Saturday, March 3, 2012

Sultan Brunei Diraikan Dalam Malis Santapan Malam di Sandakan

03.03.2012, Sabtu - Sempena lawatan rasmi dua hari Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ke Sandakan, Sabah satu malis santapan malam telah diadakan bagi meraikan Tuanku dan rombongan. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Sri Libaran, Sandakan ini turut disertai oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 17 orang anggota rombongan dari Brunei dan warga Sandakan.

Terdahulu baginda telah berangkat melawat.Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilokn pada sebelah pagi dan sebelah petangnya baginda telah berangkat menyertai perlawanan persahabatan badminton di Dewan Masyarakat Sandakan. Selepas majlis santapan ini, baginda akan berangkat melancarkan Festival Sandakan di Padang Bandaran.

Sumber :- Bernama

No comments: