Saturday, March 31, 2012

Tuanku Abdul Halim Menghadiri Temasya Sukan Sungai 2012

31.03.2012, Sabtu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan akhir Temasya Sukan Sungai 2012 kali ke 81 di Tanjong Chali, Alor Star, Kedah. Temasya ini merupakan acara tahunan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-84 tahun ini. Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Dato' Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Perlumbaan akhir hari ini dimenangi oleh pasukan Indonesia diikuti pasukan Kemboja dan Malaysia ditempat ketiga. Johan menerima wang tunai RM10,000.00 dan trofi, tempat kedua membawa pulang RM5,000.00 dan trofi manakala tempat ketiga RM3,000.00 dan trofi. Pertandingan terbahagi kepada beberapa kategori seperti Perahu Naga kategori jemputan antarabangsa (Medal B), kategori Juara Antara Juara, kategori antara daerah dan kategori antara pasukan beruniform. Tuanku Abdul Halim telah berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenangan temasya sukan sungai 2012 ini.

Sumber :- Bernama

No comments: