Saturday, March 10, 2012

Putera Mahkota Arab Saudi ke USA Untuk Rawatan Perubatan

10.03.2012, Sabtu - Semalam Istana Dirja di Riyadh memaklumkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Putera Nayef bin Abdul Aziz yang berusia 78 tahun telah telah selamat tiba di Cleveland, Amerika Syarikat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan seperti mana yang telah dijadualkan untuk baginda. Baginda yang juga merupakan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tiba di Clevelend melalui Moroco. Prince Nayef dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi berikutan kemangkatan kekanda baginda, Putera Mahkota Arab Saudi, Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud yang mangkat di New York akibat Kanser Usus pada pagi Sabtu 22.10.2011. Photo Putera Mahkota Nayef ini diambil pada 29.10.2011 dalam istiadat mengangkat sumpah sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru. Syah doakan agar baginda sihat dan dipanjangkan umur serta dapat memerintah seperti sediakala. Amin.

Sumber : Royaltynu/tengkusyah.blogspot.com

No comments: