Friday, April 6, 2012

Jumaat Hingga Ahad Busy Kerana Bertugas di TM Career & Education Fare 2012

06.04.2012, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua. Sekarang jam 05:10hrs dan Syah sedang bersiap untuk ketempat kerja seperti biasa. Syah nak maklumkan bahawa hari ini hingga Ahad Syah agak busy dan tak dapat nak update blog macam biasa kerana terpaksa bertugas di Secretariat Room TM Career & Education Fare (TMC&EF) dari pagi sampai lewat petang. Minggu nie Syah memang busy kerana banyak program yang terpaksa kami laksanakan. Insyallah jika ada kelapangan Syah akan update blog terutamanya pada sebelah malam. By the way kepada anda yang ingin mencari pekerjaan boleh mencuba nasib di TM Career Fair & Education Fare.

Jika ada kelapangan pada hari Sabtu dan Ahad nie, sudi-sudikan ke TM Convention Center di Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan bawa sijil-sijil dan dokumen berkenaan kerana banyak pekerjaan yang akan ditawarkan kepada anda yang berkelayakan . TM Career Fair nie beroperasi mulai jam 10:00hrs hingga jam 18:00hrs. Setakat ini 8,000 telah mendaftar secara online dan anda juga boleh datang terus secara "walk-In" pada Sabtu dan Ahad nie. Jika anda layak temuduga akan diadakan pada hari berkenaan. Selain daripada itu akan diadakan sessi talk dengan pelbagai topik menarik sepanjang hari daripada penceramah-penceramah terkenal seperti Ustaz Don, Roysham Noor, Dato' K Rajagopal, Melisa Norman dan lain-lain. Selain daripada itu diadakan persembahan artis seperti Bunckface pada jam 14:00hrs 07/04/2012.

Senang sahaja hendak ke TM Convention Center nie, Cara paling mudah, anda cuma ambil LRT Putra dan turun di Stesyen Kerinchi. Lokasi kami betul-betul bersebelahan Stesyen LRT Kerinchi nie. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba nasib anda untuk menjadi salah seorang daripada warga TM. Syah minta anda semua maklumkan perkara ini kepada rakan-rakan dan saudara mara anda mengenai TM Career Fare ini. Jom Semua....................

No comments: