Monday, March 19, 2012

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Pertandingan Akhir Program Realiti TV Adik-Adikku

19.03.2012, Isnin - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Pertandingan Akhir Program Realiti TV Adik-Adikku anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sumber :-Bernama

No comments: