di gerabak Wanita dan Ketiga tidak berada di station. hari pula hujan dan kami terpaksa transfer ke platform lain kerana komuter ke Rawang berhenti di platform berkenaan. Tunggu agak lama ada train datang tetapi biasalah dua tiga kerat jer yang dapat masuk kerana komuter sedia ada penuh.

Tak berapa lama datang pula train enam coach dan shukur Alhamdulillah dapat masuk walupun terpaksa bertolak-tolak dengan penumpang lain. Komuter nie pula tak ke Station Rawang dan berhenti di Sungai Buluh sahaja. So terpaksa naik juga, jika tidak tak tahulah bila boleh sampai. Sampai Sungai Buluh Syah beli buah dan minuman dan berlari naik tangga ke platform sebelah kerana train datang. Penat berlari rupanya ETS............. Hehehehe. Tak lama lepas tu sampai train ke Rawang dan kami semua naik. Bila sampai KTM Rawang hampir jam 20:30hrs.

Dah nak sampai KTM Rawang, train pula boleh berhenti kerana beri laluan pada train lain. Syah berdoa dalam hati agar sempatlah Syah kejar bas akhir ke Rawang Residence. Hampir 20:30hrs dan Syah berlari dalam hujan kejar bas dan nasib baik bas lambat. Bas jalan hampir jan 20:45hrs dan masa dalam bas Bong SMS kata dia datang esok sahaja kerana hujan dan diapun ada mentioned kat Syah dia tak berapa selesa datang malam sebab area Rawang Residence Syah tu kawasan tak selamat sedikit exspecially kepada orang luar takut kena paw. Syah call dia dan minta datang esok pagi jam 09:00hrs. Syah sampai rumah dalam keadaan basah kuyup kerana hujan lebat.

Oklah semua Syah GTG hingga berjumpa lagi dilain Entry ..................

No comments: