Friday, April 6, 2012

Rumah Mewah Kerabat Diraja Selangor Dimasuki Perompak

06.04.2012, Jumaat - Awal pagi tadi rumah salah seorang Kerabat Diraja Selangor yang terletak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur telah dipecah masuk oleh perompak pada awal pagi tadi. Kelihatan pasukan forensik PDRM meninggalkan rumah berkenaan selepas selesai melakukan siasatan. Rumah mewah tiga tingkat ini dimasuki oleh dua lelaki dipercayai warga Indonesia dan mereka melarikan sebuah kereta mewah Mercedes Benz dan barang berharga lainnya.

Kejadian dikatakan berlaku jam 05:00hrs dimana mereka memecah masuk melalui tingkap depan sebelum mengikat tiga pembantu rumah kerabat diraja berkenaan. Walau bagaimanapun pembantu rumah berkenaan tidak dicederakan. Kerabat diraja dan keluarganya tiada dirumah ketika kejadian kerana berada diluar negara. Siasatan polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah mewah berkenaan telah digeledah berdasarkan kesan cap jari suspek dimerata-rata tempat.

Sumber :- Bernama

No comments: