Sunday, April 1, 2012

Sultan Ismail Nasiruddin Shah Umumkan Penubuhan Juma'ah Pangkuan Negara

01.04.2012, Ahad - Pada hari ini dalam tahun 1960, Sultan Terengganu yang merupakan Nenda kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah mengumumkan Penubuhan Juma'ah Pangkuan Negara dalam satu majlis yang diadakan di Istana Badariah, Kuala Terengganu, Terengganu. Badan ini bertanggungjawab dalam menasihatkan Sultan Terengganu berkaitan hal ehwal perlembagaan dan urusan negeri. Ahli-ahlinya terdiri daripada 12 orang ahli. Dalam majlis ini, sepuluh orang telah mengangkat sumpah perlantikan sebagai ahli Juma'ah Pangkuan Negara iaitu Presiden Juma'ah Pangkuan Negara, Dato' Bijasura, Tengku Pekerma Wira (Timbalan Presiden Yang Pertama), Dato' Bentara Luar (Timbalan Presiden Yang Kedua), Tengku Seriwa Raja, Tengku Pengiran Anom, Tengku Jaya Pekerma, Dato' Indera Bijaya, Dato' Andika Indera, Dato' Sangsura Pahlawan dan Dato' Perkasa. Syarat-syarat perlantikan ahli mestilah terdiri daripada orang-orang Melayu, Penganut Agama Islam dan tidak menjadi anggota mana-mana parti siasah.

Sumber :- Arkib Negara

No comments: