Thursday, March 15, 2012

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Wisma Public Gold

15.03.2012, Khamis - Hari ini Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli merasmikan Wisma Public Gold di George Town, Pulau Pinang. Kelihatan Tuanku Hajah Haminah memerhatikan rantai emas yang dipamirkan dalam pameran yang diadakan selepas majlis perasmian berkenaan. Turut mengiringi baginda adalah Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Pengarah Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng Chun Hau.

Sumber : Bernama

No comments: