Wednesday, April 18, 2012

Presiden Nursultan Nazarbayev Diberikan Sambutan Negara

18.04.2012, Rabu - Hari ini tetamu negara kita, Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen. Nursultan dan rombongannya selamat sampai ke Malaysia semalam untuk rangka lawatan rasmi negara selama dua hari. Ketibaan beliau dan rombongan di Dataran Parlimen pada jam 09:00hrs tadi disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzan Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut serta adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri-menteri Kabinet.

Upacara dimulai dengan lagu kebangsaan negara kita dan Kazakhstan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli dengan 14 das tembakan meriam. Selepas itu, Presiden Nazarbayev dan rombongan diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan asing.

Sumber :- Bernama

No comments: